Showing posts with label parit buntar. Show all posts
Showing posts with label parit buntar. Show all posts

Friday, 28 July 2017

Armada tidak ikhlas, memang nak cetus provokasi - Muammar Ghadafi

SHAH ALAM: Exco Pergerakan Pemuda Umno, Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin menafikan sayap itu yang memulakan provokasi terhadap kumpulan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sehingga mencetuskan kekecohan di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang semalam.

 

Beliau berkata, Pemuda Umno hanya bertindak balas selepas provokasi itu dimulakan oleh sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sejak awal. 

 

Tambahnya, Armada sebenarnya tidak ikhlas mahu menghantar jemputan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0. 

 

"Tanyalah siapa-siapa pun, jemputan itu bukan niat sebenar mereka, provokasi itulah niat yang sebenarnya," katanya kepada Antarapos.

 

Muammar berkata, beliau yakin Umno tidak mempunyai masalah sekiranya jemputan itu dilakukan secara berhemah serta dengan niat yang ikhlas. 

 

"Pada pandangan saya, paling penting, kalau nak beri surat, beri saja senyap-senyap. Tak perlu posting (di media sosial) untuk dapatkan liputan media.

 

"Nampak sangat tujuannya bukan untuk beri surat sangat, tapi tujuannya untuk buat provokasi. Jadi pergilah atas niat yang ikhlas, buat benda yang betul.

 

"Kenapa perlu buat posting awal-awal. Pada saya apa yang dibuat Armada itu tak betul daripada awal," katanya lagi.      

 

Semalam kedua-dua sayap pemuda Umno dan PPBM itu bertembung di hadapan pusat membeli belah Sunway Putra menuju ke PWTC, berpunca dari tindakan Armada yang mahu menghantar jemputan kepada Najib untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

 

Forum yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) itu akan diadakan pada awal bulan depan, bertujuan untuk menjawab pelbagai persoalan yang akan dibangkitkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyelar Pemuda Umno yang didakwa tidak 'gentleman' apabila cuba menghalang Armada yang hanya ingin menyampaikan jemputan. 


