Showing posts with label penang front party. Show all posts
Showing posts with label penang front party. Show all posts

Friday, 20 October 2017

Penang Front Party lapor SPRM tindakan Ahli Majlis PBT Pulau Pinang didakwa salah guna kuasa

Penang Front Party (PFP) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di sini berhubung tindakan seorang Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini yang didakwa menyalahgunakan kuasa dari tahun 2008 hingga 2015.

Menurut Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi, individu berusia 40-an itu dipercayai menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan beberapa projek yang mencecah bilion ringgit sebelum diserahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengannya.

Dakwanya, hasil tindakan itu yang turut melibatkan beberapa lagi penjawat awam negeri ini, lelaki berkenaan akan mendapat imbuhan berbentuk ‘gaji’ dan elaun.

“Sehubungan itu, kita meminta SPRM menyiasat perkara ini kerana kita mempunyai bukti kukuh termasuk saksi yang bersedia mendedahkan penglibatan pemimpin lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM di sini pagi tadi

UTUSAN

Wednesday, 12 October 2016

Umno Pulau Pinang bantah cadangan bina kasino

Umno Pulau Pinang berkata tidak akan merestui cadangan parti politik baharu untuk membina kasino dengan tujuan menjadikan negeri itu seperti resort perjudian di Macao.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata mustahil untuk Umno menyokong sesuatu yang memang ditentang parti itu.

Zainal berkata penasihat parti baharu Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) yang juga pemimpin Umno bertindak memegang jawatan itu atas kapasiti peribadi dan tidak mencerminkan pendirian Umno.
“Umno Pulau Pinang kecewa apabila pemimpin berkenaan membiarkan dirinya dipergunakan parti baharu itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Zainal berkata meskipun PFP mendakwa ia mesra BN, tetapi niatnya untuk bertanding di semua kerusi kawasan majoriti Cina milik BN, tidak bagus.

“Ini mungkin menjejaskan kerjasama dan persefahaman antara parti komponen dalam BN yang sudah lama ditubuhkan dan disemai di Pulau Pinang,” katanya.

PFP, parti politik untuk kaum Cina di Pulau Pinang dilancarkan pada Isnin lalu dengan sasaran untuk bertanding di sekurang-kurangnya 30 kerusi.

Parti itu berkata, ia akan meminta lesen kasino daripada kerajaan persekutuan sebagai usaha merancakkan ekonomi negeri dan menjana RM6 bilion dalam jangka panjang.

Penasihat PFP ialah Ahli Parlimen Padang Besar daripada Umno, Zahidi Zainul Abidin.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata cadangan membuka kasino itu “dangkal”.

Timbalan menteri luar itu berkata selagi beliau masih ahli Parlimen Kepala Batas dan ketua Umno bahagian di situ, beliau tidak akan membenarkan kasino dibina di Pulau Pinang.
“Berjudi bukan sebahagian budaya rakyat Malaysia, terutama orang Pulau Pinang.

“Saya yakin masyarakat bukan Islam juga akan menolak cadangan itu kerana ia seperti racun yang boleh menghancurkan hubungan keluarga dan masyarakat.

“Maka cadangan PFP untuk membina kasino, ia idea yang dangkal kerana tidak mengambil kira sensitiviti rakyat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tuesday, 11 October 2016

Penang Front Party bakal tanding 25 kerusi DUN DAP P.Pinang


11 OKT: Sebuah parti baru, Penang Front Party ((PFP) akan meletakkan calon di 25 kerusi DUN di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Penasihatnya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, parti itu tidak akan mengganggu gugat 15 kerusi yang ditandingi UMNO sebaliknya akan menumpukan kerusi lain bagi menyaingi DAP.

penang-front-party-pfp“Kita adalah parti bebas namun tidak memusuhi Barisan Nasional (BN).

“Kita tidak ganggu kerusi UMNO kerana mereka mampu untuk menang di kerusi terbabit. Tapi kalau MCA dan Gerakan tidak boleh menang di kerusi yang ditanding, buat apa bertanding?” katanya dalam sidang media semalam.

Parti berteraskan kaum Cina yang telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu yakin mampu memberi saingan kepada DAP dan menjadi alternatif kepada MCA dan Gerakan yang kini dilihat tidak mendapat sambutan rakyat Pulau Pinang.

Dalam pada itu Zahidi berkata, setakat ini belum ada sebarang perbincangan di antara PFP dengan BN namun mengakui kewujudan parti baru itu telah diketahui pimpinan UMNO.

Dalam pada itu, Pengerusi Penaja PFP, Lee Poh Kong berkata parti itu sedang mempersiapkan manifesto untuk pilihan raya umum akan datang.

Antara perkara yang akan diperjuangkan oleh parti itu adalah mengenai kos sara hidup, isu perumahan, alam sekitar, pengangkutan awam dan banyak lagi.