Showing posts with label politik terkini. Show all posts
Showing posts with label politik terkini. Show all posts

Wednesday, 4 April 2018

Pengasas Habib Jewels Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Pengasas Habib Jewels, Datuk Habib Mohamed Abdul Latif, 92, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pinhorn, dekat sini, jam 4.26 pagi tadi.
Cucunya, Mohd Shamir Hamid, 34, berkata Allahyarham meninggal dunia selepas dua minggu koma akibat terjatuh di bilik air rumahnya.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kapitan Keling selepas Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.
- BH Online

Sunday, 1 April 2018

Kemenangan BN Misi Utama - Abdul Rahman

KOTA KINABALU: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sepanggar akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat dan negeri berhubung penentuan calon di seluruh Sabah termasuk Parlimen Sepanggar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata sebarang keputusan yang bakal diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Musa Aman, akan diterima baik semua pihak.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pertemuannya dengan penyandang kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris, sebelum ini mencapai persefahaman dari segi misi memastikan kemenangan BN.

"Saya sudah berjumpa Datuk Jumat dan kami buat keputusan apa pun berlaku di Sepanggar, misi kami ialah mengekalkan Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai serta merampas semula kerusi DUN Inanam.

"Misi ini hanya boleh dibuat dengan satu persetujuan iaitu akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Saya jumpa Datuk Jumat dan dia pun masih kuat dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Sepanggar di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, pendekatan ketika ini menjurus kepada menjalankan tugas masing-masing dan kehadiran beliau di Parlimen Sepanggar adalah atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Katanya, banyak pelaburan sudah dilakukan di Sepanggar dan beliau perlu memantau perkembangan pelaburan selaras kapasitinya.

"Di sini banyak pelaburan dan kita kena pantau atas kapasiti menteri jaga EPU. Bila calon dinamakan kelak, kita guna platform lain.

"Datuk Jumat adalah pemimpin yang lahir dalam UMNO dan saya percaya dia akan terus bersama UMNO. Kita tunggulah selepas calon diumumkan, kita aturkan program untuk jumpa rakyat bersama-sama," katanya.- BH Online

Tuesday, 20 March 2018

Dr. Mahathir hanya alat DAP pecahkan undi Melayu


KUALA LUMPUR 20 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP hanya dipergunakan parti itu semata-mata mahu memecahkan undi orang Melayu.

Pandangan itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang percaya kepemimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang melihat elemen nostalgia terhadap kepemimpinan bekas Perdana Menteri itu mampu menjadi senjata untuk memecahkan UMNO serta orang Melayu.

“DAP tahu dalam percaturan politik negara, mereka kuat satukan kaum Cina di belakang kerana politik polarisasi dan mencari jalan untuk memecahkan orang Melayu.

“Jadi, DAP ‘tolak’ Dr. Mahathir ke depan, pemimpin mereka seperti Kit Siang pula duduk di belakang, guna elemen nostalgia Dr. Mahathir untuk pecahkan undi Melayu. Beliau melihat hanya Dr. Mahathir mampu melakukannya,” kata beliau.

Annuar berkata demikian ketika menjadi tetamu Sembang Online bersama Tan Sri Annuar Musa bertajuk `Pembangkang terpalit sejarah kelam Mahathir’ di laman Facebook Utusan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sallehen Dakwa Exco PAS Dimalukan


20 MAC: Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendakwa exco parti itu di dalam kerajaan Selangor dimalukan pada sambutan PH meraikan sambutan 10 tahun mentadbir negeri di Stadium Melaawati 18 Mac lalu.

Katanya, semua exco diberikan ruang dan peluang untuk bercakap tentang kejayaan-kejayaan yang lalu sampai hari ini, kecuali exco-exco daripada PAS.

“Sedangkan dia minta peruntukan kelulusan kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang exco kita dimalukan dalam program itu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kemaman.

Untuk rekod PAS sudah tidak menjalin kerjasama dengan mana-maana parti dalam HARAPAN yang kini menerajui kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, pihak Istana mengekalkan wakil PAS kekal memegang jawatan exco kerajaan negeri.