Sumber : Antara Post

Thursday, 1 June 2017

Dr. Mujahid Lambang Hipokrasi Pemimpin AMANAH


Di dalam Perlembagaan AMANAH ada tercatat bahawa tujuan ia ditubuhkan adalah untuk, di antara lainnya, “Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani” (To establish a Civil Society and State), “Mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi” (To promote moderation, openness, and democracy in the political approach) dan “Mengawal dan mempertahankan kebebasan-kebebasan asasi dan kedaulatan undang-undang” (To safeguard and defend the fundamental liberties and the rule of law).
Hairannya, bila timbul isu membabitkan saya dan pemimpin DAP, Hannah Yeoh, semua ayat-ayat muluk yang terdapat di dalam Perlembagaan AMANAH mengenai “negara dan masyarakat madani”, “pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi” dan “kebebasan-kebebasan asasi” ini terus hilang.
Demi mempertahankan apa yang didakwa sebagai kebebasan asasi Hannah Yeoh ini, kebebasan asasi saya sendiri telah diketepikan terus. Sebaliknya, saya telah dikecam dengan gelaran bodoh dan seumpamanya.
Walhalnya, seperti disebut oleh the Centre for Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA), Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Malaysian Lawyears Circle (MLC), Muslim Lawyers Association Malaysia (PPMM), iPeguam and Young Professionals (YP) di dalam kenyataan media mereka pada 20 Mei, kemelut ini berpunca daripada tindakan Hannah Yeoh membuat laporan polis terhadap saya yang “clearly amounts to the deprivation of the right of an academician to his academic freedom of speech and expression, a fundamental right that is guaranteed him by Article 10(1)(a) of our Federal Constitution and Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR)”.
Bila saya membuat laporan polis balas terhadap Hannah Yeoh, ada di antara pemimpin AMANAH ini yang mengecam saya kerana berbuat demikian. Kata mereka, saya seharusnya berdialog dengan Hannah Yeoh, bukan membuat laporan polis. Walhalnya, Hannah Yeoh yang tidak bersedia berdialog dengan saya dan terlebih dahulu membuat laporan polis terhadap saya.
Ekoran pembelaan Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, terhadap Hannah Yeoh, saya telah di antara lainnya menulis empat komentar yang menyentuh cadangan Dr Mujahid bahawa parti politik yang berasaskan kaum dan agama perlu diharamkan dan kenyataan beliau bahawa AMANAH adalah penerusan perjuangan Yusof Rawa.
Komentar yang menyentuh cadangan Dr Mujahid supaya parti politik yang berasaskan kaum dan agama diharamkan adalah bertajuk “Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan Terbaik DAP” (25 Mei) dan “Waraskah Dr Mujahid Dengan Cadangannya?” (27 Mei) manakala komentar yang menyentuh kenyataan AMANAH adalah penerusan perjuangan Yusof Rawa pula adalah bertajuk “AMANAH Adalah Penerusan Perjuangan Yusof Rawa: Siapa Yang Dr Mujahid Mahu Perbodohkan?” (28 Mei) dan “Dr Mujahid Dan AMANAH Penyeleweng Legasi Yusof Rawa (28 Mei)”.
Semalam, 30 Mei, Dr Mujahid menulis satu artikel bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan” di dalam blog beliau bagi mengulas komentar-komentar saya ini.
Saya sekadar tergelak melihat bahasa yang digunakan oleh Dr Mujahid yang melambangkan betapa “progresif” dan “terbuka”nya beliau di dalam berwacana. Di antara lainnya, ini terdapat di dalam kenyataan beliau yang berbunyi “‘kegilaan’ pensyarah ini ‘menyerang’ AMANAH dan saya”, “kejahilannya kepada disiplin Maqasid benar-benar menyerlahkan ‘kecerdikannya’” dan “saya menganggap pandangannya pada PAS hanyalah akademik yang duduk dalam bilik malah lebih buruk jikalau dia hanya merupakan penulis upahan demi mendapat sesuatu habuan peribadi”.
Apa pun, saya sekadar mahu mengulas mengenai dakwaan Dr Mujahid bahawa “AMANAH telah meletakkan Yusof Rawa, Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai legasi contoh yang patut diteruskan pemikiran politik mereka” dan bahawa saya kononnya “terasa tertekan dengan pengiktirafan AMANAH kepada tiga tokoh parti Islam ini”.
Saya tidak pernah terasa tertekan dengan pengiktirafan AMANAH kepada Almarhum Haji Yusof Rawa, Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apa yang saya pertikaikan hanyalah kewajaran AMANAH menggunakan nama mereka bagi memberi legitimasi ke atas penubuhan AMANAH, kononnya AMANAH adalah penerusan perjuangan mereka, bila hakikat sebenarnya menunjukkan bahawa perjuangan AMANAH adalah jauh berbeza dari perjuangan mereka.
Perbandingan yang saya buat terhadap tahaluf siyasi yang dibuat oleh PAS di bawah pimpinan Haji Yusof dengan tahaluf siyasi yang dibuat oleh AMANAH pula bukanlah “tulisan sia-sia yang Allah sahaja tahu apa motifnya” seperti yang Dr Mujahid dakwa kerana ia adalah perlu bagi memberikan justifikasi terhadap kenyataan beliau kononnya AMANAH adalah penerusan perjuangan Haji Yusof. Bila terbukti tahaluf siyasi yang dibuat oleh PAS di bawah pimpinan Haji Yusof adalah jauh berbeza dari tahaluf siyasi yang dibuat oleh AMANAH maka terbuktilah bahawa AMANAH bukanlah penerusan perjuangan Haji Yusof.
Lebih membuatkan saya tergelak dengan artikel Dr Mujahid ini ialah kenyataan beliau bahawa “saya dinasihatkan oleh peguam saya untuk menjawab dua sahaja (daripada tiga tulisan yang dimuatkan dalam status mukabukunya) kerana salah satu tulisannya itu akan dikendalikan oleh peguam saya” yang menggambarkan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya.
Sesungguhnya ancaman Dr Mujahid bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya ini memberikan imej yang sangat buruk terhadap AMANAH. Ia menggambarkan bahawa AMANAH adalah sebuah parti “jumud” yang tiada kemampuan untuk berdialog seperti yang sering diwarwarkan dan bukannya sebuah parti “progresif” seperti yang terpamer di dalam cogan katanya.
Ia juga menggambarkan bahawa ayat-ayat muluk yang terdapat di dalam Perlembagaan AMANAH mengenai “negara dan masyarakat madani”, “pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi” dan “kebebasan-kebebasan asasi” hanyalah sekadar hiasan untuk mengelabukan mata semata-mata.
Jika benar Dr Mujahid bukanlah antara kuda tunggangan terbaik DAP, seperti yang didakwa oleh saya, kerana mengutarakan semula cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, beliau seharusnya mengemukakan bukti mengapa beliau bukan begitu.
Tidak memadai dengan Dr Mujahid sekadar menyebut: “Beliau ada memetik kata-kata saya dalam portal bahawa PH jika ke Putrajaya akan menghapuskan politik berasaskan kaum dan agama. Saya bercadang untuk menjelaskan secara lebih khusus apa yang dimaksudkan...” Kenapa sekadar “bercadang” dan kenapa tidak terus diberikan penjelasan mengenai perkara yang penting ini?
Apa pun, saya sentiasa bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang dari Dr Mujahid. Tindakan undang-undang ini, bagi saya, sangat penting kerana ia adalah lambang kepada kehipokrasian pemimpin AMANAH.


