Showing posts with label pakatan harapan. Show all posts
Showing posts with label pakatan harapan. Show all posts

Wednesday, 4 April 2018

Politik Kebudak-Budakkan, Jadi Amalan PH, Kata PAS

KUALA LUMPUR: Budaya politik tidak matang atau kebudak-budakkan terserlah menjadi amalan dalam Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, hal itu terbukti apabila PH mendakwa penerimaan Pas terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak Benar 2018 sebagai menyokong BN.
Beliau berkata, kayu ukur yang digunakan sangat dangkal, kerana Pas menyokong akta baharu digubal itu disebabkan ia selaras dengan Islam.
“Ini politik kebudak-budakkan, politik manipulasi fakta bertujuan mencipta persepsi jahat dan kebencian, sangat malang apabila Malaysia memiliki ahli politik yang berfikiran sebegini.
“PAS menyokong RUU ini kerana Islam haramkan penyebaran berita palsu yang hari ini menjadi makanan ahli politik terutamanya daripada PH,” katanya dalam status yang dimuat naik di akuan Facebook beliau, hari ini.
Mohd Khairuddin selanjutnya mempersoalkan berkenaan Akta AIIB (Bank Pelaburan Infrastruktur Asia) dan Akta 164 yang disokong PH sedangkan Pas pula menentang kerana menyentuh kedaulatan Mahkamah Syariah dan hukum Islam.
Menurutnya, apa sahaja bercanggah dengan Islam pastinya ditolak oleh Pas dan sebaliknya akan menyokong sesuatu akta berasaskan prinsip Islam.
“Sebab itu Akta AIIB Pas tolak kerana memperakui sistem riba sebagai asas bank itu, namun tindakan PH menyokong kedua-dua akta tersebut, adakah menandakan mereka boleh bersekongkol apabila selaras dengan nafsu serta keinginan mereka?,” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.
- Utusan Online

Monday, 8 January 2018

Pakatan Harapan: Pembangkang Paling Teruk Di Dunia!


Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membuktikan kepada dunia bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling teruk di dunia.

Sejak tertubuhnya parti pembangkang utama sekitar 60-70 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin daripada parti-parti ini layak untuk menerajui pembangkang dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada blok pembangkang.

Begitu juga dengan PKR, PAN dan PPBM yang merupakan serpihan daripada parti besar di negara ini yang turut tidak dapat menampilkan calon untuk memimpin negara ini yang lahir daripada kilang mereka sendiri.

Yang mereka tampilkan sebagai 'harapan' mereka adalah individu yang lahir daripada kilang UMNO iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Selama mana parti-parti ini tertubuh dan menjadi pembangkang di negara ini adakah mereka tidak dapat menampilkan seorang calon yang lahir daripada kilang mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri sendiri.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang melahirkan pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya parti pembangkang yang lain!

Sikap dan sifat hipokrit Pakatan Harapan juga terbukti apabila meletakkan Tun Mahathir; individu yang mereka kecam selama mana beliau bersama UMNO sebagai pemimpin paling korup di Malaysia dan mengamalkan pemerintahan secara diktator sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Di mana pegangan DAP dan PKR selama mana sebelum ini meletakkan asas perjuangan mereka untuk menentang Barisan Nasional dan UMNO kerana kebencian mereka terhadap sifat, sikap dan perilaku Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun?

Perlu diingatkan berulang kali bahawa asas perjuangan PKR adalah menentang kezaliman Tun Mahathir kerana kononnya beliau telah menganiaya Anwar Ibrahim dengan memfitnah, mengasari dan memenjarakan Anwar Ibrahim sekitar era reformasi dahulu.

PKR itu sendiri ditubuhkan kerana menentang Tun Mahathir.

Dan kini, isteri kepada individu yang 'dibogelkan' oleh Tun Mahathir, kini boleh berdakapan dan berkongsi meja demi mendapatkan keuntungan politik masing-masing.

Dengan berlakunya dakapan seperti ini, secara jelas PKR sudah tidak releven lagi untuk menjadi sebuah parti politik yang terus menerus memperjuangkan keadilan kerana ketika ini, mereka sendiri sanggup mengenepikan keadilan mereka demi mendapatkan kuasa politik untuk memerintah negara.

