Showing posts with label permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label permatang pauh. Show all posts

Friday, 23 March 2018

PAN & PKR tegang di Permatang Pauh selepas JKKK dipecat



 GEORGE TOWN: Ketegangan tercetus antara Amanah dan PKR di tanah besar Pulau Pinang, selepas ahli Amanah yang menganggotai satu jawatankuasa kampung di Parlimen Permatang Pauh dibuang terus, dikatakan kerana lobi PKR.

Lima belas ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Petani-Kampung Pelet dilantik untuk berkhidmat selama 2 tahun pada Januari 2017 dan mereka dijangka akan menjalankan tugas sehingga tamat tempoh penggal akhir tahun ini.

Bagaimanapun, mereka digantikan oleh satu jawatankuasa baru.

“PKR mesti tampil ke depan dan jelaskan mengapa kami diberhentikan,” kata mereka dalam video yang tular di Whatsapp.

Mereka yang dipecat menuntut penjelasan kerana tiada sebab diberikan tentang pembuangan itu.

“Mereka cuma menghantar surat memaklumkan kami dipecat,” kata seorang jurucakap.

Surat yang mereka terima semalam berkata satu JKKK baru diadakan pada 1 Mac. Difahamkan kumpulan terbaru itu terdiri daripda ahli PKR.

Ahli JKKK merupakan lantikan parti politik yang membentuk kerajaan negeri. Budi bicara untuk melantik dan memecat ahli JKKK terletak pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kampung Petani dan Kampung Pelet sebahagian daripada Permatang Pasir, salah satu daripada 3 DUN bawah Parlimen Permatang Pauh, dan kerusi itu dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas.

Jika mengikut kebiasaan dalam Pakatan Harapan, Amanah sepatutnya bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi PAS, dan Permatang Pasir berkemungkinan sekali ditandingi calon daripada parti serpihan PAS itu pada pilihan raya akan datang.

Sehubungan itu, 5 daripda 8 JKKK diisi dengan ahli lantikan Amanah, sementra selebihnya untuk lantikan PKR.

Sumber memberitahu FMT bahawa PKR sekian lama memerhatikan Permatang Pasir dan berkempen untuk bertanding di kerusi itu.

Namun difahamkan majlis presiden PH menguntukkan kerusi itu kepada Amanah.

Sementara itu, kerajaan negeri berikrar akan menyelesaikan isu itu dan merancang untuk bertemu kedua-dua parti.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata isu Kampung Petani-Kampung Pelet banyak kali dibincangkan sejak 2 tahun lalu.

“Kami mahu ahli akar umbi PH rapat dan bersatu,” kata Rashid.

Wednesday, 26 July 2017

Pas Tetap Lawan PKR Di Permatang Pauh, Menang Kalah Nombor Dua?



Lawan tetap lawan. Itu kata dua Pas terhadap PKR apabila parti itu mahu meletakkan calon mereka bertanding di kubu kuat PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU14 nanti.


Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan sahaja di kerusi disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bahkan parti itu akan meletakkan calon di semua kawasan lain milik PKR.

“Kita lawan, lawan tetap lawan, memang kalah nombor dua. Kalau lawan satu sama satu Alhamdulillah. Kalau tiga penjuru pun kita lawan juga.

“Setakat ini memang dah (kita lawan) sebab kita tidak ada hubungan dengan PKR, jadi mana-mana kerusi PKR kita akan bertandinglah...itu terserah kepada kita,” katanya.

Mengulas mengenai individu yang sesuai melawan Dr Wan Azizah untuk memastikan Pas tidak menanggung malu, Mohd Amar memberitahu pihaknya tidak ketandusan calon untuk bertanding.

“Di Permatang Pauh, calon ramai jadi tidak ada masalah,” katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, bukan sahaja di Permatang Pauh, Pas juga tidak mustahil akan meletakkan calon mereka di kawasan yang berpeluang untuk dikuasainya termasuk di kerusi DAP.

“Kita sedang membuat kajian selain daripada kerusi tradisi. Kita akan kaji kerusi PKR dan DAP,” katanya yang memberitahu Pas kini sedang mengintai mana-mana kerusi yang berpotensi untuk parti itu kuasai pada PRU14.




Baru-baru ini Pas melancarkan jentera pilihan rayanya di kerusi disandang oleh isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi di Parlimen dan Dun kawasan tersebut.

Tindakan itu juga mendapat reaksi kurang manis daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan Pas sengaja mahu menimbulkan provokasi dan menguji kesabaran parti itu lapor Sinar

Monday, 24 July 2017

Tiada simpati PAS buat PKR

Bukan saja Permatang Pauh, PAS juga tidak teragak-agak meletakkan calon di kerusi lain yang dilihat berpotensi, termasuk kawasan kini dikuasai DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata di Permatang Pauh sendiri parti itu tidak akan 'memberi muka' sama sekali kepada PKR.

Katanya PAS kini secara rasmi tidak lagi ada menjalin sebarang hubungan dengan PKR dan tiada masalah mencabar parti pembangkang lain walaupun terpaksa menghadapi saingai tiga penjuru.

“PAS tidak terikat dengan sesiapa sekarang, jadi kita bebas dan terserah untuk kita bertan­ding di mana dan ba­nyak mana kawasan. Kita lawan tetap lawan, menang kalah, itu perkara lain" katanya dipetik Utusan Online di Kota Bharu.

PAS melancarkan jentera pilihan rayanya di Permatang Pauh pada 16 Julai lalu dengan dirasmikan seorang lagi naib presiden parti itu, Idris Ahmad.

Sekali 39 tahun dulu

Permatang Pauh adalah kerusi yang signifikan kepada PKR kerana ia pernah diwakili pemimpin utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia kini diwakili isteri Anwar yang juga ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perkembangan itu mendorong Naib Presiden PKR Tian Chua mengeluarkan kenyataan menganggap PAS melakukan provokasi, angkuh serta tidak membantu usaha menewaskan BN.

"Sikap ini bercanggah dengan kenyataan pemimpin PAS yang menganggap mereka masih sebahagian daripada pembangkang yang ingin mengalahkan Umno-BN," katanya.

Untuk rekod kerusi Permatang Pauh adalah kubu kuat Umno sehinggalah Anwar dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Pada pilihan raya umum (PRU) kesembilan yang diadakan pada 2004 PKR kalah di semua kerusi kecuali Permatang Pauh.

PAS pula memang pernah memenangi kerusi berkenaan, tetapi hanya sekali dan berlaku pada PRU kelima, 39 tahun silam.

Mohd Amar berkata sebelum PKR wujud kerusi Permatang Pauh memang ditandingi PAS.

Katanya, PAS juga sedang meneliti kerusi lain yang dimiliki DAP untuk dinilai sebelum diletakkan calon untuk PRU ke-14.

1.9K6