Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts

Thursday, 23 June 2016

Sinar Harian Bongkar Pembohongan Kerajaan Lim Guan Eng Pada 2012?


Hari ini, akhbar Sinar Harian melalui artikelnya bertajuk "Ramadan Di Kaki Lima" sekali lagi telah memaparkan pembohongan yang telah dilaporkan oleh lidah rasmi kerajaan pimpinan Lim Guan Eng iaitu Buletin Mutiara.

SUMBER

Akhbar tersebut melalui artikelnya menyatakan program Ziarah Ramadan itu dianjurkan bersama sukarelawan universiti tempatan di sekitar Lebuh Penang, Lebuh Chulia dan juga Masjid Kapitan Keling.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan akhbar tersebut, ternyata bahawa apa yang diwar- warkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang melalui lidah rasmi mereka Buletin Mutiara sejak 01 November 2012 adalah satu pembohongan.

Buletin Mutiara melalui artikelnya bertarikh 01 November 2012 pernah menyatakan bahawa Tiada Lagi Miskin Di Pulau Pinang.

SUMBER
Tidak sekadar artikel di atas, media online Roketkini.com juga pernah mengeluarkan artikel yang hampir sama pada 27 April 2016 lalu.

SUMBER

Jika benar Pulau Pinang berjaya membasmi kemiskinan, kenapa masih lagi dilaporkan tentang isu ini oleh akhbar Sinar Harian?

Wednesday, 8 June 2016

Terowong Dasar Laut ; Gerakan Hantar Jemputan Perbahasan Kepada Lim Hock Seng


GEORGETOWN - Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo hari ini menyerahkan jemputan rasminya kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Lim Hock Seng untuk mengadakan perbahasan terbuka mengenai topik, "Terowong Dasar Laut, Satu Skandal Demokrasi".

Jason berkata, beliau telah menempah sebuah dewan di Persatuan Loh untuk berbahas dengan anggota exco itu pada 11 pagi Sabtu ini dan berharap Lim akan dapat menghadirkan diri.

Menurutnya, perbahasan itu akan memberi platform kepada Hock Seng untuk mengemukakan fakta bagi menjawab segala tuduhan agar orang ramai mendapat gambaran lebih jelas tentang Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, terutama mengenai projek dasar laut.

"Marilah kita bersemuka Sabtu ini dan berbahas secara konstruktif," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat jemputan itu kepada pegawai tadbir Hock Seng , Fazilah Abdul Karim di sini hari ini.

Beliau berkata seorang jurulatih pengucapan awam akan bertindak sebagai moderator perbahasan itu.

Sementara itu, Hock Seng dilaporkan hari ini enggan menyahut cabaran itu kerana mendakwa semua soalan yang ditimbulkan telah dijawab dan oleh itu perbahasan tidak perlu diadakan.

"Bukanlah saya nak sombong, tapi siapakah Jason Loo? Saya tak dapat melayan cabaran mengadakan perbahasan terbuka seperti itu...sekurang-kurangnya carilah seseorang yang sama taraf dengan saya," kata Hock Seng yang dipetik sebuah portal berbahasa Inggeris hari ini.

Mengenai perkara sama, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan meminta kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tentang struktur ekuiti semasa Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG), yang kata beliau adalah syarikat yang dipilih untuk melaksanakan projek terowong dasar laut berkenaan berdasarkan RFP (Permintaan Untuk Perancangan).

Cheng Guan mendakwa bahawa pada 2013, kerajaan Pulau Pinang menyerahkan projek itu kepada CZBUCG, sebuah syarikat tujuan khas yang dibentuk lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction, Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.

Menurut beliau, Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction menguasai sebahagian besar saham iaitu sebanyak 70 peratus, manakala BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd, masing-masing memiliki 10 peratus.

