Showing posts with label nibong tebal. Show all posts
Showing posts with label nibong tebal. Show all posts

Wednesday, 2 May 2018

Gagalkan idea "Tsunami Melayu" dibawa pembangkang - Datuk Mohamed Sani Bakar Calon N20 DUN Sungai Bakap

Kawasan Luar Bandar Diabaikan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang.

Gagalkan idea "Tsunami Melayu" dibawa pembangkang yang hanya merugikan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Itu seruan calon Barisan Nasional Sungai Bakap, Datuk Mohamed Sani Bakar kepada pengundi kaum berkenaan bagi memastikan penduduk luar bandar tidak terus diabaikan.


Saturday, 28 April 2018

#PRU14 Pertandingan 4 Penjuru #NibongTebal #P047


Parlimen Nibong Tebal menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh menyaksikan pertandingan tiga penjuru,Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi menyaksikan pertandingan enam penjuru & Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertandingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Calon Parlimen P047 ialah Dato' Ir Dr Shaik Hussein Mydin (BN) bakal ditentang  Datuk Mansor Othman (PKR), Mohd. Helmi Harun (Pas) & Bekas MP Tan Tee Beng (Bebas)

Bagi Calon DUN Jawi N19 ialah Tan Beng Huat Parti Alternatif Rakyat (PAP), Dr. Kiew Hen Chong (BN); E. Daphne (Penang Front Party); H’ng Mooi Lye (PKR); Tan Chew Suan (Parti Rakyat Malaysia) dan Koay Xing Boon (Parti Bersama Malaysia).

Bagi Calon DUN Sungai Bakap N20  pula menyaksikan persaingan empat penjuru antara BN yang diwakili Datuk Mohamed Sani Bakar (BN); Tan Chow Kang (PRM); Osman Jaafar (Pas) dan Amar Pritpal Abdullah (PKR).

Calon DUN Sungai Acheh N21  ialah Datuk Mahmud Zakaria (BN),penyandang kerusi DUN itu akan ditentang calon Pas Nor Zamri Latif dan Zulkifli Ibrahim (PKR).










Thursday, 28 September 2017

Wanita diacu parang sebelum barang kemas dilarikan

NIBONG TEBAL - Seorang wanita diugut dengan parang panjang sebelum dua lelaki melarikan barang kemasnya bernilai RM10,000 di rumahnya di Bandar Cassia di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika pekerja kilang itu sedang tidur.

"Dua lelaki yang memakai topeng muka dan sarung tangan memasuki bilik tidurnya sebelum mengacukan parang kepadanya.


"Kedua-dua tangan mangsa dan mulutnya kemudiannya diikat sebelum dua lelaki berkenaan menggeledah rumahnya,” katanya.

Beliau berkata antara barang mangsa yang dilarikan ialah dua utas rantai leher emas, rantai tangan emas, wang tunai, televisyen, telefon bimbit dan dokumen peribadi.

Mangsa telah diselamatkan anaknya yang tidur di tingkat dua rumah teres berkenaan.

Shafee berkata kedua-dua individu itu dipercayai turut memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu sebelum ini. –Bernama