Mereka adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus serta Zaidy Abdul Talib.

Pada malam sambutan di Stadium Melawati itu juga PAS menganjurkan program sendiri iaitu majlis solat hajat, munajat dan syarahan perdana.

Hubungan PAS selepas meninggalkan Pakatan Rakyat terus tegang apabila Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali didakwa menafikan hak Adun PAS mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri.-BNBBC

Elaun Anggota Polis Akan Dibayar 50% Sebelum PRU14


20 MAC: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan membayar elaun sebanyak 50 peratus kepada semua anggota polis yang akan bertugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkannya hari ini berkata, langkah itu harus dilakukan kerana prihatin terhadap kebajikan kakitangan yang akan meninggalkan keluarga masing-masing dalam tempoh yang lama.

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan pengurusan pihak polis agar anggota yang akan ditugaskan pada waktu itu diberikan pendahuluan tugas sebelum ke lokasi masing-masing.

“Dan jika mereka mahukan baki elaun dibayar sejurus selesai tugas dijalankan, saya juga mengarahkan agar baki 50 peratus elaun itu dibayar segera oleh KDN,” katanya ketika berucap merasmikan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Manakala katanya baki elaun tersebut perlu diselesaikan dalam masa 30 hari selepas berakhirnya PRU14.

“Dalam Islam, upah mestilah dibayar. Elaun mesti dibayar sebelum peluh kering. Jangan simpan duit itu, bayar awal. Saya lakukan ini kerana saya amat prihatin kepada PDRM,” katanya lagi.

PDRM akan menempatkan lebih 64,000 anggota dan pegawai di seluruh negara, bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, PDRM sudah bersedia 100 peratus dalam mendepani PRU-14 yang mana jentera dan peralatan juga telah bersedia sepenuhnya.

Dalam menjalankan tugas-tugas menghadapi pilihan raya umum katanya, beliau telah menggaris empat perkara yang harus dipatuhi setiap petugas polis antranya untuk tidak melakukan sebarang kekerasan serta provokasi.

“Ketiga, kita harus lakukan pertemuan dengan individu-individu parti politik berbeza dan jangan berkompromi terhadap keselamatan serta ketenteraman awam yang tinggi harganya,” katanya.-BNBBC

Sunday, 4 February 2018

TEMBELANG GUAN ENG JUAL TANAH MALAYSIA KEPADA PIHAK ASING SEMAKIN TERDEDAH!!!


Sedar atau tidak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang bersendirian. Rakan-rakannya dari DAP pun tidak berani campurtangan untuk membantunya keluar daripada permasalahan yang dia sendiri buat. Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok bahkan Lim Kit Siang sendiri pun tidak berani mempertahankan Lim Guan Eng dan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang mendapat perhatian dan diperkatakan oleh dunia media sosial.

Campurtangan daripada rakan-rakannya yang lain, hanya akan mempercepatkan Lim Guan Eng dihumban ke penjara memandangkan kes tersebut sedang dalam siasatan SPRM. Dan Lim Guan Eng tahu, SPRM mengambil kira pelbagai maklumat dan fakta daripada mulut para pemimpin DAP sendiri terutama Exco-Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering mengeluarkan pelbagai kenyataan bercanggah termasuklah jumlah pembayaran yang telah dibuat untuk syarikat konsesi terowong dasar laut Pulau Pinang.

Maka tidak hairanlah mengapa akhirnya Lim Guan Eng mengambil keputusan untuk bercakap sendiri bagi mengurangkan masalah dan peracnggahan. Dengan kata lain, Lim Guan Eng cubca meminimakan segala kesalahan yang boleh mendedahkannya kepada masalah perundangan.

Namun yang pasti, Lim Guan Eng benar-benar kalut kerana skandal rasuah, penyelewengan dan hipokrasinya tidak lagi dapat diselindungi.


teruskan membaca-- Sumber :theflyingkick

Bergolak! Azmin Ali Dedah Parti Mat Sabu Berbohong & Tidak Amanah!


