Showing posts with label nasionaldalam negeri. Show all posts
Showing posts with label nasionaldalam negeri. Show all posts

Wednesday, 20 September 2017

DAP perintah Pulau Pinang seperti ‘organisasi perniagaan’

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Kerajaan DAP di Pulau Pinang boleh disifatkan seolah-olah mentadbir negeri ini seperti sebuah ‘organisasi perniagaan’ kerana hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat.

Demikian kata, Ahli Parlimen Balik Pulau, Dr Hilmi Yahaya yang turut menyelar sikap ikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat menjadikan hujan lebat sebagai alasan banjir di negeri ini diselar kerana seolah-olah lepas tangan dengan pelbagai projek pembangunan tidak dirancang yang dilaksanakan di negeri ini.

Memetik laporan portal Barisannasional.org, beliau dipetik berkata sebagai projek pembinaan komerisal di Pulau Pinang hanya menguntungkan pemaju.

“Selain, penerokaan hutan berlaku tanpa kawalan, tanah rakyat juga dijual bagi tujuan projek pembinaan komersial yang hanya menguntungkan pemaju.”

“Sebab itu, rakyat perlu menilai tindakan rakus kerajaan negeri hari ini, jangan hanya mahu mencuba kepemimpinan baharu sehingga sanggup menggadai hak mereka,” katanyaketika berucap dalam program sembang santai di Pangsapuri Nuri, Bayan Lepas.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut berkata banjir yang berlaku disifatkan sebagai paling teruk sejak lebih 10 tahun lalu dan diyakini berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit bagi projek komersial yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air hujan

“Kerakusan menceroboh kawasan bukit itu menyebabkan air hujan mengalir deras dan warnanya keruh kerana telah menghakis tanah,” dakwa beliau sambil menambah kerajaan negeri enggan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Ujar beliau, fenomena hujan luar biasa juga berlaku ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) tetapi kerajaan negeri ketika itu merancang pembangunan bagi mengelakkan banjir teruk seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Kita tetapkan prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak membebankan penebangan pokok pada ketinggian melebihi 250 kaki (76 meter). “Tapi itu tidak berlaku pada era kerajaan negeri hari ini, apabila kita tanya, kerajaan negeri jawab macam-macam sama seperti janji sampai ke langit,” tegasnya lagi.

Baru-baru ini, negeri itu dilanda banjir yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 10 tahun kerana melibatkan ratusan penduduk di empat daerah dipindahkan di pusat pemindahan selain berlaku tanah runtuh dan seorang wanita lemas.

Wednesday, 30 August 2017

Perlancaran Bas Elektrik – Putrajaya Melangkah Kearah Bandaraya Mesra Alam berteknologi Hijau #SPAD #NEDO

Telah banyak Negara didunia mulai sedar tentang pencemaran yang amat serius diruang udara akibat pembuangan karbon yang berlebihan dari asap kenderaan yang berasaskan bahan api fosil.
Pembuangan karbon ini telah menyebabkan berlakunya pemanasan udara dan  juga menyebabkan penipisan lapisan orzon dan memudaratkan kesihatan. Berbagai penyakit dikesan akibat dari pencemaran udara yang berlebihan.
Salah satu penyumbang terbesar pencemaran ini adalah dari asap kenderaan. Jumlah kenderaan yang kian bertambah saban tahun semakin memburukkan keadaan. Namun kini beberapa alternatif boleh dijadikan pilihan buat pembeli kenderaan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Kenderaan-kenderaan ini juga lebih dikenali sebagai kenderaan mesra alam.
Berita mengenai kenderaan mesra alam ini telah kita dengai serjak tahun 2011 hingga  2916  lagi, dimana  kita sudah ada teknologi percubaan yang dibuat kepada kenderaan awam iaitu basyang diberi naman  EBIM (Elektrik Bas Inovasi Malaysia) EBIM dihasilkan oleh Sync R&D Sdn Bhd dan telah dibangunkan sejak 2011.
Begitu juga dengan kereta yang digerakkan dengan kuasa letrik Kenderaan elektrik Tesla ini akan diperkenalkan dan dilancarkan khusus untuk kegunaan badan kerajaan (GLC), hasil usaha pihak Malaysian Green Technology Corporation (MGTC).
Hari ini segala yang dirancangkan mengenai pembangunan kenderaan yang menggunakan elektrik sebagai tenaga pengerak dan bukan lagi  bahan yang berasaskan fosil telah mula dilancarkan di Putrajaya.
Idea dan Kreatif serta kesedaran terhadap alam sekitar disamping melaksanakan dasar Transformasi Pengangkutan Awam Darat, Putrajaya tidak mahu ketinggakan dalam memastikan penggunaan kenderaan yang lebih efeksien dan berteknologi.
Justeru itu, Putrajaya dirancang sebagai sebuah Bandar berteknologi hijau pada tahun 2025 dimana Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menempa satu lagi sejarah  dengan pelancaran Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO pada hari ini (28 Ogos 2017) dan telah diadakan di Putrajaya Sentral Presint 7.
YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang merasmikan pelancaran ini yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.
Kenderaan mesra alam yang semakin giat dibangunkan adalah kenderaan elektrik. Ianya paling berkesan dalam mengurangkan pembuangan asap pencemaran kerana tanpa asap tercemar. Kenderaan ini dikuasakan sepenuhnya oleh bateri sebagai sumber kuasa.
Difahamkan bahawa dengan menggunakan kederaan ini , iaitu bas yang menggunakan kuasa elekterik , kualiti udara dalam pelepasan karbon yang dihasilkan oleh bahan api berasaskan fosil akan dapat dikurangkan sebanyak 40%.
Kelebihan bas elekrtik berbanding bas konvensional ialah ia bukan sahaja tidak mencemarkan udara malahan tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel. Penumpang juga akan lebih selesa kerana tidak seperti enjin diesel, bas elektrik tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak.
Untuk memudahkan operasi penambahan kuasa elektrik kenderaan ini, Maka 3 buah terminal telah dibina khas bagi menempatkan bas SQC ini. Terminal tersebut ialah di Putrajaya Sentral dan depoh bas di Presint 14.
Bas ini akan menjalankan operasi secara komersial telah bermula pada 8 Jun 2017 dengan sebanyak 8 unit bas. Bas-bas tersebut bergerak melalui 2 laluan sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. Lebih menarik lagi dua bas dua tingkat bakal diguna pakai sebagai pelancongan di Putrajaya pada 2018 nanti.
Untuk maklumat, NEDO adalah sebuah syarikat dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1980. Ia merupakan sebuah syarikat yang menangani masalah tenaga dan alam sekitar global serta meningkatkan teknologi perindustrian
Perpadanan Putrajaya telah menjalinkan usahasama ini sejak 2015 lagi, Sejak 2015 lagi. Oleh itu sebagai projek jangka panjang dan kearah sebuah Bandar hijau sebagaimana yang dirancang oleh PPj  untuk masa akan datang.
NEDO telah melantik beberapa syarikat sebagai Japanese Consortium antaranya ialah Toshiba Infrastructure System & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co. Ltd sebagai pelaksana projek ini.
Selain itu, projek ini turut menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik penuh PPj iaitu Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn. Bhd. (PAPTT) sebagai sebuah syarikat tempatan yang bersama sama  didalam perlaksanaan projek hijau di Putrajayaini.
Dua pilihan kenderaan mesra alam ini adalah jawapan yang ada untuk kita dalam mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Namun ianya masih belum dapat digunakan secara meluas oleh orang ramai disebabkan oleh faktor harganya yang agak mahal.

Monday, 28 August 2017

'Peneroka Felda jangan makan hasutan pembangkang'

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini mengingatkan para peneroka supaya tidak mudah termakan hasutan pembangkang berhubung isu penyerahan geran tanah sebagai syarat untuk menerima intensif khas bernilai RM5,000 bagi setiap peneroka Felda.