Begitu juga dengan DAP terutamanya pemimpin de-facto mereka iaitu Lim Kit Siang yang selama ini konsisten menentang Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan korupsi, salah laku, dan menindas hak asasi manusia.

Lim Kit Siang sendiri yang mengepalai beberapa tuntutan terhadap salah laku Tun Mahathir terutamanya mengenai insiden Mamali, Kes Forex, Perwaja Steel, PKFZ dan pelbagai lagi salah laku Tun Mahathir yang terkenal.

Dengan keputusan Pakatan Harapan menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang sekaligus telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan merupakan parti pembangkang yang paling teruk di dalam sejarah Malaysia dan barangkali di dunia!

Hipokrit, tiada integriti dan tidak mempunyai prinsip perjuangan merupakan sifat terbaik untuk menggambarkan Pakatan Harapan ketika ini.

Nukilan: Bekas Pejuang Reformasi 1998


SUMBER 

Thursday, 3 August 2017

Majlis Presiden Pakatan Harapan bertindak biadap terhadap Yang Di-Pertuan Agong?


Pada 7 Julai 2017, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017, telah memperkenankan seperti berikut:
(i) YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 3 tahun mulai 4 Ogos 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan untuk tempoh yang sama; dan
(ii) YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin yang telah dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September 2017 di bawah Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, terus memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan mulai tarikh dan untuk tempoh yang sama.
2. Pelantikan YAA Tan Sri Dato’ Seri Md Raus bin Sharif dan YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan setelah masing-masing mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan adalah atas sembah cadangan dan nasihat Ketua Hakim Negara pada ketika itu, YAA Tun Dato’ Seri Arifin bin Zakaria kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 sebelum Yang Amat Arif bersara. Cadangan dan nasihat itu telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.
3. Keputusan-keputusan dan aturcara-aturcara di atas adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.
Pada 2 Ogos 2017 pula, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan (yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dan Datuk Dr Mujahid Yusof, Naib Presiden AMANAH) berikut:
Hari ini, kami telah menyembahkan warkah kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk membawa ke perhatian Tuanku YDPA beberapa perkara seperti berikut:

1. Isu pelantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai 2017 adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

2. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jawatan Ketua Hakim Negara mahupun Presiden Mahkamah Rayuan tidak dibenarkan dilanjutkan selepas penjawat itu mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.

3. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, perlantikan dua jawatan yang diumumkan itu adalah dibuat oleh Tuanku YDPA di atas nasihat YAB Perdana Menteri; maka Tuanku berhak untuk menampilkan perkara ini untuk diputuskan mahkamah sebelum ianya berkuatkuasa.

4. Perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang disandang YAA Tan Sri Md Raus Sharif akan berkuatkuasa dalam masa dua hari lagi, iaitu pada 4 Ogos 2017.

5. Sekiranya perkara ini tidak ditangani segera, ia akan mewujudkan satu krisis kehakiman kerana kesemua perbicaraan ataupun keputusan selepas 4.8.17 akan menjadi TIDAK SAH. Malah sistem pentadbiran badan kehakiman yang juga dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara akan menjadi cacat disebabkan badan kehakiman tidak diuruskan hakim yang sah di sisi perlembagaan.

6. Di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku YDPA yang boleh membuat rujukan permasalahan perlembagaan untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

7. Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam PAKATAH HARAPAN, melalui warkah ini menyeru agar Tuanku YDPA melaksanakan budibicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula itu sah ataupun tidak.

8. Ini adalah untuk menjamin Tuanku YDPA dapat memelihara keluhuran perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Seperti dijelaskan oleh kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan semula Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan pelantikan semula Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, walaupun atas nasihat Perdana Menteri, adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017.

Begitu juga dengan pelantikan Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif dan Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan, walaupun atas sembah cadangan dan nasihat Ketua Hakim Negara pada ketika itu, YAA Tun Dato’ Seri Arifin bin Zakaria pada 30 Mac 2017, adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bila Majlis Presiden Pakatan Harapan menyatakan bahawa pelantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan ini adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan maka ini bermakna Majlis Presiden Pakatan Harapan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah melakukan tindakan yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan.

