Showing posts with label penangkini. Show all posts
Showing posts with label penangkini. Show all posts

Monday, 21 October 2019

Campur tangan ahli politik terhadap institusi ulama adalah tindakan angkuh

Tindakan ahli politik Asmuni Awi yang ingin memanggil Timbalan Mufti Perak, Sohibus Samahah Ust Zamri Hashim mengadapnya pada hari ini adalah satu tindakan angkuh, biadap dan tidak menghormati institusi mufti khususnya dan ulama amnya.

Sepatutnya dalam sebuah sistem pemerintahan berlandaskan Islam, institusi ulama hendaklah dihormati dan dijadikan sebagai rujukan oleh pemerintah dalam membuat sebarang pendirian atau tindakan. Ini kerana asas pemerintahan Islam adalah menjaga agama serta membangunkan dunia bersandarkannya.

Maka penjagaan dan pembangunan negara berlandaskan agama tidak dapat dilakukan dengan sempurna melainkan dengan menjadikan kelompok yang mahir dalam hal ehwal agama sebagai rujukan iaitulah institusi ulama. Sebab itu Rasulullah SAW meletakkan tanggungjawab ulama untuk sentiasa bersifat tegas walaupun adakalanya perkara itu tidak disukai oleh pemerintah.

“Ulama ialah kepercayaan rasul dalam menjaga hamba Allah selagi mereka tidak bergaul dengan (tunduk dan mengikut kehendak) penguasa. Namun sekiranya mereka bergaul dan berbuat demikian, sesungguhnya mereka berlaku khianat kepada rasul serta hamba Allah, maka takut dan hindarilah mereka.” (HR Dailami)

Kedudukan institusi ulama yang dihormati serta dirujuk bukan sekadar berlaku dalam sejarah khilafah Islam di tanah arab, tetapi ia juga berlaku dalam sejarah tanah Melayu sendiri. Antaranya kisah Sultan Zainal Abidin III (1902) mengutus surat kepada Tok Ku Paloh mengadu akan perancangan Inggeris yang cuba untuk jatuhkan Terengganu dengan menyerahkan kepada Siam yang Sultan istilah sebagai kuffar. Tok Ku Paloh sebagai ulama menasihati pemerintah untuk kembali mengangkat peranan Islam dalam pemerintahan.

Dalam isu ini, pendirian yang dibuat oleh Timbalan Mufti Perak untuk mendokong kempen Buy Muslim First (BMF) adalah perkara yang sangat asas dalam hubungan sesama muslim. Muslimin yang seperti satu tubuh, satu binaan, satu ummah yang saling membantu serta menguatkan satu sama lain adalah erti sebenar ukhuwwah islamiyyah yang sering kita ungkapkan. Wala’ asasnya adalah untuk Allah, Rasul dan sesama muslim sebebelum lainnya.

“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Yang peliknya adalah ahli politik itu sendiri, kepada siapa dia meletakkan wala’nya sedangkan dia adalah Exco Agama Islam?

Sepatutnya kita pada hari ini perlu mengungkapkan rasa syukur kerana masih ada ulama yang tegas pendiriannya dan tidak rela tunduk kepada kehendak pemerintah. Kerana dengan ketegasan inilah akhirnya kita masih lagi dapat memahami Islam dengan erti sebenarnya. Dengan ketegasan ini juga dapat menghalang pemerintah daripada sesuka hati menafsirkan agama berdasarkan kepentingannya.

Janji Nabi SAW bahawa keruntuhan sesebuah masyarakat bermula dengan runtuhnya institusi ulama sepatutnya dijadikan panduan dalam kita mempertahankan institusi ini.

“Dua golongan manusia, jika mereka baik, akan baik seluruh manusia, dan jika ia rosak, akan rosak seluruh manusia. Mereka adalah para ulama dan umara.” (HR Ibnu Nu’aim)

Marilah kita sama-sama pertahankan institusi ulama daripada tangan-tangan kotor ahli politik.

Muhammad Firdaus bin Zalani
Penyelidik MUIS

sumber

Dakwa ‘polis takuk lama’, Ramasamy beri keterangan hari ini


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan satu artikel disiarkan sebuah portal berita, bulan lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.


Friday, 18 October 2019

#changlun Duda ditangkap berkhalwat dengan pelajar IPT


Lelaki berstatus duda dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang juga penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di motel di kawasan perumahan Pekan Changlun, malam tadi.

Kedua-dua mereka berasal dari Kelantan itu memberi alasan menumpang tidur di motel berkenaan untuk menghantar barang ketika dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), 12.40 tengah malam.

Lelaki berusia 43 tahun itu bekerja sebagai guru sekolah memandu dan mendakwa berkenalan dengan wanita itu di Kelantan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, dalam operasi Ops Bersepadu itu, anggotanya memeriksa sebuah bilik di tingkat atas motel berkenaan dipercayai disewa pasangan terbabit.