Shahrir dalam nada kesal menegaskan, khabar angin tentang penyerahan geran tanah itu sama sekali tidak benar dan disebarkan oleh pembangkang dalam usaha mengelirukan peneroka.

"Peneroka tidak perlu menyerahkan geran tanah untuk mendapatkan insentif khas peneroka negeri yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Kenyataan untuk serah geran tanah adalah fitnah yang dijual pembangkang di Felda Air Tawar 2.

"Mereka (pembangkang) hanya muncul membawa khabar angin dan mahu memburuk-burukkan Felda kerana terdesak berikutan pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir," katanya berucap pada majlis penyerahan Replika Cek Insentif Khas Peneroka Negeri Johor di Felda Taib Andak, di Johor hari ini

Sehubungan itu, Shahrir mengingatkan para peneroka supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan cerita yang tidak betul selain yakin dengan Felda.

"Pembangkang ini terdiri daripada orang-orang yang keliru dan tidak memahami Felda dan bila mereka keliru, mereka cuba menghasut peneroka untuk ikut keliru dengan mereka selain menimbulkan isu-isu yang tidak masuk akal.

Sekiranya peneroka masih menjual hasil mereka menerusi Felda, walaupun mengerjakan kebun sendiri, setiap peneroka layak menerima insentif khas bernilai RM5,000," katanya.

Insentif berkenaan merupakan satu daripada enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari Peneroka Felda 2017 peringkat kebangsaan di Putrajaya, 23 Julai lepas.

Jelas Shahrir, seramai 24,628 peneroka seluruh negeri Johor layak menerima insentif yang keseluruhanya bernilai RM123.14 juta.

"Insentif tersebut akan diberikan secara berperingkat mulai minggu akhir bulan ini.

"Saya juga bercadang untuk memberikan insentif tambahan sebanyak RM5,000 kepada peneroka-peneroka Felda yang tidak berhutang, kerana kita mesti menghargai mereka tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sama ada beliau masih akan bertanding pada PRU ke-14 akan datang, Shahrir berkata beliau telah dicalonkan oleh Najib untuk terus bertanding, namun, beliau enggan memaklumkan sama ada mahu menerima pencalonan tersebut.

"Saya ada dengar Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu bertanding di Parlimen Johor Bahru nanti. Jadi tunggulah PRU, kalau saya jawab hari ini, esok sudah tiada berita," katanya.

Jumaat lepas, ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Johor Bahru, Najib berkata Shahrir masih layak menjadi calon.

Beliau berkata 'Shahrir Factor' menjadi antara faktor parlimen tersebut terus kekal di bawah Umno dan Barisan Nasional (BN).

Shahrir sebelum ini dilaporkan tidak akan bertanding pada PRU akan datang bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda

Sunday, 6 August 2017

Tiada siapa boleh cemari gandingan Najib-Zahid : Ismail Sabri

 Tiada siapa mampu mencemarkan hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata, walaupun ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan mereka, Ahmad Zahid mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Najib 1 ketika dahulu malah hubungan mereka adalah seperti sebuah keluarga.
“Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar, jadi tidak timbul isu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi PPBM itu bahawa Ahmad Zahid pernah meminta sokongan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Segamat di Batu Anam yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Segamat juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam di sini hari ini.
Ismail Sabri mendakwa isu tersebut sengaja dibuat oleh Dr Mahathir bagi mengelirukan anggota Umno dan menimbulkan rasa ragu dalam kalangan anggota parti terhadap kesetiaan Ahmad Zahid kepada Najib.
Beliau berkata Najib secara terbuka telah memberitahu kepada ketua bahagian Umno bahawa beliau mempunyai seorang timbalan yang sangat setia kepadanya dan ini jelas membuktikan bahawa Najib tidak pernah meragui kepercayaan Ahmad Zahid.