Showing posts with label nasional terkini. Show all posts
Showing posts with label nasional terkini. Show all posts

Monday, 21 November 2016

Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang Jual Bangunan Warisan


Wakil rakyat DAP terus mempersoalkan penjualan rumah dan bangunan dalam kawasan tapak warisan dunia di negeri ini kepada warga asing yang didakwa semakin berleluasa kebelakangan ini.

LAU KENG EE
LAU KENG EE
Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee berkata, sekiranya tiada kawalan ketat tentang perkara berkenaan, rakyat negeri ini akan semakin terpinggir disebabkan tidak mampu bersaing dengan warga asing untuk membeli rumah di kawasan berkenaan kerana harganya terlalu mahal.

Mengambil contoh di kawasan yang diwakili oleh beliau sendiri, Keng Ee berkata, harga rumah dan bangunan warisan di situ hanya sekitar RM300,000 sebelum ini tetapi sekarang harganya telah melonjak secara drastik apabila ada yang mencecah lebih RM2 juta.

“Mereka (warga asing dan syarikat luar negara) tiada masalah untuk membeli rumah kerana kadar tukaran wang yang tinggi dan selepas membuat peng­ubahsuaian, hartanah di situ akan dijual semula atau disewa dengan harga yang lebih mahal dan tidak mampu dibiayai oleh penduduk tempatan.

“Kebimbangan ini berasas ke­rana ramai penduduk serta pe­ngundi di kawasan DUN ber­kenaan terpaksa berpindah ke kawasan lain kerana tidak lagi mampu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Pengkalan Kota merupakan kubu paling kuat bagi DAP di negeri ini apabila berjaya menghilangkan deposit calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

Keng Ee menambah, beliau mengemukakan soalan kepada kerajaan negeri berhubung jumlah sebenar hartanah yang telah dijual terutamanya di Jalan Ma­gazine.

“Saya dimaklumkan terdapat 844 buah rumah yang dikategorikan warisan dan kerajaan ne­geri memaklumkan tidak dijual, namun maklum balas rakyat me­ngatakan majoritinya telah dibeli warga asing.

“Saya berharap agar polisi yang diamalkan oleh kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat tempatan dihentikan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar kerajaan negeri sediakan dana supaya penduduk tempatan tidak terpinggir dan kenakan beberapa syarat tertentu kepada warga asing.



Saturday, 5 November 2016

Najib lantik Jack Ma jadi penasihat ekonomi digital Malaysia

BEIJING: Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan jutawan Internet China, Jack Ma sebagai penasihat ekonomi digital kerajaan.

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia, sebuah platform e-Dagang untuk pelancongan, hari ini.

Sebelum itu, Ma yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif Kumpulan Alibaba mengadakan kunjungan hormat ke atas perdana menteri dan meluangkan masa kira-kira setengah jam sebelum kedua-duanya beredar ke majlis pelancaran.

Monday, 31 October 2016

Malaysiakini Perlu Jawab Sumbangan Wang Soros




PORTAL Malaysiakini mendapat pembiayaan dana berbentuk wang dari kuasa asing dengan tujuan tertentu?

Ini dijelaskan melalui kebocoran sebuah dokumen dalaman daripada Foundation Open Society George Soros. Kebocoran dokumen berkenaan melalui sebuah laman web dikenali sebagai DS Leaks.

Menurut dokumen berkenaan, George Soros mempunyai "niat tersembunyi" terhadap negara kita, Malaysia. Ia juga ada kaitan mahu melihat parti pembangkang menguasai Kerajaan Malaysia, namun ia tidak mahu terlalu terang-terangan.

Katanya, pembiayaan berkenaan bukan sahaja diberikan kepada portal propembangkang tersebut, malah BERSIH dan Merdeka Center juga turut menerima sumbangan berkenaan atas alasan kearah pilihan raya "yang bebas dan adil" di Malaysia.

Open Society Institute (OSI) yang dipunyai oleh George Soros dipercayai mempunyai saham 29% dalam Malaysiakini.

Pada 30 Julai 2015, dalam satu tulisan di Facebooknya, Maria Chin Abdullah pernah mengakui mendapat dana dari National Democratic Institute, NED dan OSI.

"Yes, we did take money from Ndi dan Osi, but not NED" ini pengakuan Marina Chin.

Pengakuan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah itu membuktikan mereka ada mengambil dana asing untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Terdahulu, semasa BERSIH 4.0 yang lalu Maria hanya membuat alasan akan menjawab di mahkamah mengenai dana RM2.4 juta yang diterima, namun tidak menafikan.

Setelah kebocoran dokumen melalui DS Leaks ini, Malaysiakini pula harus berani untuk menjawab tentang pembiayaan wang dari Soros ini.

Malaysiakini terkenal sebagai sebuah portal yang berani mendedahkan pelbagai isu berkaitan kerajaan, kenapa pula dalam isu ini mereka harus mendiamkan diri begitu sahaja?

Jika melihat kepada serangan propaganda media daripada Malaysiakini khususnya semasa himpunan BERSIH, tidak mustahil portal berkenaan turut menyokong kearah pilihan raya "bersih dan adil" yang mana juga dipercayai agenda Soros di negara ini.

Jangan hanya berdiam atau cuba melarikan diri begitu sahaja. Malaysiakini harus bertanggungjawab dalam perkara ini dengan sejujurnya. Sila jawab mengenai sumbangan wang Soros kepada anda segera.

Pihak berkuasa perlu menyiasat akaun syarikat Bersih & Adil Network Sdn Bhd yang dimiliki oleh Maria Chin Abdullah. Juga akaun Malaysiakini harus diaudit dan dibentang pada umum.