Dari segi adabnya, jika kita mendakwa seorang lain melakukan kesilapan maka kitalah yang sepatutnya membawa perkara itu ke mahkamah, bukan meminta orang itu berbuat demikian. Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong tentulah berpandangan bahawa tindakan Baginda membuat pelantikan semula mereka itu sah, sebab itulah Baginda berbuat begitu. Apatah lagi bila, di dalam kes pelantikan semula Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan pelantikan semula Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, keputusan Baginda ini dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei 2017.

Pada hemat saya, tindakan Majlis Presiden Pakatan Harapan menyeru agar Yang di-Pertuan Agong membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan persoalan samada pelantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan itu sah ataupun tidak adalah satu tindakan yang sangat tidak beradab kerana ia memberikan gambaran Majlis Presiden Pakatan Harapan mahu mengajar Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas Baginda dengan betul, apatah lagi bila Majlis Presiden Pakatan Harapan awal-awal lagi telah mengisytiharkan bahawa apa yang dibuat oleh Baginda, iaitu melantik semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan itu, adalah tidak betul.

Sumber : Dr Kamarul Yusoff

Tuesday, 30 May 2017

Pakatan Harapan yang diketuai DAP Bakal mereput?

Pakatan Harapan yang diketuai DAP bakal mereput disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang gemar bertikam lidah sesama sendiri, selain tidak mahu mengakui diri sendiri adalah punca sebenar perpecahan di dalam blok pembangkang yang sebelum ini turut disertai Pas.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, dengan mahu menyembunyikan kelemahan dalaman yang ada, mereka menjadikan Pas sebagai kambing hitam kononnya adalah punca perpecahan dalam pakatan pembangkang, selain menuduh keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan bakal memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Malah kata beliau, tiadanya hormat kepada Pas jelas dilihat semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu apabila pembangkang turut meletakkan calon daripada PAN untuk bertanding di dua kawasan Parlimen itu yang sepatutnya menjadi milik Pas.


“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang me­nunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.

“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya ke­pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pre­siden Pas, Idris Ahmad semalam yang menempelak cara po­litik lapuk Pakatan Harapan yang gemar membuat tuduhan dan fitnah, serta bersikap tidak demokratik kerana mengaitkan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan akan memberi kemenangan kepada BN.

Pada masa sama Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Idris dan melihat tuduhan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan terhadap Pas adalah tindakan terdesak.

“Sebolehnya kami tidak ma­hu bercakap mengenai mereka (Pakatan Harapan). Tetapi apabila mereka mula menuduh Pas sebegitu, saya setuju dengan kenyataan naib presiden parti.

“Pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu akan memakan diri. Mereka menyerang Pas kononnya langkah kami keluar pakatan akan memberi kemenangan kepada BN, tetapi sebaliknya di Kelantan dan kebanyakkan kawasan lain Pas sendiri akan berdepan dengan BN,” katanya.

Kata beliau, Pas berada dalam keadaan yang baik dan sedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang menerusi Gagasan Sejahtera yang turut di­sertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang diketuai Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.


UTUSAN

Friday, 23 December 2016

Bukan Jawatan PM. Jawatan Menteri Pun Akan Buat Pakatan Harapan Bergaduh.



Politik pembangkang di Malaysia amat berbeza dengan politik di negara lain.

Pembangkang di Malaysia akan bermain sekecil kecil isu yang tiada manfaat  kepada rakyat, bahkan lebih teruk lagi hanya bermain persepsi sahaja untuk merogol minda rakyat.

Di negara seperti Thailand dan Korea , Jeun atau pun Turki, jika naik satu parti lain dan jatuh satu parti lain, ia tidak begitu terasa sangat perubahan dasar oleh kebanyakan rakyat mereka.



Hanya dasar tertentu sahaja yang akan terganggu dan dari segi sosio ekonomi pun lebih kurang sahaja.



Ini kerana mereka datang dari satu bangsa yang sama.



Lain pula cerita di Malaysia, satu parti akan mewakili satu kaum tertentu, dan parti yang cuba elak kan diri dari berpendirian kepada satu kaum , akan terpaksa gadai prinsip agama nya hanya untuk kompromi mendapat undi dari kaum lain.