Beliau berkata, selepas diketuk dan memberi salam, seorang lelaki yang berkemeja T dan berkain pelikat membuka pintu.


Ngeri! Wanita bunuh, kerat badan teman lelaki gara-gara kucing


mengerikan, mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh teman wanitanya gara-gara seekor kucing.

Anastasia Kh, 41, memukul teman lelakinya berusia 39 tahun itu menggunakan penukul sehingga mati selepas mangsa membunuh kucing kesayangannya.

Bukan sahaja pukul, suspek turut mengerat badan mangsa menggunakan gergaji rantai sebelum memasukkan mayatnya ke dalam lima beg plastik.

Suspek kemudian membuang dan membakar mayat mangsa di daerah Kirov, St Petersburg, Rusia.

Kerajaan rancang bina kereta terbang kedua,jangka siap tahun depan

KERETA terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.


“Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur pada Khamis.

Majlis Profesor bantah mansuh aliran sains, sastera



Kerajaan dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan pemansuhan aliran sastera dan sains bagi pelajar Tingkatan Empat mulai tahun depan.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata langkah itu dikhuatiri memberi implikasi terhadap kursus di peringkat universiti selain bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan menggalakkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Rogol anak tiri, nelayan dipenjara 202 tahun 23 sebatan


Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 202 tahun dan 23 sebatan selepas mengaku bersalah atas 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya berusia 15 tahun sejak 2016.

Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 36 tahun itu apabila membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah, di sini semalam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi setiap kategori kes serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada September lalu yang menjadikan tempoh penjara kepada 38 tahun.

Pada 11 Okt lalu, bapa durjana itu hanya mengaku bersalah terhadap enam daripada kesemua pertuduhan berkenaan dan mengaku tidak bersalah bagi 16 lagi pertuduhan sebelum menukar pengakuan ketika prosiding keputusan yang ditetapkan semalam.


Malaysiakini Lagi Teruk Dari Utusan - Shahril Hamdan



Banyak pihak memberikan reaksi dan juga komen berhubung penutupan operasi akhbar Utusan Malaysia.

Meskipun sering dikritik oleh sesetengah pihak kerana akhbar berkenaan dianggap sebagai alat propaganda kerajaan terdahulu, Barisan Nasional, namun apa pula kurangnya dengan portal Malaysiakini?

Memetik laporan Malaysiagazette, portal atas talian Malaysiakini dianggap lebih teruk dari segi kesahihan maklumatnya berbanding akhbar Utusan Malaysia. 

Malah, menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau kecewa dengan sikap segelintir pihak dari kerajaan PH yang seperti gembira dengan penutupan akhbar itu. 

Sunday, 13 October 2019

#IsuLTTE 12 warga tempatan ditahan disyaki mempunyai kaitan LTTE sejak Khamis - Ayob Khan


,Seramai 12 warga tempatan ditahan sejak Khamis lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sejak Khamis

Polis kesan terdapat transaksi kewangan dalam jumlah yang besar untuk membiayai, mempromosi LTTE

Tangkapan LTTE tiada kaitan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya berkaitan keganasan - Ayob Khan













Sunday, 6 October 2019

PH tak pernah janji hapus tol, kata Dr M


Pakatan Harapan tidak pernah berjanji akan menghapuskan tol menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH itu mengakui kebanyakan pemimpin gabungan parti pemerintah tidak membaca manifesto dengan baik, sebaliknya mereka terbawa-bawa dengan pandangan pembangkang.

“Ya, ada dibangkitkan (dalam temu rapat) bahawa ramai daripada kami tidak baca betul-betul manifesto kami sendiri.

“Kami tidak pernah berjanji untuk menghapuskan tol, tapi ini dianggap sebahagian manifesto kami, kadang-kadang kami terbawa dengan pandangan pihak pembangkang,” katanya pada sidang media sempena temu rapat PH di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah kenyataannya mengenai PH menjadi mangsa manifesto turut dibincangkan dalam temu rapat kali ini.

Dua hari lalu, Mahathir mengakui kerajaan menjadi mangsa manifesto sendiri.

“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” kata Mahathir.

Janji keenam dalam manifesto PH pada PRU14 lalu menyatakan gabungan itu akan mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuh raya dan berunding untuk mendapatkan harga terbaik bagi mengambil alih setiap konsesi tol dengan matlamat akhir untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat.

Halaman ke-29 manifesto PH menyatakan ia akan mengambil alih konsesi lebuh raya dengan memberi pampasan adil kepada syarikat konsesi.

Semalam, pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd dilaporkan berkata, ia menerima banyak tawaran, tetapi tidak berminat menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.