Bagaimanapun, kata Cheng Guan , berdasarkan carian yang beliau lakukan bulan lepas, Zenith Construction Sdn Bhd merupakan pemegang saham terbesar kerana ia memiliki 99.13 peratus ekuiti, BUCG (0.0057 peratus) dan Juteras Sdn Bhd (0.863 peratus).

"Bukan sahaja BUCG memiliki kepentingan begitu kecil iaitu 0.0057 peratus, malah China Railway Construction pula nampaknya hilang langsung sebagai pemegang saham. Struktur pemegangan saham semasa CZBUCG nampaknya sangat berbeza daripada cadangan RFP mereka dan apa yang dikatakan kerajaan Pulau Pinang suatu masa dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkaitan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada 3 Jun, Cheng Guan membuat laporan di pejabat sama dan meminta SPRM menyiasat sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam urusan itu. - Bernama

Monday, 6 June 2016

Projek Mewah Halang Aktiviti Santai Pantai.


GEORGETOWN – Persatuan NGO Pantai mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang membina bangunan mewah berhampiran pantai sehingga menyukarkan orang ramai untuk bersantai di kawasan berkenaan.

Yang dipertuanya, Saiful Lizan Yusof berkata, antara kawasan yang dipenuhi dengan projek mewah tepian pantai adalah Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong.

Menurutnya, pemaju di dua kawasan ini memang tidak membenarkan orang ramai melalui kawasan bangunan mereka sesuka hati dan ada kawasan yang dikunci.

“Hakikatnya pantai adalah hak awam, bukan milik eksklusif yang mereka dapat hanyalah pemandangan laut itu, sementara kawasan adalah milik awam,” katanya.

Beliau berkata, dua tahun lalu penduduk di negeri ini dikejutkan dengan kewujudan Taman Tema Sukan Air yang menggunakan pantai awam di Tanjung Bungah.

Saiful berkata, beliau difahamkan syarikat tersebut membuat pajakan tanah untuk mendapatkan kawasan berkenaan.

“Pada saya ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana itu adalah pantai awam dan sudah semestinya pantai mempunyai rizabnya tersendiri.

“Tetapi penduduk Pulau Pinang bernasib baik kerana taman tema itu tidak berjaya,” katanya.

Katanya, pantai adalah hak orang awam dan sudah tentunya isu itu perlu disuarakan.

“Jika dulu begitu banyak kawasan yang boleh menjadi tumpuan masyarakat untuk berkelah di tepi laut sekitar Daerah Timur Laut, namun sekarang sedikit demi sedikit ia ditutup.

“Jadi kami menggesa supaya kerajaan negeri memandang berat isu ini berikutan jika dibiarkan sahaja pemaju membuat pembangunan tepi pantai lama kelamaan hak penduduk akan hilang,” katanya.

Tambahnya, sehingga kini antara pantai awam yang masih selesa dikunjungi hanya di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang.

-Sinar Harian

Friday, 3 June 2016

DAP Anggap PAS Angkuh


Bukan sahaja tidak ada kerusi DAP pinjamkan kepada PAS sebaliknya Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mendakwa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai angkuh.

Ini kerana PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR yang membantu PAS memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.

“Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?

“Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.

nik abduh vs anthony loke“Justeru itu, soal PAS “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Abdul yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas di muktamar PAS semalam yang menyarankan pimpinan PAS mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

Loke turut mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.

“Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966,” tambahnya.

Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang “tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP”.

“Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.

“Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Seremban itu.

Beliau turut berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.

“Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar,” tegasnya.
#PakatanHarapan
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Sunday, 8 May 2016

Pecat Husma Bukan Pekara Pelik - TGHH


Pesawah Mahu PBAPP Henti Lepas Air Ke Laut


KEPALA BATAS, 7 Mei (Bernama) -- Sekumpulan pesawah di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) mahu kerajaan negeri dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengambil tindakan segera agar tidak terus melepaskan air Sungai Muda di empangan Rantau Panjang, Penaga di sini ke laut.