Untuk sekian lama Pakatan Harapan Selangor cuba untuk membohongi rakyat kononnya pakatan itu bersatu hati dan bersepasukan, hari ini tembalang mereka terbongkar juga.

Pakatan Harapan Selangor bergolak!

Dan ianya tiada kena mengena dengan UMNO atau BN tetapi pertelagahan sesama sendiri dalam pakatan yang sudah tidak ada harapan itu.

Terbaru ialah laporan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Mohamed Azmin Ali yang menempelak PAN, parti serpihan PAS kerana berbohong dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.
"AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?" katanya.Azmin berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak 4 kali.

Ironinya, Azmin Ali secara tidak langsung turut menempelak Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini berkata jawatankuasa khas rundingan kerusi PH akan ditubuhkan?

teruskan membaca disini-->>novandri.blogspot.

Video eksklusif pendedahan tentang PROTON oleh Datuk Seri Syed Faisal #KekalNajib #KN


Video eksklusif pendedahan Dato' Sri Syed Faisl Albar Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad bagaimana YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak "menyelamatkan" Proton Cars dari muflis sekaligus menyebabkan hampir pulihan ribu pekerja hilang pekerjaan.

Ada staff PROTON yang hendak ucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri? Mana ada.. malah yang menghina dan mengutuk YAB PM pun masih ada. Dasar tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Namun alhamdulilah nasib baik Pengarah Urusan DRB - Hicom berlapang dada mengakui bantuan yang diberikan YAB PM.

tonton video disini-->thekl-chronicle
Terima Kasih.


#KekalNajib #KN


Sumber : https://goo.gl/zeHRwk

Tuesday, 9 January 2018

Pulang Sejam Awal,Penjawat Awam Hamil Hargai Keprihatinan Kerajaan

DNItXfTV4AAiyW2.png

Memandu pulang dari tempat kerja dalam kesesakan jalan raya mampu memberi tekanan kepada kebanyakan individu, namun bagi ibu mengandung, tekanan yang dihadapi lebih hebat apabila ada antara mereka terpaksa menanggung kesakitan akibat duduk terlalu lama di dalam kenderaan.
Justeru, keprihatinan kerajaan melaksanakan kebenaran pulang awal satu jam bagi penjawat awam yang hamil lima bulan atau 22 minggu ke atas seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018, amat bermakna bagi mereka.
Bagi Zakiah Hanim Zainal Awaluddin, 34, yang kini hamil sembilan bulan, kebenaran pulang awal itu sangat dihargai memandangkan beliau sering terpaksa menghabiskan masa hampir dua jam di jalan raya setiap kali pulang dari tempat kerja akibat kesesakan jalan raya.
Pegawai Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini itu berkata kebenaran itu juga membolehkan beliau mengambil anak sulungnya yang berusia tiga tahun daripada pengasuh lebih awal sebelum pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor.
"Sekurang-kurangnya saya dapat elak kesesakan jalan raya. Dalam keadaan biasa, saya boleh sampai di rumah dalam masa satu jam, tetapi jika jalan sesak, boleh mengambil masa sehingga dua jam dan ia sangat memenatkan," katanya lapor Bernama hari ini.
Zakiah Hanim berkata kebenaran pulang awal itu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan dan keselamatan penjawat awam wanita terus diberi keutamaan.
Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Norhaslinda Mohd Rosli, 36, yang kini hamil 27 minggu, pula berkata keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam wanita diharap dapat meningkatkan motivasi golongan itu untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Beliau yang mempunyai lima anak berusia antara lima hingga 12 tahun, berkata tugas di sesetengah jabatan kerajaan memerlukan mereka banyak bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian, dan kebenaran pulang lebih awal itu membolehkan mereka mendapat waktu rehat lebih panjang.
"Bagaimanapun, pulang awal tidak bermakna kita mengabaikan tanggungjawab kita, kerja tetap perlu diselesaikan," katanya.
Mengakui pada mulanya sedikit terkejut ketika mendengar pengumuman perdana menteri itu, Norhaslinda bagaimanapun memanjatkan rasa syukur terhadap sokongan yang diberikan kepada wanita bekerja agar dapat terus berkhidmat kepada masyarakat.
Pegawai Teknologi Maklumat di JPA, Nor Khafifah Jalany, 33, pula meluahkan rasa berbesar hati kepada kerajaan kerana memperkenalkan inisiatif itu walaupun beliau hanya boleh menggunakan kemudahan tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.
"Saya kini hamil 20 minggu dan tidak sabar menunggu kandungan saya mencapai usia 22 minggu," katanya secara berseloroh sambil menambah suaminya juga telah memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Nor Khafifah berkata suaminya yang juga Pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) layak mendapatkan kebenaran tersebut memandangkan mereka pergi dan pulang kerja bersama-sama.
"Kebenaran pulang awal ini membolehkan kami mengambil dua orang anak kami yang kini berada di pra sekolah lebih awal daripada biasa," katanya.
Pembantu Tadbir di Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Norazlina Lambo, 33, pula berkata kebenaran tersebut bukan sahaja membantu wanita hamil sepertinya untuk mengelak kesesakan jalan raya, malah memberi peluang kepada mereka untuk berehat lebih awal selepas waktu kerja.
Walaupun tinggal berdekatan dengan tempat kerja, Norazlina yang sedang hamil tujuh bulan berkata tempoh satu jam itu boleh digunakan untuk merehatkan badan seketika sebelum menguruskan dua lagi anaknya yang berusia tujuh dan dua tahun.
"Pertama kali dapat pulang awal saya rasa sangat lega. Sebelum ini, balik kerja terus ambil anak dari rumah pengasuh dan terus membuat kerja rumah, ditambah pula ketika ini saya mengalami sakit kaki kerana banyak berdiri.
"Apabila dapat berehat walaupun hanya satu jam, terasa badan lebih segar sebelum membuat kerja rumah," kata Norazlina.

Monday, 8 January 2018

DAP Tetap Dominasi Kerusi di dalam Pakatan - Dr Kamarul Zaman Yusoff


Kesepakatan pembangkang dalam pengagihan kerusi akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sekadar mengelirukan rakyat kononnya pakatan didominasi parti 'Melayu Islam' iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, sebaliknya berkata DAP tetap akan menjadi parti yang mendominasi pakatan pembangkang walaupun pengagihan kerusi sudah diputuskan dalam konvensyen mereka semalam.
Katanya, selain mahu mempertahankan 31 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU-13, DAP juga dijangka akan bertanding di 19 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.
"Daripada 35 kerusi yang akan ditandingi DAP di Semenanjung, 31 daripadanya adalah kerusi yang memang dimenangi DAP di dalam PRU-13.
"Bilangan kerusi yang bakal ditandingi DAP di Sabah dan Sarawak pula adalah 19, sekali gus menjadikan kerusi akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia meningkat menjadi 54.
"54 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP di seluruh Malaysia pada PRU-14 adalah lebih tinggi berbanding 52 kerusi akan ditandingi PPBM di seluruh Malaysia.
"Ternyata, muafakat diumumkan pembangkang dalam konvensyen mereka hari ini hanya mengelabui mata rakyat Malaysia kerana yang kekal mendominasi pakatan ialah DAP," katanya lapor Berita Harian hari ini. 
Berdasarkan permuafakatan itu, pembangkang akan bertanding di 165 kerusi Parlimen di Semenanjung mengikut pecahan 52 kerusi untuk PPBM, PKR (51), DAP (35) dan Parti Amanah Negara (27).
Kamarul Zaman berkata, rakyat juga perlu sedar walaupun PPBM akan bertanding 52 kerusi, parti itu ketika ini hanya mempunyai satu kerusi Parlimen yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional (BN) iaitu Parlimen Pagoh berbanding DAP yang memiliki 31 kerusi.
"Bagaimana pula dengan sebuah parti lagi, iaitu Parti Amanah Negara? Sampaikan salam takziah pun sudah cukup agaknya," katanya.