Kita boleh lihat misal nya, demi untuk mendapat belas kasihan kaum lain maka orang melayu dalam PKR pula jadi wakil untuk proposal ladang babi mega. Ini lah kompromi yang dimaksudkan.



Dan demi hendak menjadi popular kepada bangsa lain yang memberi undi, wakil melayu terpaksa kacau agensi atau jabatan yang berpaksi melayu Islam, misal nya LTAT, LUTH atau pun FELDA untuk menjadi popular.



Mereka tidak akan kacau atau gangu syarikat YTL atau Berjaya Group misal nya yang mendapat pelbagai bagai faedah dan keuntungan dari cara meragukan ketika penaung mereka menjadi Perdana Menteri.



Tanah tanah, projek dan konsensi yang boleh di politik kan secara besar besaran bagaimana  ia diperolehi, cara di lobi atau cara di dapati. Walaupun ia perniagaan, tetapi ia juga boleh dimanipulasi sebagai konon ada keraguan kepada cara mereka mendapat perniagaan dan naungan dari kerajaan seperti yang dikena kan kepada 1MDB.



Maka perniagaan biasa dipandang serong sebagai ada jenayah. Hutang menjadi jenayah, jual salah beli pun salah hanya sebab ia dipolitik kan.



Berbalik kepada topik di atas, umum semua tahu , sehingga hari ini Tun Mahathir masih enggan menyebut nama Mukhriz sebagai Perdana Menteri idaman nya.



Maka atas sebab ini, kita buat andaian , Mukhriz lah sebenar nya calon Tun Mahathir.



Apa yang Tun Mahathir tidak sebut , itu lah dia calon nya. TS Muhyiddin Yassin, Anwar , Wan Azizah , Azmin itu semua acahan sahaja.



Demi melindungi dari di serang Tun Mahathir tidak pernah sebut nama Mukhirz.



Masalah pembangkang khusus nya Pakatan Harapan +1 adalah penamaan calon Perdana Menteri.



Jika ada nama nama yang di sebut pada hari ini , ai hanya lah decoy sahaja.



Kerana pergabungan PH+1 adalah gabungan belitan ular, mereka pura pura setuju buat masa ini pada nama yang dinaikan kerana untuk hidangan rakyat konon mereka sudah bersatu.



Masing masing sebenar nya menyimpan tikaman akhir pada PRu14.



Mereka menuggungu kerusi siapa paling banyak di PRU14 itu, baru lah mereka “go for the kill” membuat ugutan dan paksaan untuk kehendak mereka.



Dalam Barisan Nasional, ia sudah seperti ada “understanding” satu sama lain. Ia seolah olah satu kedudukan tradisi dimana mereka akur antara satu sama lain dalam pembahagian kerusi dan jawatan Menteri.



Tidak seperti PH+1, untuk meminta kawasan sedia ada bagi parti masing masing bertanding pun sudah ada pergelutan dan sengketa.



Jika ada kompromi pun hanya kawasan sukar menang dan kawasan tidak boleh menang sahaja yang akan di kompromi untuk diberikan kepada anak baru lahir dalam komponan mereka ia itu Parti Pribumi.



Maka nya, baru pembahagian kerusi pun sudah kalam kabut dan menaik kan kemarahan, apa tah lagi merebut jawatan dalam kabinet.



Andai nya, (InSya Allah tidak jadi) PH+1 menang PRU14, pasti sekali DAP akan menang besar walaupun kerusi nya sikit,



DAP akan menggunakan kuasa ugut keluar Pakatan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu kan.



Atas sebab takut tidak dapat merasai jawatan Menteri, maka parti komponen yang lain akan akur kepada kehendak DAP.



Pasti sekali DAP akan tuntut kerusi yang mereka idamkan untuk ubah Malaysia dan struktur negara.



Jawatan Menteri Kewangan, Menteri pelajaran serta Menteri Dalam Negeri pasti sekali mahu di miliki oleh DAP.



Mereka mahu merubahkan struktur kewangan negara yang banyak melindungi bumiputera dan orang Melayu , sambil sistem sekolah akan dibubar untuk ikut acuan DAP.



Sambil itu,  mereka ada banyak yang hendak di luluskan dalam kementerian dalam negeri. Maka tentu mereka tidak akan lepaskan kementerin ini kepada pihak yang lain.