Wakil pesawah Abdul Rahim Mohd Nordin, 64, mendakwa tindakan PBAPP itu bukan sahaja membazir malah merugikan pesawah kerana air dilepaskan ke laut tanpa disalurkan dan dibekalkan kepada kawasan sawah di sekitar SPU.

"Sejak lima tahun lepas, air dari empangan itu dilepaskan terus ke laut tanpa dibekalkan kepada pesawah untuk mengusahakan tanaman padi dan kami telah beberapa kali memaklumkan masalah ini kepada PBAPP dan kerajaan negeri.

Yang terbaru dua bulan lepas saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Afif Bahardin (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri) untuk membantu kami, " katanya kepada pemberita selepas menyertai kira-kira 200 pesawah mengadakan perhimpunan aman di kawasan empangan Rantau Panjang, di sini hari ini.

Abdul Rahim mendakwa Dr Afif berjanji kerajaan negeri akan membantu mereka tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa yang dilakukan.

Anggota Jawatankuasa Bertindak Perhimpunan itu Suhaidi Hashim, 53, yang juga petani berkata sehingga hari ini kira-kira 5,000 petani membabitkan 6,000 hektar sawah di kawasan SPU masih belum menanam padi kerana tidak mendapat bekalan air berikutan cuaca panas sejak awal tahun.

Katanya, cadangan kerajaan negeri supaya petani di SPU menanam padi cara serak tabur bagi mengatasi masalah air juga tidak dapat dilakukan kerana hujan telah mula turun sejak awal bulan ini dan menyebabkan tanah menjadi lembab.

"Jika PBAPP tidak membazir dengan melepaskan air terus ke laut dan membenarkan kami mengepam air masuk ke kawasan sawah, ia dapat membantu kami menanam padi dengan lebih cepat," dakwanya.

Beliau mendakwa jika masalah bekalan air itu tidak diatasi bulan ini, para pesawah tidak dapat menanam padi untuk musim ini kerana telah terlepas tempoh penanaman padi dan hanya boleh menanam pada musim akan datang iaitu Disember depan.

Suhaidi berkata masalah itu akan merugikan petani kerana mereka tidak mempunyai pendapatan hasil dari sawah dan berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu untuk membantu pesawah di sini.

Sementara itu, seorang lagi pesawah Koo Ah Chia, 54, berkata sepatutnya PBAPP dan kerajaan negeri perlu membuat perancangan berhubung pengurusan air di Sungai Muda dan empangan Rantau Panjang berkenaan bagi memudahkan semua pihak terutama pesawah di kawasan itu.

"Kawasan empangan itu tidak jauh dengan empangan Syarikat Air Darul Aman (SADA) di Kota Kuala Muda, Kedah tetapi pesawah di sana tidak menghadapai masalah bekalan air kerana SADA tidak melepaskan air terus ke laut sebaliknya membekalkan kepada kawasan penanaman padi di sekitar situ," katanya.



-- BERNAMA

Saturday, 7 May 2016

Kos Kajian Kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Terlalu Tinggi - Fadillah Yusof


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kajian kebolehlaksanaan bagi projek berskala besar seperti terowong dasar laut Pulau Pinang sepatutnya melibatkan kos kurang daripada RM305 juta.

Fadillah berkata berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kerja Raya, kajian seperti itu sepatutnya melibatkan kos yang rendah kerana peratusan daripada kos projek boleh dirunding untuk dikurangkan kepada kadar hari bekerja berikutan skop dan jumlah yang terlibat adalah besar.

"Saya terkejut apabila mendengar pendedahan (Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional) Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kajian bagi projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion itu, yang katanya hanya untuk kertas kerja asas, akan menelan kos RM305 juta.

"Adalah juga dikesalkan apabila mendengar bahawa dengan jumlah sebesar itupun, kerajaan Pulau Pinang menghadapi kelewatan untuk menyiapkan kajian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fadillah berkata kementerian itu mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja tersebut dengan kos jauh lebih rendah daripada RM305 juta serta boleh menjamin kajian itu dapat disiapkan mengikut jadual.