Thursday, 21 September 2017

Kor Ming hina PM lagi...


UMNO Bagan Serai mengecam Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sebagai seorang yang amat biadap kerana mempersendakan sidang media Datuk Seri Najib Razak mengenai kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam UMNO sebagai `sidang Maharaja Lawak’.

Ketuanya Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya menganggap tindakan Kor Ming itu sebagai menghina dan memperlekeh Najib selaku seorang pemimpin kerajaan yang dipilih rakyat.

Katanya, tindakan biadap Kor Ming ini amat jelas sekali memperlihatkan satu contoh pemimpin pembangkang yang anti Melayu dan UMNO.

``Kita tahu siapa dia Kor Ming sifat rasis, kurang ajar dia malah dalam sidang DUN dia anti Melayu, UMNO kerana dalam jiwa dia menebal benci kepada UMNO dan juga kerajaan pada hari ini.


``Ini salah satu contoh pemimpin yang tidak mempunyai jiwa yang besar kalau sebenarnya kalau jadi pembangkang ni tak apa tak ada masalah dimana negara ada pembangkang tapi biarlah pembangkang yang berwibawa yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

“Tetapi kalau membangkang membuta-tuli mengeluarkan kata-kata kesat yang memperlekehkan kepimpinan dan kerajaan yang dipilih rakyat inilah pembangkang yang tidak mempunyai wawasan yang membuatkan orang semakin menjauhkan diri daripada pembangkang,”katanya.

Beliau yang juga ADUN Alor Pongsu menambah,”Ini juga satu contoh pemimpin pembangkang yang dibenci rakyat, dia anggap dia terlalu hebat tidak boleh ditegur langsung, saya melihat pemimpin yang macam ini memang tak sesuailah jadi pembangkang sama ada jadi kerajaan atau pembangkang memang tak sesuai.

``Jiwa kena bersih tengok apa yang kerajaan buat yang benar kita kena bagi pujian kita hanya mengkritik jika apa yang dibuat kerajaan itu tidak benar tapi apa kerajaan buat untuk kebaikkan rakyat kita nak kritik ini satu perkara yang tak masuk akal.

``Saya cukup kecewa dengan sifat-sifat pembangkang yang macam ni yang hanya tahu menghina pemimpin kerajaan apa jua yang kerajaan buat mereka akan kondem dan mereka akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina membuatkan orang lain sakit hati.

``Ini boleh membuatkan orang bertindak lebih daripada itu apabila mereka tidak puas hati, sakit hati pemimpim mereka dihina sebegitu rupa dan mungkin orang lain boleh ambil tindakan yang lebih agresif daripada itu.,’’katanya.

Sehubungan itu Datuk Sham menasihati Kor Ming supaya berhati-hati ketika membuat kenyataan agar tidak menyinggung perasaan orang Melayu.

Mengenai kemasukkan semula Muhammad Muhd Taib ke dalam UMNO, Sham berkata, ia akan memberi impak positif kepada penyokong-penyokong BN di Selangor sekaligus memantapkan lagi kekuatan BN di negeri berkenaan.-21/9/2017

CC: Agendadaily

Pulau Pinang Banjir Lagi!!!

GEORGETOWN: Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan, di sini, dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 0.3 meter.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah di Bayan Baru, Bayan Lepas, Sungai Pinang, Batu Feringghi, Balik Pulau dan beberapa kawasan di Seberang Perai.

Difahamkan, lebih 20 penduduk di kawasan Teluk Kumbar sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Teluk Kumbar selepas kediaman mereka dinaiki air.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berkata, hujan lebat disusuli angin kencang itu turut mengakibatkan pokok tumbang di Paya Terubong dan tanah runtuh di Batu Ferringhi, awal pagi tadi.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri pula menunjukkan paras air di Sungai Pinang kini sudah melepasi paras amaran dua meter.

