Showing posts with label nasonal. Show all posts
Showing posts with label nasonal. Show all posts

Monday, 16 October 2017

Demo Anti Kleptokrasi Pakatan Harapan Gagal dengan Jayanya


Demo #AntiKleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.
Malaysiakini lapor 3,000 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran 'facebook live' bila mendapati padang kosong dan tiada orang.
Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (#1MDB).
Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.
Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.
Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.
Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.
Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.
Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 (#Nothing2Hide) pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.
Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak #Bersih 1 hingga Bersih 5.
Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 2,000 orang yang hadir.
Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (#PRU14) semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.
Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai "aset utama" oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.

sumber 

Tuesday, 5 September 2017

MMMSL 2017 rekod 1.5 juta jemaah haji

MINA 5 Sept. - Selepas tujuh hari beroperasi, tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) menamatkan operasi bagi musim haji 2017 semalam dengan kejayaan membawa 1.5 juta jemaah haji menyempurnakan ibadah haji di sini, Muzdalifah dan Arafah.

Tren terakhir berlepas dari stesen Jamarat atau Mina 3 di sini pukul 6 petang membawa penumpang terakhir ke stesen Arafah 3.


Hadir melepaskan secara simbolik tren terakhir tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham.

Masnizam berkata, pengendalian operasi tren itu pada tahun ini berjaya mencatatkan 112 peratus kadar pergerakan tren, meningkat berbanding 110 peratus yang dicatatkan tahun lalu.

Katanya, walaupun Prasarana berhadapan cabaran keadaan cuaca panas dan pertambahan penumpang berbanding tahun lepas, MMMSL berjaya membawa 1.5 juta penumpang berbanding kira-kira 1.1 juta penumpang tahun lalu.

"Daripada maklumat yang kita terima daripada media-media Arab Saudi dan penumpang sendiri ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan," katanya kepada media Malaysia di sini semalam.

Katanya, operasi kali ini juga mendapat perhargaan daripada pihak berkuasa Arab Saudi termasuk Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam (PTA) Arab Saudi yang mengucapkan terima terima kepada Prasarana kerana berjaya melicinkan pergerakan jemaah haji.

"Presiden PTA Dr Rumaiah al-Rumaiah sangat berpuas hari dan malah dia datang melawat semasa operasi MMMSL bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi.

"Mereka amat yakin dengan kebolehan yang kita ada dan Alhamdulillah Prasarana telah membuktikan kita mampu melakukan lebih baik daripada tahun lepas," katanya.

Mengenai perancangan selepas ini, Masnizam berkata, pihaknya akan meneruskan rundingan dengan pihak berkuasa Arab Saudi berhubung penyambungan kontrak.

Beliau bagaimana pun optimis untuk Prasarana mencapai sesuatu yang positif termasuk dalam projek lain di negara ini memandangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam pengendalian MMMSL.

"Prasarana masih mempunyai baki kontrak sehingga 31 Mei 2018 dan untuk tempoh sehingga berakhir kontrak itu Prasarana akan meneruskan penyelenggaraan tren tersebut," katanya.

Prasarana Malaysia Berhad dianugerahkan kontrak bernilai SR800 juta (RM911 juta) mengendalikan operasi tren haji MMMSL selama tiga tahun bermula 2015. - UTUSAN ONLINE

Wednesday, 16 August 2017

Di mana suara Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Kes ADUN Penanti




Baru-baru ini, seorang Exco Pulau Pinang Ditahan SPRM kerana melindungi kilang haram Selama 10 Tahun iaitu selama dua penggal Kerajaan DAP memerintah di Pulau Pinang.

Jika Kerajaan DAP boleh merobohkan puluhan perkampungan dan Gerai-gerai yang didakwa mereka sebagai haram namun selama dua penggal jugalah DAP memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan melindungi kilang-kilang haram di negeri itu.

Terdapat kira kira 200 kilang haram dan tidak ada satu pun yang dirobohkan selama 10 tahun iaitu sama jangka hayat DAP memerintah negeri di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Perkara itu akhirnya terbongkar apabila Exco Pulau Pinang dari DAP, Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melindungi kilang haram di negeri itu.

Siasatan turut melibatkan sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam dan menurut dakwaan, kilang berkenaan sudah mengeluarkan asap berbahaya sejak 10 tahun lepas tanpa ada satu tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu.

MENJADI PERHATIAN SELEPAS EXCO DITAHAN SPRM

Phee Boon Poh ditahan anggota SPRM ketika memberi kenyataan di pejabat agensi pencegahan rasuah itu baru-baru ini.

Dikatakan Exco DAP berkenaan ada menyerahkan surat kepada kerajaan negeri supaya kilang berkenaan tidak dirobohkan padahal ia sudah lama beroperasi secara tidak sah.

Surat itu menunjukkan campur tangan rasmi kerajaan DAP melindungi kilang haram dan seperti yang kita tahu kalau hal-hal lain seperti meroboh perkampungan dan gerai di tepi jalan kerajaan DAPlah paling 'juara' dalam merobohkan dan melenyapkannya dengan bermacam-macam sebab.

Kerja merobohkan gerai-gerai khususnya gerai dari peniaga-peniaga kecil juga banyak merata-rata di Pulau Pinang.

Cari sahaja dalam Google sudah pasti akan menemui video penguatkuasa Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai ini. Malah, hanya di Penang sahaja, ada peniaga gerai sanggup curi lori penguatkuasa dan maki Guan Eng secara terbuka dalam Facebook.