"Oleh itu, saya ingin menawarkan bantuan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Raya tentang bagaimana kami boleh membantu untuk mengurangkan kos bagi kajian kebolehlaksanaan itu serta memberi jaminan ia akan disiapkan mengikut waktunya, berbanding pelbagai kelewatan yang sudah mereka alami," katanya.

Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rahman meminta kerajaan Pulau Pinang memberi penjelasan bagaimana kajian kebolehlaksanaan cadangan membina terowong dasar laut Pulau Pinang boleh melibatkan kos hingga RM305 juta.

Katanya, jumlah itu terlalu tinggi dan tidak munasabah kerana ia hanya melibatkan kertas kerja dan laporan penyelidikan bagi pelaksanaan projek.

-- BERNAMA

Wednesday, 4 May 2016

BERHUBUNG DENGAN LAPORAN POLIS TERHADAP AKUAN BERKANUN OLEH PHANG LI KOON


KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada laporan akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016 yang melaporkan bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.

TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI
Peguam Negara Malaysia

04 Mei 2016
4.45 PM
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Monday, 2 May 2016

Lokasi Penghantaran Surat Ugutan Bunuh Setiusaha Agung Parti GERAKAN Dikenalpasti.


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung sepucuk surat berbaur ugutan yang diletakkan di hadapan Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di Jalan Macalister, George Town Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, berdasarkan cap pos di setem surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng, ia dihantar dari pejabat pos di Kota Kinabalu, Sabah.

"Polis negeri bekerjasama dengan polis Kota Kinabalu bagi menyiasat motif surat itu dihantar dan mengesan pihak yang menghantarnya," katanya kepada pemberita selepas program kebajikan dan penyerahan cek RM10,000 oleh Persatuan Penunggang Motosikal Besar dari tiga negara di Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Yee Ran Jing Sheh di Taman Belimbing, di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 700 penunggang motosikal dan 20 buah kereta mewah dari Malaysia, Singapura dan Thailand turut berkonvoi membawa kanak-kanak rumah tersebut bagi memberi peluang mereka merasai sendiri menaiki kenderaan berkenaan.

Katanya, surat itu turut mengandungi keratan akhbar berbahasa Cina berkaitan isu penjualan tanah Taman Manggis dan wang kertas palsu yang digunakan dalam upacara pembakaran untuk mereka yang telah meninggal dunia dalam masyarakat Cina.

"Biar pihak polis siasat dan saya harap mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, surat berbaur ugutan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan agresif parti itu mendedahkan kontroversi penjualan tanah Taman Manggis dan pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, polis sedang giat mengesan dua lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Jalan Mount Erskine, George Town awal pagi 18 April lalu.

Dalam kejadian itu, dua lelaki Indonesia yang baru memecah masuk sebuah rumah di Pulau Tikus di sini ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di kawasan simpang tiga Jalan Mount Erskine manakala dua lagi rakan mereka melarikan diri ke kawasan semak berhampiran. - Bernama

Saturday, 30 April 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang Diminta Mengawal Penjualan Premis Warisan.


Kerajaan Pulau Pinang digesa agar mengawal penjualan premis di bandar ini, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sejak 2008, kepada warga asing bagi memastikan nilai warisannya tidak terjejas.

Anggota Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Negeri, H'ng Khoon Leng berkata, kerajaan DAP perlu mencari jalan agar milikan premis tidak terlepas kepada warga asing dan jika sesebuah premis ingin dijual, keutamaan harus diberikan kepada pembeli rakyat tempatan.

"Sikap 'tidak apa' tak boleh dibiarkan, kerajaan negeri perlu cari jalan untuk hadkan keupayaan warga asing beli premis di negeri ini terutama di tapak warisan Georgetown," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mendakwa pihaknya mendapati banyak premis seperti bangunan rumah kedai di sekitar Georgetown telah dijual kepada rakyat asing terutama dari Singapura dan penyewa-penyewa telah diarahkan berpindah dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, kebanyakan penyewa enggan berpindah kerana telah lama menetap di premis berkenaan selain tiada tempat untuk dituju ekoran tidak mampu menyewa rumah lain pada kadar yang rata-ratanya lebih tinggi.