Pengarah Urusan Khazanah, Shahril Ridza Redzuan dilaporkan berkata, pihaknya menolak semua tawaran entiti swasta tempatan dan asing.

Sementara itu, Mahathir berkata, 60 peratus janji dalam manifesto PH sudah dilaksanakan.

sumber

Saturday, 5 October 2019

Pembantu kedai rogol , liwat tunang

POLIS mendapat kebenaran tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang pembantu kedai bermula hari ini bagi membantu siasatan kes merogol dan meliwat tunangnya di sebuah bilik sewa di Jalan Maran-Temerloh pada 13 September lalu.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Balqis Zunaidi mengeluarkan perintah tahanan itu terhadap suspek berusia 21 tahun itu mengikut Seksyen 376,377C dan 337CA Kanun Keseksaan (KK).



Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berusia 18 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Serdang, Selangor.

“Pada hari kejadian kira-kira jam 9 malam, suspek mengajak mangsa keluar untuk bersiar-siar di bandar Temerloh sebelum membawanya ke bilik sewa dengan alasan mengambil telefon keduanya yang tertinggal.

“Setibanya di hadapan bilik sewa, suspek telah menarik tangan dan menolak mangsa ke dalam bilik. Mangsa kemudiannya ditampar serta ditendang di bahagian perut,” katanya.



Zundin memberitahu, suspek telah memasukkan sebotol deodoran dan alat penyedut jerawat ke dalam kemaluan mangsa beberapa kali sebelum merogol dan meliwat mangsa.

Katanya, mangsa membuat laporan polis pada Khamis lalu kerana trauma dan menerima ugutan daripada suspek terbabit.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) pada hari sama. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar pada lubang anus dan kesan koyakan lama pada hymen mangsa. Suspek ditangkap semalam,” jelasnya.

sumber

Tun M akui PH jadi mangsa manifesto sendiri

 
TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaan yang dipimpinnya kini menjadi mangsa kepada manifesto yang mereka sendiri cipta pada pilihan raya umum lalu.

Berdepan kritikan demi kritikan daripada rakyat kebelakangan ini, Perdana Menteri berkata, Pakatan Harapan sengaja memberi janji-janji yang sukar dilaksanakan kerana menyangka akan kalah dalam pilihan raya.



“Sebenarnya, kami ingat kami akan kalah, jadi kami letak perkara-perkara yang susah (untuk direalisasikan) dalam manifesto, supaya jika kami kalah, kerajaan (lama) akan terperangkap.

“Tapi sekarang kami jadi kerajaan, kami jadi mangsa kepada manifesto kami sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Lawasia Constitutional and Rule of Law di Hotel One World, Petaling Jaya hari ini.

Dr Mahathir memberi contoh PH mahu memansuhkan beberapa undang-undang drakonian seperti yang dijanjikan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, namun ia tidak semudah yang disangkakan.



Katanya, proses memansuhkan undang-undang yang melibatkan perlembagaan perlulah mendapat sokongan dua pertiga parlimen- sesuatu yang tidak dimiliki oleh kerajaan pemerintah sekarang.

Sedangkan, tambahnya, rakyat mahu melihat perubahan dalam kadar yang segera.

“Rakyat tidak sabar, mereka mahu undang-undang ini dimansuhkan segera. Itu tak mungkin dapat dilakukan. Dan hari ini kami dikritik kerana tidak mengotakan janji.

“Memang mudah membuat janji ketika PRU, tapi tak mudah nak tunaikannya bila dah menang PRU,” katanya lagi.



Antara janji PH dalam manifesto mereka adalah untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018, Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Walaupun kerajaan PH komited untuk meminda akta sedia ada, namun kecenderungan rakyat ialah untuk kerajaan mengotakan janji asas mereka iaitu memansuhkan tol, melupuskan PTPTN dan menurunkan harga bahan api.

Bagaimanapun, kerajaan PH kini berdepan satu lagi tekanan apabila membayangkan akan membuat ‘u-turn’ dengan menarik balik janji melupuskan GST dengan mengembalikan sistem cukai yang mereka perangi dalam kempen PRU lalu.

SUMBER

Friday, 4 October 2019

#tambaklaut JAS nafi kelulusan laporan EIA PSR dua hari

Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menolak proses penilaian kesan alam sekitar (EIA) Projek Tebus Guna Tanah Selatan Pulau Pinang (PSR) diluluskan dalam masa dua hari seperti didakwa oleh kumpulan pendesak, Penang Forum.

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, JAS dalam kenyataannya hari ini berkata, laporan EIA bagi projek tersebut telah melalui prosedur pemprosesan yang ditetapkan jabatan berkenaan, termasuk kelulusan TOR, pemprosesan EIA dan prosedur pameran awam dari tahun 2016 hingga 2019.