Saturday, 10 December 2016

Kenapa Parti PAN Tiba-Tiba Resah ?



Banyak pihak kini sedang memberikan tumpuan kepada persoalan bila Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan.Melihat kepada keterujaan pihak-pihak terlibat khususnya penggerak-penggerak parti politik dan situasi politik negara pada hari ini seolah-olah PRU14 akan berlaku dalam masa terdekat.

Sungguhpun begitu pada ketika semua parti-parti politik sedang bergerak kearah membina dan membentuk jentera masing-masing , parti serpihan PAS iaitu PAN nampaknya sedikit gelisah.Kegelisahan itu jauh berbeza dengan apa yang sedang berlaku dalam kem pembangkang melibatkan parti PKR , DAP dan PPBM.

Berdasarkan kepada perkembangan politik terkini , pembangkang nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk berdepan dengan PRU14 dan semua itu disebabkan oleh 2 perkara.

1.Impian untuk menjatuhkan Najib
2.Menguasai Putrajaya seterusnya menubuhkan kerajaan

Disebabkan impian itulah kem pembangkang kini tidak lagi menoleh ke belakang malah mereka dengan rakus sedang membentuk gelombang politik pasca PRU14.Walaupun hakikatnya gelombang yang sedang dibentuk itu pincang dan songsang kerana hubungan bertaraf "muta'ah" sesama mereka.

Perlu kita fahami bahawa hubungan yang terbina antara parti-parti yang bersama dalam kem pembangkang itu bukanlah berlaku atas dasar prinsip tetapi dilakukan semata-mata kerana kebencian dan obses melampau kesemua mereka yang begitu memusuhi UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru itu untuk merealisasikan impian menggunung memiliki Putrajaya ,  siapa jua yang dilihat mampu menyumbang sokongan kepada kem pembangkang akan ditatang bagai minyak yang penuh.Dan keadaan ini sedang berlaku apabila PPBM sudah berdiri dan duduk sama rendah dengan PKR dan DAP.

Kehadiran Tun Mahathir , Muhyiddin dan ramai lagi yang bersama dengan PPBM dilihat oleh DAP sebagai peluang terbaik dalam usaha mereka memenangi hati orang Melayu.DAP tahu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional mereka bukan sahaja memerlukan sokongan majoriti orang-orang cina tetapi juga sokongan orang Melayu perlu dipecah-pecahkan agar Melayu terus bergolak sesama sendiri.

Walau bagaimanapun kelicikan DAP dalam tindakannya ini sudah dihidu oleh PAN ! Parti serpihan PAS pimpinan Mat Sabu ini melihat senario yang sedang berlaku dalam kem pembangkang sebenarnya tidak menguntungkan parti tersebut.