Dalam pada itu, wakil penyewa rumah kedai di Lebuh Katz di sini, Ong Cheong Pin, 54, mendakwa pemilik asal telah mengarahkan lapan penyewanya berpindah selewat-lewatnya Oktober ini kerana telah menjual bangunannya kepada rakyat Singapura.

"Kami dibenarkan tinggal di sini selama enam bulan secara percuma sebelum pindah, tapi kami tak setuju sebab dah lama tinggal di sini, kebanyakan keluarga tinggal di sini lebih tiga generasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong, Lim Swee Bok berkata, kerajaan negeri perlu turun padang dan melihat sendiri situasi itu bagi memastikan warisan negeri terpelihara.  

Beliau berharap agar kerajaan negeri lebih prihatin dan dapat mengambil tindakan untuk memastikan nasib penghuni-penghuni di bangunan warisan itu terbela. - Bernama

Friday, 29 April 2016

AMANAH langgar kerusi PAS sebab tidak dapat kerusi PKR, DAP


28 APRIL : PAS sudah menjangka Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding lebih banyak kerusi di kawasan yang PAS tandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata ini kerana parti itu tidak mendapat laluan daripada DAP mahupun PKR untuk bertanding di kerusi yang mereka pilih.

Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi halangan pada PAS untuk memastikan kemenangan di kawasan yang parti Islam itu tandingi.

“Dengan PAN (AMANAH) kita dah jangka, mereka takkan dapat kerusi DAP dan PKR, jadi PAN kena langgar kawasan PAS,” katanya kepada BNBBC.my portal.

AMANAH bertanding di lima kerusi yang ditandingi PAS, PKR (3) dan DAP juga tiga kerusi.
Mengulas dakwaan PKR yang menikam belakang PAS kerana bertanding di kerusi yang sama, Nik Abduh berkata PAS masih lagi menghormati PAS sebagai rakan sekutunya.

Difahamkan, PAS juga sedang berada di peringkat perbincangan bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku.

“Hanya rundingan tak selesai, yang tak selesai kita tak panjangkan, kita saling hormat menghormati, PAS PKR kira okay, masih kekal lagi.

“Yang tak selesai ialah DAP dan PKR,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk pertikaian DAP dengan PKR berhubung pertindihan kerusi di enam kawasan pada PRN kali ini.

Sebelum ini, PKR dan PAS telah membuat rundingan untuk tidak bertanding dalam kerusi yang sama dalam pilihan raya sebagai menghormati kerjasama kedua-dua parti selepas Pakatan Rakyat berkubur.

Namun apa yang berlaku kini PKR meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.
— BNBBC
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama
#SIM
#SayaIslamMelayu

Thursday, 28 April 2016

DAP Cuba Mainkan Isu Lapuk. #PRNSarawak



“Negara sedang berhadapan krisis dan kehidupan rakyat semakin susah hari demi hari…,” begitulah ayat-ayat yang acapkali dicanang oleh para calon dan jentera DAP di Sarawak.

Sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke 11 ini, DAP telah menggunakan isu “Tak Nak Najib”, UMNO, GST dan krisis 1MDB sahaja.

Bukan kerana perjuangan mereka untuk memastikan rakyat terjaga, sebaliknya ia menggunakan isu-isu berkenaan dek kerana sudah kehabisan isu untuk menyerang Barisan Nasional (BN).

Mereka tak henti-henti menghasut rakyat mengenai keperluan menolak Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti UMNO.

Padahal, dari 10 orang rakyat Sarawak yang penulis jumpa, hanya seorang sahaja yang peka dengan isu-isu nasional seperti itu.

