Showing posts with label mukhriz mahathir. Show all posts
Showing posts with label mukhriz mahathir. Show all posts

Thursday, 22 March 2018

Mukhriz bohong, kata bekas pegawai media


KUALA LUMPUR: Azrin Zizal, bekas pegawai media Datuk Seri Mukhriz Mahathir, membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum 2013 sambil berkata ia pembohongan secara terang-terang.

Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah palsu sama sekali.

“Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu apabila beliau menjadi menteri besar. Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.



“Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa pilihan raya umum 2013, adakah beliau juga menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan menjadi menteri besar?” kata beliau dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah.

“Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja menyelamatkan dirinya dan tampil bersih, kata Azrin yang sekarang menerajui Kumpulan SCL Asia Tenggara, syarikat induk Cambridge Analytica.

Wednesday, 21 March 2018

Pejabat PM: Cambridge Analytica beri nasihat kepada Mukhriz

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Firma perunding politik, Cambridge Analytica tidak pernah diupah oleh Barisan Nasional (BN) atau kerajaan Malaysia, kata Pejabat Perdana Menteri.

“Cambridge Analytica ataupun syarikat induknya SCL Group tidak pernah — pada masa kini atau masa lalu — telah mengikat kontrak atau dibayar dengan apa cara oleh Barisan Nasional, Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana pihak bagi kerajaan Malaysia,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, wakil negara SCL Group hari ini mengesahkan kepada kerajaan bahawa nasihat Cambridge Analytica mengenai pilihan raya umum 2013 telah diberikan secara peribadi kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang sekarang timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Wakil SCL juga mengesahkan bahawa beliau melaporkan terus kepada Mukhriz Mahathir, bukan BN atau kerajaan,” kata kenyataan itu.

Menerusi laman webnya, Cambridge Analytica menampilkan dirinya sebagai peneraju global dalam kempen dipacu data dengan pengalaman lebih 25 tahun. — Bernama

Thursday, 1 March 2018

Tun M Sudah Hilang ‘Bisa’, Mukhriz Ulang Skrip Sama


TERNYATA Pakatan Harapan yang diketuai DAP masih belum berupaya untuk menarik kepercayaan rakyat terutama sekali menjelang Pilihan Raya Umum ke – 14 ini (PRU14) apatah lagi mereka seringkali menggunakan isu lapuk seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mempengaruhi rakyat.

Perkara demikian dapat dibuktikan dengan laporan media tempatan melaporkan, Program Sambutan Tahun Baharu Cina itu yang dianjurkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Tangga Batu, Melaka dihadiri Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam, turut mengulangi skrip yang sama.

Turut dilaporkan, dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang penduduk itu, antara inti pati ucapan yang disampaikan hampir kesemua pemimpin pakatan itu tidak lain tidak bukan dakwaan kononnya rakyat tertindas dengan sistem GST yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selain tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.

Tindakan pemimpin pakatan itu mengulangi isu-isu lapuk selain merayu sokongan pengundi memilih mereka menunjukkan gabungan parti itu seolah-olah ketandusan idea untuk berdepan dengan BN pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

Sementara itu, media tempatan juga melaporkan dua program diatur Pakatan Harapan (PH) Pahang di kawasan FELDA Chini 2, juga dilihat gagal memberi impak kepada sokongan warga peneroka terhadap Barisan Nasional (BN).

Walaupun menampilkan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, sambutan diterima daripada penduduk tidak seperti dijangka atau diharapkan.

Difahamkan, kehadiran Dr Mahathir dan Siti Hasmah juga seolah-olah kurang mendapat perhatian penduduk kampung berkenaan apabila hanya kira-kira 50 penduduk yang datang daripada lebih 500 penduduk yang menetap di perkampungan terbabit.

Ucapan disampaikan Dr Mahathir hampir 20 minit juga seperti kehilangan daya tarikan apabila ada antara penduduk dilihat seperti tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba disampaikan Pengerusi PH itu.



Justeru itu, apa yang dapat disimpulkan berkenaan dua insiden ini adalah rakyat sudah semakin muak dengan karenah politik pembangkang yang sudah hilang ‘bisanya’ malah bosan dengan skrip yang kerapkali diulang oleh pemimpin - pemimpinnya dalam setiap ceramah yang dianjurkan.

Friday, 28 July 2017

Mukhriz gagal kaitkan Najib hina mahkamah


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Datuk Seri Najib Razak tidak perlu menjawab tuduhan menghina mahkamah seperti didakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir dua minggu lalu.

Kenyataan Najib yang dipertikaikan itu dibuat melalui satu kenyataan media.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, kenyataan media perdana menteri pada 7 Julai lalu itu tidak menunjukkan Najib merujuk kepada perbicaraan mahkamah antara Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan pembantu perdana menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Justeru, kata hakim, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib