Showing posts with label nasional br1m. Show all posts
Showing posts with label nasional br1m. Show all posts

Tuesday, 7 March 2017

Manfaatkan Tempoh Rayuan BR1M



Sejak petang semalam, media sosial dipenuhi dengan hashtag #BR1M oleh mereka yang tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia itu.

Ramai yang merungut kerana permohonan mereka tidak diluluskan. Banyaklah yang meroyan di "timeline Facebook", Whatsapp dan kaunter aduan Twitter semalam berkaitan BR1M.

Seolah-olah jika ditolak permohonan BR1M itu, umpama gelap dunia. Bagi yang marah-marah kerana tidak mendapat bantuan tersebut, gunakanlah tempoh rayuan yang diberikan untuk membuat rayuan.

Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon.

Manakala tarikh rayuan pula adalah mulai 3 April sehingga 31 Mei 2017. Ada 58 hari untuk mengadu.

Mungkin ada sebab kenapa mereka yang memohon BR1M tidak mendapatnya. Mungkin anda gagal memenuhi kelayakan yang diperlukan.

Tapi anda perasan tak kebanyakan yang `meroyan' adalah mereka yang menyokong pembangkang terutama penyokong parti bunga.

Mungkin mereka lupa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Mahathir juga tidak menolak kemungkinan jumlah BR1M yang bertambah itu adalah sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat.

Namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kemudiannya mengubah pendirian dan membuat pusingan U dengan membayangkan tidak akan menghapuskan bantuan berkenaan jika pembangkang berjaya menguasai kerajaan.

Dan ketika Mahathir menyatakan BR1M adalah rasuah, mana suara-suara penerima BR1M daripada pembangkang yang menidakkannya.

Mereka hanya mendiamkan diri tetapi di saat mereka tidak mendapatnya (bukan disebabkan faktor politik) ramai yang bising.

Habis kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dikutuknya dan lebih malang turut membuat perbandingan semasa pemerintahan Mahathir kononnya semua perkara dipermudahkan.

Satu soalan kepada penyokong parti Bunga ini, adakah Mahathir memberikan bantuan seumpama ini kepada rakyat?

Zaman Mahathir mana ada BR1M. Mahathir tidak pernah beri bantuan kad diskaun siswa juga pada pelajar pelajar universiti.

Nasib baiklah pada zaman Najib ini, BR1M tetap diberikan kepada golongan sasar, meskipun kepada penyokong pembangkang kerana ia adalah bantuan kepada rakyat, tanpa mengira ideologi politik.

Maka bersyukurlah jika anda adalah penerima BR1M dan jika permohonan anda tidak berjaya, sila buat rayuan seperti yang ditetapkan.

Jangan meroyan di media sosial sahaja. Ianya tidak akan menyelesai masalah anda.

Jangan lupa, pada yang sudah dapat BR1M, ucaplah terima kasih pada yang tangan yang memberi.

Jangan diam diam saja bila dapat, bila tidak dapat meroyan macam macam.

Hargai sama orang yang bersusah payah mencari dan menyediakan wang BR1M tatkala negara di kata bankrap dan muflis.

Tulisan :
Beruang Biru
BB316, Selasa
7 Mac 2017

Tuesday, 27 December 2016

BR1M Dicontohi Negara Luar, Mereka Tiru BR1M



Meskipun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan untuk golongan sasar dikecam dan difitnah sebagai rasuah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Disember lepas, namun ia sebenarnya menjadi ikutan negara luar.

 Jokowi memperkenalkan Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Januari 2014.

Selepas Indonesia melaksanakannya, kerajaan Thailand pula meniru kaedah yang dilakukan oleh Malaysia ini pada 10 Disember 2016 baru baru ini.

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar telah menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan negara itu bernilai antara RM186 hingga RM434, mulai awal bulan ini.

Terbaru, Bloomberg melaporkan pada 21 Disember 2016, Arab Saudi pula bakal melaksanakan pemberian subsidi tunai, sebagai membantu rakyatnya yang terjejas susulan langkah negara itu untuk menaikkan harga bahan api.

Pengumuman mengenai kenaikan harga gas dan diesel itu dijangka akan dilakukan sebelum tahun baru, justeru mana-mana keluarga di Arab Saudi yang terjejas dengan kenaikan berkenaan boleh mendaftar untuk mendapatkan wang tunai seperti BR1M mulai 1 Februari tahun depan.

Bayaran tunai itu dijalankan bermula pada Jun tahun depan, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Ternyata kaedah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini memainkan peranan yang besar dalam ekonomi dan jika benar ia hanya menyebabkan rakyat menjadi malas, seperti yang didakwa oleh Dr. Mahathir, maka kenapa negara luar mengikut kaedah ini.

Ia sebenarnya telah diperakukan di peringkat antarabangsa sebagai kaedah terbaik bagi membantu merancakkan pertumbuhan eko­nomi.

Jika BR1M tidak berkesan seperti yang didakwa Dr. Mahathir, masakan sekumpulan 35 tokoh ekonomi terkemuka di Britain mencadangkan kepada Bank Pusat negara itu supaya melaksanakan pemberian bantuan tunai bagi mengatasi kelembapan ekonomi berbanding melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Kumpulan 35 pakar ekonomi itu termasuk Lord Robert Skidelsky dan Herman Daly mencadangkan supaya Bank Pusat dibenarkan menjana dana untuk projek-projek infrastruktur utama dan sebagai alternatif, kumpulan tokoh berkenaan memberitahu bahawa Bank Pusat boleh memberi potongan cukai atau pun pembayaran tunai kepada isi rumah.

Pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah bukanlah satu konsep asing sebaliknya ia telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia.

Bantuan kewangan yang mensasar ini telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamatan sosial untuk rakyat.

Malah bagi kebanyakan negara maju, bantuan seperti itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan sosial yang mantap. Misalnya, program bantuan Food Stamps di Amerika Syarikat (AS) dan Social Fund di United Kingdom adalah contoh kejayaan program pemindahan wang tunai kerajaan untuk membantu kehidupan golongan yang kurang berkemampuan.

Apa yang pasti, Malaysia bukan negara terakhir yang yang melakukan inisiatif ini.

BR1M mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 sebagai salah satu langkah kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dan pada masa sama sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bagi tahun 2016, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM5.9 bilion yang memberi manfaat kepada 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Tulisan :
Beruang Biru
BB201, Isnin
27 Disember 2016