Showing posts with label pemuda umno. Show all posts
Showing posts with label pemuda umno. Show all posts

Thursday, 5 September 2019

Pemuda UMNO kemuka 10 bukti pemimpin PH cetus api perkauman

Pemuda UMNO menyenaraikan 10 bukti pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang telah mencetuskan api perkauman dan kebencian dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ketuanya, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pergerakan itu memandang serius dakwaan kononnya pembangkang bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan bersikap rasis sedangkan pimpinan PH yang banyak mencetuskan api kebencian, perkauman dan rasis.

“Pemuda UMNO berharap pihak polis dan Peguam Negara bertindak tegas tanpa pilih kasih untuk membawa mereka yang mencetuskan api perkauman ke muka pengadilan.

“Setiap rakyat juga wajar menolak mereka yang berterusan membangkitkan kebencian antara kaum demi menyelamatkan negara tercinta Malaysia agar terus kekal aman, stabil dan harmoni walaupun rakyatnya majmuk dengan kepelbagaian agama dan kaum,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, antara 10 bukti tersebut ialah Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menuduh orang Melayu sebagai pendatang dan mendakwa orang India yang paling awal bermastautin di tanah ini, pada 21 Julai 2018.