Rakyat Sarawak juga bukan sahaja semakin suka kepada Perdana Menteri sekarang, malah kebanyakan dari mereka masih memendam rasa tidak menyukai sekutu DAP yang juga bekas Perdana Menteri.

Hanya berminat dengan isu-isu tempatan dan bantuan penyelesaian isu, itulah yang mereka ingin dengarkan dari kerajaan atau parti politik.

Bagi mengekalkan keharmonian rakyat Sarawak, disarankan agar DAP meninggalkan isu nasional dan lawan secara ‘anak jantan’ melalui isu-isu tempatan.
- Tv14
#PRN11
#PRNSarawak
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Tuesday, 22 March 2016

Masalah Komersil Punca TMI Ditutup.


KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak menafikan kerajaan mempunyai kaitan dengan penutupan sebuah portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) baru-baru ini.

Sebaliknya beliau menjelaskan bahawa, sekatan yang dikenakan ke atas TMI adalah berdasarkan banyak aduan yang dikemukakan pengguna terhadap laman tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Tuesday, 15 March 2016

Umno Bukit Bendera Desak Bekas TPM dan MB Kedah Tampil ke lembaga disiplin.


BATU FERINGGHI - Umno Bahagian Bukit Bendera mendesak Majlis Tertinggi menghadapkan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke lembaga disiplin dan tata tertib untuk tindakan lanjut.

Ia berikutan tindakan dua pemimpin itu yang sebelum ini didapati bersekongkol dengan pembangkang dalam menjatuhkan perdana menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Datuk Ahmad Ismail berkata, tindakan beberapa pemimpin Umno yang bersekongkol dengan pembangkang dan melancarkan Deklarasi Rakyat dianggap melakukan perbuatan tidak beradab dan melanggar prinsip dan asas perjuangan Umno.

Menurutnya, mereka sebelum ini menempah nama dan popular disebabkan Umno, namun kini sanggup merendahkan diri dan bersama-sama dengan barisan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Tindakan mereka untuk menjatuhkan perdana menteri tidak mengikut amalan demokrasi dan tidak menghormati proses pilihan raya. Ia adalah usaha membunuh demokrasi yang lama kita nikmati selama ini.

“Majlis Tertinggi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang mahu membunuh amalan demokrasi demi kepentingan peribadi,” katanya pada sidang media di sini, malam kelmarin.

Turut hadir 100 ahli Umno dari empat peringkat bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri.

Menurutnya, Umno Bukit Bendera juga tersinggung dan rasa terhina apabila bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad mengepalai Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang.

Beliau menyokong tindakan kerajaan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas dan mana-mana jawatan lain dalam kerajaan selain menarik balik semua keistimewaan yang diberi selama ini.

“Umno selama ini memberi ruang kepada Mahathir untuk menjadi presiden dan perdana menteri selama 22 tahun.

“Malah keistimewaan yang sedang dinikmati diberikan kerajaan tetapi beliau mahu tumbangkannya,” katanya.-sinar

Sunday, 13 March 2016

PKR, DAP dan NGO Pro Pembangkang Didesak Dedah Punca Dana.


Penangkini mendapati, sejak semalam terdapat satu petisyen online telah dikemukakan oleh seorang pemilik akaun bernama Susie Soon melalui halaman thepetitionsite.com bagi mendesak PKR, DAP dan beberapa lagi NGO Pro-Pembangkang untuk mendedahkan pemberi dana kepada kesemua entiti itu bagi menunjukkan ketelusan mereka dalam mendesak Perdana Menteri mendedahkan penderma dari Timur Tengah.

Petisyen yang menyasarkan 1000 orang itu dilihat sudah ditandatangani oleh lebih 500 pemilik akaun sehingga artikel ini ditulis. Satu peningkatan yang boleh dikatakan agak drastik kerana dalam tempoh kurang 24 jam, sudah ditandatangani lebih 50 peratus dari sasarannya.