PAN tahu mereka telah 2 kali gagal (PRN Sarawak & PRK Kuala Kangsar) untuk membuktikan kepada DAP khususya bahawa kehadiran mereka bukan sahaja dirasai tetapi sebagai pengganti parti PAS yang kini tidak lagi bersama Pakatan Harapan.

Namun PAN bukan sahaja ditolak tetapi juga dimalukan hinggakan kehadiran mereka dalam kem pembangkang kini bolehlah diibaratkan sebagai hidup segan mati tak mahu.

Lim Guan Eng tahu PAN bukan lagi parti alternatif yang diterima oleh majoriti orang Melayu.PAN tidak akan mampu untuk menarik sokongan ramai dan kerana itulah PAN hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan DAP dalam memenuhi jadual-jadual politik mereka.

Sasaran DAP hari ini lebih kepada mempergunakan PPBM !

Disebabkan itu maka PAN perlu segera merangka pelan tindakan sekurang-kurangnya tindakan yang dibuat itu mampu menjadi penyambung nyawa politik mereka bersama DAP.

Kegelisan akibat daripada senario inilah yang telah menyebabkan pimpinan PAN sudah mula hilang rasa malu dan mereka tidak lagi mampu memberikan tumpuan secara matang dalam berpolitik.

Buktinya jika sebelum ini sebahagian besar daripada mereka (ahli PAN) telah bertindak meninggalkan PAS dengan alasan parti itu tidak lagi relevan dalam mengangkat perjuangannya kini mereka (ahli dan pemimpin PAN) dilihat sudah mula menjilat ludah mereka sendiri.

PAN masih membayangkan akan bekerjasama dengan PAS, selain komited bersama gabungan DAP dan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) !

Naib Presiden PAN, Datuk Mujahid Yusof Rawa, berkata ia berikutan pendirian PAS yang masih belum memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pendirian untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik.  Selain itu, Mujahid mengakui, pakatan pembangkang turut berharap menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14, sekali gus mengukuhkan  kedudukan Pakatan Harapan.

"Kita masih berharap PAS menyatakan pendiriannya sama ada akan bersama PKR, DAP dan PAN dengan menganggotai Pakatan Harapan atau sebaliknya."

Kenapa agaknya Mujahid bertindak ke tahap itu ?

Kerana beliau tahu hubungan yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO walaupun tidak secara rasmi ianya mampu menggugat secara total peluang parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk merampas Putrajaya.

Selain daripada itu Mujahid juga sedar PAN hanyalah anjing kurap dalam Pakatan Harapan , mereka tidak akan mampu bersuara selagi mana PAN tidak membuktikan kepada DAP kehadiran PAN diterima oleh rakyat (pengundi) Malaysia.

Bahkan ianya dilihat ada kena mengena dengan pembahagian kerusi khusus untuk menghadapi PRU14.

Contohnya di Pulau Pinang , di kerusi mana agaknya PAN akan meletakkan calonnya ?

Mengambil kira situasi terkini , PAN sememangnya gelisah dan kegelisahan itu ada kena mengena dengan kehadiran PPBM yang banyak memberikan penumpuan terhadap kawasan-kawasan majoriti orang-orang Melayu khususnya di Seberang Perai Utara.

Sudah tentulah ianya melibatkan kawasan yang pernah ditandingi oleh wakil-wakil PKR dan PAS ditambah pula keadiran PPBM yang akan berusaha untuk mendapatkan tempat dikawasan-kawasan tertentu peluang untuk PAN meletakkan wakilnya tanpa berdepan dengan persaingan 3 penjuru mahupun persaingan sesama sendiri seperti mana yang pernah berlaku pada PRN Sarawak tempoh hari ada.

Walaupun Naib Presiden PAN ini berdepan kutukan akibat daripada tindakannya yang mahukan PAS kembali bersama dalam Pakatan Harapan setelah ditendang oleh DAP sebelum ini , Mujahid terus mencuba nasib dengan harapan jika PAS menyahut seruan tersebut maka peluang untuk terus menempatkan dirinya dalam hiraki politik pembangkang cerah.

Untuk itu Mujahid perlu pekakkan telinganya serta butakan mata dan teruskan menjilat ludah sendiri !