Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Tuesday, 2 May 2017

Saman malu Mat Sabu ke atas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan ditolak

PULAU PINANG:  Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak kes saman malu yang dikemukakan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan syarikat penerbitan akhbar itu dengan kos RM70,000.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membacakan keputusan itu setelah mendapati ketiga-tiga artikel yang dikeluarkan akhbar Utusan Malaysia berhubung ucapan Mohamad atau Mat Sabu tentang serangan Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan pada 21 Ogos 2011, tidak berunsur fitnah.

Pada prosiding itu, Zakaria berkata, ucapan dibuat Mat Sabu yang kini Presiden Amanah tentang Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan sebenar yang menyerang diketuai Mat Indera tidak boleh dibuat tanpa mendapat kritikan.

“Mahkamah mendapati keterangan pakar sejarah bahawa Mat Indera (yang dinyatakan dalam ucapan Mat Sabu) merupakan pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya.

“Kecaman yang dihadapi plaintif (Mat Sabu) berpunca daripada ucapannya sendiri dan defendan (Aziz dan Kumpulan Utusan) berjaya dengan pembelaan justifikasi komen berpatutan,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua defendan diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid dan Nor Hazira Abu Haiyan manakala Mat Sabu tidak hadir ke mahkamah pada prosiding pagi tadi.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Tuesday, 20 December 2016

Mat Sabu bela Penghina Agong




SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan prinsip keadilan Islam perlu diambil kira dalam mengadili kes Mohd Faiz yang didakwa mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kata Mohamad yang lebih mesra disapa Mat Sabu, keadilan Islam meletakkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dirinya dibuktikan bersalah.

"Ia terpakai dalam semua keadaan dan semua orang termasuk kepada bukan Islam.

"Dalam isu Mohd Faiz, kita melihat komen dan tuduhan dilemparkan terhadap beliau di media-media sosial seolah-olah beliau telah bersalah sedangkan beliau belum diadili," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, Mohd Faiz juga sudah memohon maaf di atas keterlanjuran tulisannya itu.

"Bagi Amanah, jika Mohd Faiz dihadapkan ke mahkamah, saya harap peguam-peguam dari Biro Undang-undang Amanah (kanun) akan memainkan peranan dan pembelaan sebaiknya kepada beliau.

"Semoga keadilan dan kesejahteraan dapat ditegakkan," katanya lagi.

Terdahulu sebelum ini,  Amanah memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan di laman sosial mengkritik Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, pihaknya tidak pernah melihat atau bertemu individu terbabit dan seluruh pimpinan pemuda di setiap kawasan dimaklumkan bagi mengenal pasti lelaki itu.

“Kita dah minta pimpinan pemuda di peringkat kawasan untuk semak siapa individu berkenaan kerana kita memang tak pernah lihat dia sebelum ini. Dan semakan status keahlian individu itu masih dilakukan,” katanya.

Kelmarin, seorang pengguna laman sosial yang dipercayai penyokong Amanah, Mohd Faiz mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Sementara itu dalam posting terbaru di Facebook, Mohd Faiz memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh rakyat Malaysia di atas keterlanjuran kenyataannya itu.

Beliau berkata, tujuannya hanya menyampaikan buah fikiran di media sosial dengan semangat anak muda inginkan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.


Nota ; Najib dituduh bersalah  dan berterusan diserang sedangkan PAC sendiri telah membuat penafian kerugian 1MDB langsung tidak ada kena mengena dgn Najib. Prinsip seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dirinya dibuktikan bersalah tidak pula digunakan terhadap Najib.Adilnya pembangkang, bila ahli mereka kena pandai pula alasan ini digunakan.


<<KLIK 1>>  <<KLIK 2>>