Showing posts with label politik dalam negeri. Show all posts
Showing posts with label politik dalam negeri. Show all posts

Wednesday, 2 May 2018

Zahid ramal Dr M ke hospital sebelum 9 Mei untuk cari simpati

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pembangkang merancang untuk memasukkan Tun Dr Mahathir Mohamad ke hospital sebelum hari pengundian 9 Mei ini dalam usaha meraih undi simpati.

Zahid itu itu merupakan strategi mengejut saat akhir pembangkang, dan berkata ia akan dilaksanakan oleh Dr Mahathir seperti mana dakwaan pesawatnya disabotaj.

“Ia (dakwaan) dibuat kerana (Dr Mahathir) mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

“Kita kenal beliau kerana kita pernah berketuakan beliau. Strategi dan taktik itu mungkin berubah tetapi ‘template’ atau acuannya sama sahaja untuk mengelirukan pengundi, memperoleh simpati dan menyalahkan orang lain, walaupun kelemahan itu dilakukan oleh pihak beliau,” katanya selepas menghadiri program di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.


Zahid meminta para pengundi agar tidak terjebak dengan taktik dan dakyah terdesak pembangkang dalam usaha meraih simpati.

Mengenai dakwaan pesawat disabotaj, beliau berkata Dr Mahathir boleh meminta sebuah badan bebas atau syarikat antarabangsa lain untuk melihat laporan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sekiranya tidak berpuas hati.

“Saya fikir Datuk Seri Azharuddin A.Rahman (Pengerusi CAAM) tidak menyorokkan fakta. Beliau tidak terlibat dengan mana-mana pihak dan bertindak secara profesional. Jadi Dr Mahathir harus menerima penjelasan pihak berwibawa, ertinya beliau harus meyakini dengan sistem yang beliau sendiri pernah wujudkan dahulu,” katanya.

Sabtu lepas, Azharuddin menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Dr Mahathir dari Subang ke Langkawi.

Menurut Azharuddin pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.



Monday, 8 January 2018

Pengumuman Tun M sebagai calon PM Pakatan Harapan memudahkan Barisan Nasional menang PRU 14

Pemimpin Umno hari ini mengkritik pengumuman Pakatan Harapan (PH) bahawa Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam nada menyindir mengucapkan “terima kasih” kepada PH atas pengumuman itu.

Beliau berkata, ini kerana ia lebih memudahkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRU14.

“Pengumuman Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri mereka adalah berita baik untuk BN. PH menunjukkan selama bertahun-tahun mengatakan tentang reformasi dan memberikan golongan muda peluang lebih kepada retorik semata-mata,” katanya menerusi kiriman Twitter.

Rahman yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, pengumuman itu juga merugikan PH terutamanya agenda reformasi mereka dan ia merupakan satu tragedi disebabkan oleh mereka sendiri.

“Perkara yang lucu adalah apabila PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan pada masa yang sama mengumumkan cadangan pembaharuan dalam agenda mereka.

“Kebenarannnya adalah Dr Mahathir tidak akan melaksanakan reformasi itu. Dia telah terbukti sebagai pakar muslihat dan pembaharuan yang tidak boleh pakai,” katanya.

Hari ini, PH turut mengumumkan 13 janji perubahan untuk Malaysia yang lebih sejahtera dan adil, yang akan terkandung dalam manifestonya untuk PRU14.


Antara janji dan perubahan itu termasuklah membentuk sebuah kabinet berwibawa dan menjadikan parlimen serta pelbagai institusi negara – polis, mahkamah, tentera, badan anti rasuah dan suruhanjaya pilihan raya – bebas daripada pengaruh politik dan menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Datuk Seri Salleh Said Keruak pula menyifatkan, 13 reformasi itu sebagai “amat membingungkan” kerana pengisytiharan sama juga dibuat 20 tahun yang lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menerusi blognya berkata, 13 reformasi utama pada 20 tahun lalu juga adalah sebab yang diberikan oleh pembangkang untuk menyingkirkan Dr Mahathir.

“(Mereka beritahu rakyat), kita perlu menyingkirkan Dr Mahathir supaya reformasi ini dapat dilaksanakan dan selagi Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri, Malaysia tidak akan melihat kepada pembaharuan.

“Hari ini, mereka bagi tahu kita Dr Mahathir mengetuai agenda reformasi,” katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin pula menyifatkan tindakan PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri disebabkan tiada pilihan dan tindakan terdesak untuk menarik sokongan rakyat.

Bung berkata, beliau telah menjangka Dr Mahathir akan dilantik menjadi calon perdana menteri.

“Saya sudah menjangka perkara seumpama ini, ada beberapa faktor mendorong PH utk menamakan Dr Mahathir. Pertama mereka begitu terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN, dan pada pandangan mereka Dr Mahathir sahaja yang boleh berbuat demikian.

“Kedua PH tidak ada pilihan kerana mereka yakin sekiranya menamakan perdana menteri dengan orang lain, mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.