Hujan yang masih renyai serta banjir kilat turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas.
1240 dibaca

HUJAN lebat beberapa jam menyebabkan banjir kilat berlaku di Jalan Kampung Baru dan beberapa kawasan di sekitar Seberang Jaya. - BERITA HARIAN

Sikap Guan Eng Makin Teruk Dalam Isu Banjir

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah semakin mengarut dan ke laut nampaknya. Masih tidak mahu akui kesilapan sendiri. Asyik hendak salahkan orang lain sahaja.

Sikap teruk Guan Eng ini makin menjadi jadi, selepas gagal selesaikan isu kilang haram. Kali ini dalam isu banjir, lebih teruk Guan Eng selesaikannya.

Pada 15 September lepas, Pulau Pinang dilanda banjir teruk sampai bandaraya Georgetown lumpuh kerana banjir. Itu pun Guan Eng masih tidak mengaku. Dia salahkan Taufan Doksuri sebagai punca, bukan kegagalan sistem peparitan dan tebatan banjir sebagai punca utama.

Guan Eng ibaratkan petugas media berat sebelah. Guan Eng kata semua memihak kepada Barisan Nasional (BN). Guan Eng menuduh media membuat laporan palsu berkenaan bencana banjir itu. Guan Eng sebut ada negeri lain yang berjiran dengan negerinya lagi teruk tetapi hanya Pulau Pinang digambarkan begitu buruk.

Negeri mana agaknya yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu? Sila beri gambar dan video kejadian banjir yang teruk di negeri itu? Ada dengar berita kejadian mati disebabkan banjir di negeri lain? Tiada, hanya di Pulau Pinang sahaja. Guan Eng yang buat tuduhan palsu, bukannya media.

Oleh itu, Guan Eng jangan main tuduh tuduh sahaja. Jawapan bodoh daripada Guan Eng ini akhirnya memakan diri sendiri. Rakyat Pulau Pinang derita berenang dalam banjir, Guan Eng senang lenang sahaja datang pakai baju “Batman” berlakon di gigi air sahaja.

Guan Eng yang juga anak Lim Kit Siang kena tahu, media hanya melaporkan kejadian itu selepas kejadian yang melanda Pulau Pinang itu ditularkan oleh orang ramai di media sosial. Beratus-ratus keping gambar dimuat naik ke Facebook menceritakan keadaan banjir yang menyukarkan pergerakan orang ramai pada hari kejadian.

Masyarakat yang buat laporan jujur dari hati mereka, bukannya media yang memperbesar-besarkan cerita. Portal pembangkang pun cerita banjir yang sama. Hanya Guan Eng sahaja yang bercakap situasi masih tidak serius kepada China Press pada hari banjir berlaku.

Apa Guan Eng hendak tunggu sampai Komtar dan pejabat Ketua Menteri tenggelam baru hendak cakap ianya serius?

Apabila banjir berlaku, Guan Eng tidak mahu mengaku kesalahan dirinya, sebaliknya menyalahkan pihak lain sampai kuasa Tuhan pun disalahkannya. Dia tuduh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kerana banjir dan pernah salahkan takdir hujan terlalu lebat yang turun di negeri itu.

Inilah dia cara “Tokong DAP”, Guan Eng menyelesaikan isu banjir. Menyalahkan semua pihak lain, termasuklah kuasa Tuhan.

Bencana banjir di Pulau Pinang telah sebabkan seorang mati lemas. Mangsa, Noor Afidah Yajunas, 30, bekerja sebagai operator kilang dihanyutkan arus banjir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Guan Eng kata mati bukan sebab banjir tetapi disebabkan kemalangan jalan raya.

Logik macam ini pun ada macai macai DAP dan parti bunga mahu terima. Logik dan alasan yang diberikan oleh Guan Eng amat menghina mangsa mangsa banjir termasuklah keluarga mangsa yang terbunuh.

Maruah mangsa juga dipandang rendah kerana Guan Eng hanya membayar RM400 kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian. Hendak baiki apa dengan wang sebanyak itu?