PUNCA PENYAKIT KANSER

Dalam isu kilang haram ini, Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr M Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 orang penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser.

malah menurut Adun PKR Penanti, beliau telah membuat lawatan mengejut bersama Pejabat Tanah dan MPSP ke kilang bakar sawdust (habuk kayu) dalam ladang kelapa sawit.

" Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sungai Lembu sakit kanser semasa program ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram ini" seperti yang dimuat naik di Facebooknya pada 18 februari 2015.

bagi perkampungan kecil seperti ini, angka-angka ini agak tinggi.

Menurut laporan Institut Kanser Kebangsaan, kadar kanser peringkat nasional adalah sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.

Kanser boleh adalah penyakit yang boleh membawa maut, tetapi bagaimana mereka sanggup lindungi kilang haram dan biarkan rakyat kena kanser.

dan lebih memuskilkan apabila Exco Alam Sekitar Kerajaan Pulau Pinang dikatakan menjadi dalang pula di dalam isu ini.

Takkan Guan Eng tidak tahu menahu berkenaan perkara itu?. Menurut beliau, dia sendiri tidak tahu perkara ini berlaku. Ini hanya lakonan Guan Eng semata mata.

Sebagai Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Boon Poh mesti tahu statistik kanser akibat kilang haram berkenaan.

Kalau terus melindungi kilang haram itu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya.

Oleh kerana itulah, Boon Poh ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan unsur rasuah lindungi kilang haram.  Bila Boon Poh dipakaikan baju lokap SPRM, Adakah Guan Eng mulai gelisah akan nasibnya selepas ini?

DI MANA AHLI PARLIMEN

Mungkin juga ramai tidak tahu, bahawa DUN ini terletak dibawah parlimen Permatang Pauh, dimana ahli Parlimennya ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR.

Jadi di mana pula suara Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di dalam isu pencemaran Alam Sekitar dan Rasuah ini? Adakah beliau tidak peka dengan nasib penduduk-penduduk di Sungai Lembu itu?

Wan Azizah juga di dalam kenyataan medianya semalam berkata beliau cukup prihatin akan isu pencemaran yang berlaku di kawasan Sungai Lembu.

"Warga tempatan jelas mahukan isu pencemaran yang mereka hadapi ditangani, yang dizahirkan dalam sebuah memorandum yang ditandatangani seramai 168 orang penduduk dan diserahkan kepada YB Norlela Ariffin, ADUN Penanti yang kemudiannya menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Namun dengan hanya menyatakan rasa prihatin adakah ianya sudah mencukupi dan apabila SPRM menjalankan tugas mereka selepas mendapat aduan dari Adun Penanti, beliau menyatakan SPRM seperti melakukan " Pendakwaan Terpilih". Bukankah beliau seharusnya menyokong usaha Dr norlela dan SPRM di dalam memperjuangkan aduan penduduk di di Sg Lembu itu.

Adakah siasatan mengenai Exco Pulau Pinang itu lebih besar dari masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ.  Soalnya dimanakah keutamaan yang harus diperjuangkan Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen, Siasatan SPRM atau Aduan rakyat Permatang Pauh dahulu?

Atau Wan Azizah dan suaminya lebih berminat mempertahankan nasib ahli Politik dari masalah yang dihadapi oleh Penduduk dan pengundi mereka di Permatang pauh.

Monday, 27 February 2017

Arab Saudi Yakin dengan Kepimpinan Najib



Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang bermula hari ini menunjukkan Arab Saudi mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kepemimpinan negara yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi berkata, ini ke­rana Arab Saudi yang merupakan sebuah kuasa besar di rantau Asia Barat sangat teliti dalam menjalinkan hubu­ngan diplomatik serta kerjasama perniagaan dengan negara-negara lain.

“Jika kita lihat Arab Saudi hanya menjalinkan hubu­ngan dua hala yang baik dengan negara-negara tertentu, yang mempunyai hasil bumi tersendiri se­perti Amerika Syarikat.


“Lawatan Raja Salman membuktikan Arab Saudi yakin dengan kekuatan Malaysia setelah menilai dari pelbagai sudut antaranya kepimpinan, ekonomi dan kemakmuran masyarakat pelbagai kaum,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, kunju­ngan Raja Salman itu juga memberi isyarat bahawa keyakinan antarabangsa terhadap kepimpinan negara ini masih utuh.

“Berita kunju­ngan Raja Salman ke Malaysia adalah sesuatu yang mengujakan rakyat Malaysia.
“Dalam situasi tohmahan terhadap kepe­mimpinan Najib dibuat oleh pihak-pihak tertentu sehingga ke pe­ringkat antarabangsa, tiba-tiba Raja Salman berkenan untuk melawat Malaysia.

“Apa yang pasti, sejak era kepimpinan Najib, hubu­ngan Malaysia-Arab Saudi bertambah erat,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pe­ngajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang sebelum ini telah terjalin sejak sekian lama terus diperkukuhkan dengan kunjungan Raja Salman itu.

“Kepimpinan Najib juga menjadi elemen utama yang menjadi penyumbang kepada persetujuan Raja Salman berkenan berangkat ke negara ini dan ia dilihat sebagai timbal balik ke atas hubungan dua hala yang dijalin sebelum ini,” ujarnya.