Showing posts with label penang tolak tambak. Show all posts
Showing posts with label penang tolak tambak. Show all posts

Sunday, 8 September 2019

Hampir 5,000 sertai himpunan #PenangTolakTambak

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Pulau Pinang sekali lagi akan membawa isu Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekiranya tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.

Pengerusi Mohd Akhir Che Mat berkata di peringkat awal pihaknya akan mengatur pertemuan dengan kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk membincangkan isu-isu berbangkit berhubung projek berkenaan yang didakwa menjejaskan lebih 5,000 nelayan.

“Ummah Pulau Pinang tidak menolak pembangunan dan kita tidak menolak PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang). Cuma kita minta PTMP dikaji semula. Semoga ada ruang perbincangan kita dengan Exco Dr Afif Bahardin, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri I, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Tuesday, 28 May 2019

#PenangTolakTambak Dimana datangnya pasir projek tambak Pulau Pinang






Tahukah anda, untuk menambak 3 pulau besar ini, Pemaju terpaksa mengambil pasir dari mana? Kalau tak tahu, tonton video ini dan tag dan share kat anak - anak negeri Perak.

Kalau kamu tidak setuju dengan projek ini, tolong share dan sign petisyen kami di sini: https://www.change.org/p/prime-minister-of-malay…/u/24576277