Sekiranya mengikut rekod, PKR dan DAP pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan perkara tersebut melalui artikel yang diterbitkan oleh portal The Rakyat Post dan Free Malaysia Today.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/06/pkr-to-disclose-sources-of-political-funds/

http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/03/dap-has-never-opposed-the-disclosure-of-political-funds-says-anthony-loke/

Jadi desakan melalui petisyen ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sekadar mengulangi kesediaan kedua parti itu untuk mendedahkan sumber dana yang mereka perolehi dari pihak luar.

Sekiranya ada di antara pembaca yang mahu menandatangani petisyen tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan di url http://www.thepetitionsite.com/644/675/208/let-all-opposition-political-parties-bersih-and-suaram-disclose-their-sources-of-fundingdonations/

Tuesday, 17 November 2015

Ayuh Berdialog Tentang Isu Semasa.


Hebahan awam.

Semua adalah dijemput untuk hadir dan kembangkan minda untuk mendengar penjelasan berhubung isu- isu semasa yang melanda negara.

Saya ADUN PAS tetapi sokong DAP - Salleh Man


PULAU PINANG 16 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man menegaskan keputusan Pas Kawasan Permatang Pauh memutuskan hubungan dengannya tidak memberi sebarang kesan terhadap beliau.

Ini kerana menurut Mohd. Salleh, hubu­ngan beliau dengan Pas negeri dan Pas Pusat masih baik dan berjalan seperti biasa.

Katanya, walaupun ‘ditolak’ Pas kawasannya sendiri, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa selaku wakil rakyat di Permatang Pasir.

“Saya masih ADUN Pas dan ahli Pas seumur hidup, begitupun, saya menyokong DAP yang mentadbir negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang Dewan Undangan Ne­geri (DUN) di sini hari ini.

Bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu hari ini menjadi buruan media susulan kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan malam tadi yang memutuskan hubungan dengannya kerana secara terbuka menyokong DAP.

Ditanya tentang ke­pu­tusannya yang masih ahli Pas tetapi menyokong DAP meskipun kedua-dua parti itu tidak lagi mempunyai hubungan, Mohd. Salleh berkata, perkara berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat.

“Doakan yang terbaik untuk saya dan saya akan terus bangkitkan isu rakyat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/saya-adun-pas-tetapi-8232-sokong-dap-8211-mohd-salleh-1.159227#sthash.ojDxQwLa.dpuf

Friday, 9 October 2015

(Video) Pulau Pinang Dinaiki Air Lagi Selepas Hujan Beberapa Jam


Semalam, Pulau Pinang sekali lagi dinaiki air selepas hujan selama beberapa jam.



Pulau Pinang sekali lagi banjir berdasarkan video yang admin terima. Dikatakan air mula naik selepas hujan tanpa henti selama sejam.Dengan kekerapan banjir yang berlaku di Pulau Pinang, admin berpandangan bahawa sistem saliran dan mungkin perancang bandar harus digerakkan semaksimum mungkin untuk masa hadapan yang lebih sempurna.
Posted by Friends Of JKR on Thursday, October 8, 2015

Friday, 2 October 2015

Syiar Islam : Pulau Pinang Tarik Balik Bantuan Kepada Sekolah Agama?


Pas menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjelaskan dakwaan berhubung penarikan balik bantuan tahunan kepada beberapa sekolah agama milik ahli-ahli Pas di negeri itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendakwa surat tawaran bantuan yang telah dihantar juga ditarik balik.

"Kami ingin meminta penjelasan kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR berhubung dakwaan bantuan kepada sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli Pas.

"Beberapa buah sekolah agama persendirian ini telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan. Bahkan surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga menyifatkan, tindakan DAP dan PKR itu seolah-olah memberi mesej bahawa apabila berkuasa, mereka juga menjadi zalim dengan sesiapa yang berbeza ideologi politik.

"Dewan Ulama Pas Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli Pas kerana sentimen politik.

"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," katanya.