Sambil itu komponen yang lain , seperti PKR pula mahu kan jawatan yang sama begitu juga PAN.



Bagi parti bunga Pribumi, jawatan Menteri Kewangan lah yang akan diminta nya kerana ada perkara sulit dan tersekat berkaitan Tun Mahathir dan Tun Daim yang mahu dilaksana kan.



Bahkan ini lah punca utama Tun Mahathir mahu menjatuhkan DS Najib dibawah pembohongan isu ciptaan Tun Mahathir ia itu 1MDB.



Maka , apa yang jelas, PH+1 bukan sahaja berperang merebut jawatan Perdana Menteri, bahkan pergaduhan mereka meleret sehingga jawatan kabinet.



Ugut menggugut bakal berlaku, tetapi pada perkiraan kami , akhir nya DAP juga akan menang waima kerusi mereka konon nya tidak banyak, kerana mereka ada kuasa ugutan keluar dari PH+1 lalu semua komponen kempunan jadi kerajaan Pusat , maka akur lah mereka kepada kehendak DAP.



Bubar kan RELA sebab kehendak DAP pun komponen akan sanggup, kurang kan kakitangan awam pun akan sanggup juga kerana ketagih jadi Menteri walaupun hanya menteri jaga wanita.

Tulisan :
Beruang Biru
BB200, Jumaat
23 Disember 2016

Friday, 16 December 2016

Pakatan Harapan usah berangan lagi

Hasrat pakatan harapan yang diketuai DAP untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan menjadi kenyataan apabila Pas tetap bertegas untuk tidak berunding dengan DAP dan PAN.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah kerjasama dengan pakatan pembangkang pada PRU-13 menyebabkan parti berkenaan seakan-akan ditindas.  

Katanya, langkah Pas untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk membentuk Gagasan Sejahtera merupakan tindakan terbaik daripada terus ‘diperkudakan’ DAP dalam pakatan pembangkang.

“Kami tetap dengan pendirian untuk tidak lagi mengadakan rundingan dengan DAP yang secara terang-terangan menolak dasar perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini.

“Kita juga tidak berniat membuka pintu rundingan bersama PAN yang merupakan parti serpihan Pas atas dasar mereka (PAN) telah menunjukkan sikap sebenar mengkhianati Pas dan menjalinkan kerjasama dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pakatan harapan diketuai DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU-14 dengan menggariskan tujuh kandungan utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat PKR semalam.

Salah satu kandungan tersebut adalah untuk berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian persefahaman tersebut untuk memastikan seboleh mungkin seorang calon sahaja mewakili pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh pakatan harapan diketuai DAP dengan PPBM semalam langsung tidak menghasilkan sesuatu yang signifikan dalam arena politik ta­nah air.

Beliau berkata, pakatan harapan dan PPBM masih merupakan dua entiti dengan agenda berbeza bukanlah membentuk sebuah pakatan baharu seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Thursday, 15 December 2016

Pakatan Harapan Baru- Sebuah Pakatan Ular


“Union of the snake” itulah istilah paling sesuai untuk diberi kepada Pakatan Harapan baru yang disertai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Masing masing menunggu hendak mematuk dan membelit antara satu sama lain. PAS dah kena patuk dengan DAP bila tertubuhnya PAN.

PAN menjadi bisa ular yang kuat pada PAS. Bisanya membekas hingga pemimpin PAS menggangap hubungan dengan DAP seolah cerai talak tiga.

Atas sikap terpaksa dan terdesak kerana kesuntukan waktu, maka perjanjian pun dibuat agar PPBM menyertai Pakatan Harapan yang di dalamnya sudah sedia ada Parti PKR, PAN dan DAP.

Bermakna dalam PH baru ini , DAP diwakili oleh 2 parti, iaitu parti DAP sendiri dan juga PAN.

PAN secara tidak rasmi adalah parti DAP sayap Melayu Islam , diguna untuk tarik orang Islam mengundi DAP.

Atas sebab itu tidak akan ada apa bantahan berkenaan tingkah laku DAP yang akan datang dari PAN. DAP sudah ada 37 kerusi, PAN 6 kerusi, jadi 42 kerusi parlimen semuanya.