Hampir 11 bulan yang lepas, bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan DAP menerima dana RM1.2 bilion dari Israel.

Sampai sekarang DAP masih belum menjawabnya. Sama juga seperti kes dana Soros ini, Malaysiakini perlu menjawabnya dengan segera.

Benarkah 29% saham Malaysiakini dimiliki Soros?

Tulisan :
Beruang Biru
BB109, Isnin
31 Oktober 2016

Wednesday, 26 October 2016

3,000 Peserta Himpunan Pemuda BANGKIT desak Guan Eng letak Jawatan


GEORGETOWN,  Kira-kira 3,000 orang berhimpun di bandar raya ini hari ini bagi mendesak Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guang Eng meletak jawatan Ketua Menteri.
Peserta himpunan baju hitam yang bertulis ‘bangkit’ itu dilaporkan berarak dari Menara UMNO ke arah pejabat Ketua Menteri di Komtar dengan laungan ‘undur Guan Eng’ berulang kali, kira-kira 1.50 tengah hari ini.

Protes itu diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

Selain menuntut peletakan jawatan Guan Eng sebagai Ketua Menteri, ribuan peserta baju hitam itu turut mendesak dia dan pengikutnya, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, 19 November ini.

Khairul berkata, kumpulan baju hitam itu akan terus mengadakan demonstrasi yang sama jika Guan Eng enggan memenuhi kehendak mereka untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.
Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil pejabat Guan Eng, yang menunggu peserta demonstrasi di kawasan itu.

Peserta demonstrasi itu dilaporkan bersurai sekitar jam 2.35 petang



Monday, 17 October 2016

Lembah Wawasan Malaysia projek terbesar Najib sebelum PRU14


Lembah Wawasan Malaysia (MVV) yang merupakan projek terbesar di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bakal dilancarkan di Negeri Sembilan dan dijangka memakan masa 4 dekad dengan diterajui Sime Darby.
Penyokong MVV yang dipetik Straits Times Singapura berkata, projek itu tidak akan mengambil pendekatan “bina dan tarik pelabur” yang digunakan kerajaan untuk Iskandar Malaysia di Johor.
“Pendekatan kali ini ialah membiarkan ia berkembang secara semula jadi dan memanfaatkan apa yang ada,” kata seorang perancang bandar kanan yang menghadiri beberapa taklimat tertutup MVV.
Menurut beberapa pegawai kerajaan dan eksekutif sektor swasta, lokasi MVV terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelabuhan utama negara dan mempunyai rangkaian pengangkutan baik, termasuk pembinaan sebuah stesen untuk projek kereta api berkelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur.
Seorang eksekutif kanan Sime Darby yang terbabit dalam perancangan projek itu berkata, MVV bergantung kepada permintaan dan syarikat itu akan menentukan pembangunannya.
“Projek Lembah Wawasan Malaysia adalah perkembangan semula jadi untuk pembangunan di rantau ini. Ia bukan projek mudah,” kata eksekutif Sime Darby itu.
Perdana menteri berharap infrastruktur sedia ada dan sedang dirancang akan menjadikan kawasan itu tarikan kepada pelabur tempatan dan antarabangsa, dengan keutamaan diberikan untuk industri berteknologi tinggi, universiti swasta, makmal penyelidikan dan pelancongan.

Kerajaan berharap dapat menarik lebih RM400 bilion pelaburan menjelang 2045 ke wilayah itu, 2 kali ganda lebih banyak daripada jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia.
Sime Darby memiliki separuh daripada 37% atau 57,000 hektar tanah yang diperuntukkan untuk pembangunan MVV, manakala selebihnya ialah hutan simpan.
Sebagai pemilik tanah terbesar di barat Negeri Sembilan itu, Sime Darby mengemukakan cadangan mewujudkan MVV pada 2009, namun ia terpaksa ditangguhkan akibat kelembapan ekonomi dunia, kurangnya minat pelabur di Malaysia dan kekangan bajet.
Menurut akhbar itu, pegawai kanan kerajaan dan eksekutif sektor swasta berkata, Najib mengharapkan projek terbabit dapat mengembalikan populariti BN sebelum pilihan raya umum akan datang, khasnya di kalangan penduduk bandar yang mempunyai sentimen anti kerajaan.
“Sudah tentu ada agenda politik dan ia akan menjadi sebahagian rancangan untuk mewujudkan sentimen baik sebelum pilihan raya,” kata seorang ahli strategi kanan perhubungan awam kerajaan yang menghadiri beberapa taklimat tertutup berhubung projek itu.
Beliau berkata, pelancaran pelan induk projek itu akan diadakan sekitar April tahun depan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlangsung pada separuh kedua 2017.
Bagaimanapun, ia membimbangkan penganalisis ekonomi dan sektor perniagaan.
“Malaysia mendapat markah tertinggi dalam perancangan besar. Masalahnya apabila ahli politik terbabit dan semuanya menjadi lain kerana mereka mahu memaksa kemajuannya,” kata seorang ketua eksekutif di firma perundingan hartanah antarabangsa di Kuala Lumpur.
Malaysia keluar daripada krisis ekonomi serantau pada 1998 dengan memperuntukkan berbilion ringgit ke atas pembangunan infrastruktur, penubuhan pusat pentadbiran baharu Putrajaya, pembinaan lapangan terbang, pelabuhan, lebuh raya dan zon ekonomi untuk menarik pelaburan asing.
Namun, banyak projek mega itu gagal, termasuk Koridor Raya Multimedia (MS) yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1996, untuk membangunkan industri teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia negara serta menarik pelaburan syarikat teknologi bertaraf dunia.