“Prosedur pameran awam telah diadakan mulai 29 April hingga 28 Mei 2019 di 11 lokasi iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, kompleks pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, Balai Polis Teluk Kumbar, Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, JAS cawangan Bayan Lepas, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Penang Town Hall serta Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan,” katanya.

Thursday, 3 October 2019

#PRKTanjungPiai PAS Johor sokong penuh calon blok pembangkang


PAS Johor menyatakan sokongan penuh terhadap calon blok pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata mereka akan memulakan persedian dan mengerakkan seluruh tenaga kerja dan menyusun gerak kerja bagi menghadapi PRK tersebut.

“PAS Johor akan berada bersama blok pembangkang bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, selari dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini.

“PAS Johor akan menyokong sepenuhnya dan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon daripada blok pembangkang dengan semangat Muafakat Nasional yang akan menentang calon daripada Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan.

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-PPBM pada 21 Sept lepas.

#PRKTanjungPiai MCA tangguh AGM elak tembung penamaan calon Tg Piai


MCA membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu, yang dijadualkan pada 2 dan 3 Nov ini bagi mengelakkan bertembung dengan hari pencalonan pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Presiden MCA hari ini, di mana tarikh baru untuk AGM itu akan diumumkan kelak.

“Berikutan logistik parti yang menyeluruh dalam mengatur tempat, pengangkutan, tempat penginapan dan makanan, terdapat keperluan untuk pengubahsuaian dan perancangan semula. MCA akan mengumumkan tarikh baru bagi AGM tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata, susulan AGM dan pilihan raya kecil itu jatuh pada tarikh yang sama ia menimbulkan kesulitan besar kepada MCA kerana menanggung kerugian wang dan masa serta terpaksa menyediakan peruntukan tambahan bagi perancangan semula.



Pilihan raya kecil Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ia diadakan berikutan kematian Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-PPBM pada 21 Sept lepas.

Elfira Loy Kongsikan Nama Penuh Anaknya

1. Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, pelakon Elfira Loy sebentar tadi mendedahkan nama bayi itu kepada peminat.

2. Menerusi Instagramnya sebentar tadi, Elfira, 25, mengumumkan bayi lelaki yang dilahirkan pada pukul 5.40 petang semalam sebagai Muhamad Rayyan Khalaf.

3. “Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris. Dilahirkan semalam, 1 Oktober pada pukul 5.40 petang secara normal.

4. “Alhamdulillah syukur kerana bayi kami dilahirkan dengan sihat. Dunia kami rasa sempurna dan hati kami dipenuhi kasih sayang tidak terbanding,” tulis Elfira.

Cadang pekenal semula GST,MP PKR diselar netizen



1. MP Kangar dari PKR, Noor Amin Ahmad yang mencadangkan kerajaan melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) berdepan kritikan netizen kerana beliau pernah memuatnaik  hantaran di Facebook yang menyokong penghapusan sistem cukai berkenaan.

2. “Pilihan semakin jelas. Kekalkan GST atau mansuhkan GST dengan Pakatan Harapan.
“Undilah Parti Keadilan Rakyat,” kata Noor Amin dalam satu hantaran yang pernah dibuatnya pada 2 Mei 2018, iaitu beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

PDRM buru guru pijak murid sampai patah tangan


Polis sedang berusaha mengesan seorang guru mengaji Al-Quran beralamat di Jalan Simpang Tiga, Jeram, Kuala Selangor dekat sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau mendera seorang anak muridnya yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A. Wahab dalam satu kenyataanya di sini hari ini berkata lelaki berusia 26 tahun itu telah menghilangkan diri selepas mengetahui bapa kepada muridnya itu membuat laporan polis.

TAHNIAH! MAYBANK dinamakan antara bank paling selamat di Asia


Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi dinamakan sebagai bank paling selamat di Malaysia oleh majalah kewangan bulanan, Global Finance, sebagai sebahagian daripada kaji selidik eksklusifnya yang akan diterbitkan dalam keluaran November 2019.

Selain daripada Maybank, DBS Bank dari Singapura, Bank Islam Brunei Darussalam Brunei dan Bank Central Asia Indonesia juga berada dalam senarai bagi rantau Asia.

Saturday, 24 August 2019

Kutipan Levi pelepasan tetap berkuatkuasa 1 September 2019

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata kerajaan memutuskan levi pelepasan akan dikekalkan dan kutipannya akan bermula 1 Sept ini.

“Kabinet telah memutuskan,” katanya pada sidang akhbar di terminal bas Rapid di Weld Quay hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang meneliti levi pelepasan dan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang dikutip daripada penumpang yang meninggalkan klia2 menggunakan pengangkutan udara.

Dengan pengumuman terbaru itu, mereka yang terbang ke luar negara perlu membayar levi pelepasan antara RM8 dan RM150.