Sebelum PPBM menyertai Pakatan Harapan , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dalam senyap cuba bersungguh sungguh untuk memujuk parti PAS agar dapat masuk bersama PPBM bersatu menubuhkan satu perkongsian baru , sambil Tun Mahathir dari awal lagi telah bergantung harap dengan DAP.

Bolehlah dikatakan Pakatan Harapan baru yang disertai oleh PPBM ini sebagai penyatuan ular kerana masing masing mahu membelit antara satu sama lain, jika tidak pun sebagai parasit yang menular menumpang pada akar untuk naik keatas.

Pakatan ular ini menjadi kenyataan kerana ketika PAU UMNO yang lalu terlihat amat ketara sokongan ahli UMNO dan orang Melayu amat padu kepada kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu tindakan bijak Datuk Seri Najib mendedahkan rencana sulit DAP melalui siaran video di dewan PWTC berkenaan tindakan DAP mahu menggunakan orang Melayu untuk tipu orang melayu . (Melayu screw Melayu).

Akibat terdedahnya rencana DAP itu , kepimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang melihat kedudukan DAP telah kembali mundur 100 tahun ke belakang kerana berkemungkinan orang Melayu tidak akan mempercayai DAP , melainkan melayu yang digajikan dan yang sudah dibeli jiwanya seperti Mat Sabu, Dyana Sofyea ,Rara dan sewaktu dengannya.

Atas sebab panik , maka Lim Kit Siang telah menjemput semula Tun Mahathir kepersidangan DAP untuk menunjukkan masih ada Melayu ternama bersama DAP.

Ini bermotif sebagai “window dressing” sahaja untuk memancing orang Melayu kerana sebelum ini jemputan kepada Tun Mahathir sudah dibatalkan.

Dalam pada itu Kit Siang sudah pun buat perkiraan awal bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi berguna untuk Pakatan Harapan memandangkan dia akan terus merengkok dalam penjara.

Anwar hanya boleh bertanding balik pada tahun 2023 iaitu pada usianya sudah 76 tahun.

Sambil itu juga Kit Siang menyedari dalam otak dan fikiran Tun Mahathir tiada lain melainkan nasib Mukhriz, maka atas inilah mudah untuk Kit Siang buat perkiraan.

Kit Siang juga ada cita cita hendak jadikan anaknya Guan Eng sebagai PM. Maka, Mukhriz sudah pasti kena patuk dengan DAP selepas itu. Begitu juga Azmin, yang bersiap sedia hendak patuk Guan Eng dan Mukhriz.

Mahathir menyimpan Azmin dan Khairuddin untuk dijadikan senjata mematuk DAP. Begitu juga Ibrahim Ali yang akan digunakan sebagai senjata mematuk DAP dengan bisa bisa dari luar.

Maka jelas sekali kedua pihak iaitu PPBM dan DAP mahu menggunakan satu sama lain untuk capai hasrat masing masing.

Berdiri atas dasar “menang dulu PRU baru cerita belakang” maka sahlah PH baru ini tidak mendahului rakyat selain agenda masing masing sahaja.

Rakyat perlu diberi pesan, mereka tiada lansung di dalam agenda PH yang baru ini selain menjadi alat untuk memberi undi sahaja.

Sekurang kurangnya BN ada bukti track record kerja untuk rakyat. Pakatan Pembangkang sudah ada track record mungkiri janji mereka sendiri.

Pertama, DAP pernah keluar dari pakatan pembangkang pada 22 September 2001 kerana tidak setuju dengan PAS mengenai negara Islam. DAP mahukan perlembagaan sekular.

Kedua, pakatan pembangkang telah tandatangan perjanjian untuk bertanding satu sama satu dalam pilihanraya pada 9 Januari 2016. Perjanjian itu hanya bertahan 3 bulan 14 hari sahaja kerana dalam PRN Sarawak, PKR dan DAP bergaduh sesama sendiri.

Kini, pada 13 Disember 2016 lepas, pakatan pembangkang tandatangan perjanjian lagi. Agaknya berapa lama perjanjian pakatan ular mampu bertahan?

Tulisan :
Beruang Biru
BB187, Khamis
15 Disember 2016