Dengan kerosakan serta kerugian yang berlaku disebabkan banjir, kosnya adalah lebih tinggi. Lebih banyak wang dihabiskan untuk kajian terowong berbanding yang diberi pada mangsa banjir. Sudahlah begitu, rakyat yang menjadi mangsa pula kena mengisi borang permohonan untuk minta bantuan.

Tujuh orang mati kerana kanser akibat kiilang haram di Sungai Lembu. Guan Eng datang bawa sebakul durian dan RM10,000 untuk tutup kes. Dalam isu banjir, ribuan orang terlibat, Guan Eng salahkan taufan, salahkan media dan beri hanya RM400 kalau mangsa banjir isi borang.

Inilah cara DAP memerintah, cara diktator dan kuku besi. Sentiasa tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Gagal salurkan RM22 juta untuk projek tebatan banjir tidak pula diakuinya. Cara kepimipinan Guan Eng ini adalah cara kepimpinan yang paling teruk sekali sebagai seorang Ketua Menteri di Malaysia.

Berjanji bukan main lagi hendak selesaikan isu banjir selama sepenggal memerintah. Kini sudah sepuluh tahun DAP di Pulau Pinang. Tiap tiap tahun ada banjir, Ketua Menterinya masih sama. Guan Eng hanya pandai cari alasan dan tuding jari kepada pihak lain sahaja. Masalah banjir tidak pernah selesai juga.

Undilah lagi DAP. Jangan sampai Komtar tenggelam, baru hendak bercucuran air mata. Rakyat Pulau Pinang perlu bertindak dari sekarang. Tukar kerajaan di Pulau Pinang.


Tulisan:
Beruang Biru
BB586, Khamis
21 September 2017

Wednesday, 6 September 2017

Ambulan dilanggar di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM 6 Sept. - Sebuah ambulan yang sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit dilanggar sebuah kereta yang tidak berhenti di lampu isyarat Jalan Song Ban Kheng dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, ambulan milik pusat perubatan swasta terbabit yang datang dari arah Pusat Perniagaan Gemilang dipercayai dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di rumahnya di Taman Merak dekat Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah kereta yang datang dari arah kiri tidak memberi laluan kepada ambulan itu lalu merempuhnya.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan ambulan itu terbabas lalu melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

“Akibat rempuhan itu dua buah motosikal mengalami kerosakan selain penunggangnya cedera dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.

“Kes ini disiasat di bawah Peraturan 17 LN167/59 kerana melanggar lampu isyarat,” katanya.

Kejadian itu turut dirakam oleh pengguna kereta menggunakan kamera papan pemuka. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 26 August 2017

Negara Tidak Akan Bankrap, Amalkan Pengurusan Kewangan Yang Baik

JOHOR BAHRU: Negara tidak akan bankrap seperti yang selalu didakwa pembangkang, kerana kerajaan mengamalkan pengurusan kewangan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata negara berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh, dan mampu memacu transformasi negara untuk kesejahteraan rakyat.
"Kalau ada yang bagi tahu negara bankrap, itu adalah fitnah dan dakwaan yang tiada berasas. Misalnya, kerugian yang berlaku ketika forex dealing (urus niaga mata wang asing) pada 1997, berapa kerugian...dalam prosiding Suruhanjaya Diraja (RCI) (menunjukkan) RM31 bilion, ada yang kata RM33 bilion.
"Pada ketika itu rizab antarabangsa kita sebanyak RM60 bilion, iaitu separuh daripada rizab kita rugi. Bukan rugi atas kertas tapi rugi 'hardcash' iaitu tunai (dan) kita masih tak bankrap lagi," kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.
Presiden Umno itu berkata rizab antarabangsa kini bernilai RM400 bilion dan itu secara langsung menunjukkan kewangan negara masih kukuh.
Selain itu, penarafan A- dan A ke atas negara juga menunjukkan pengurusan kewangan negara masih baik, kata Najib.
Pada Februari lepas, Fittch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil, yang didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.
Najib menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa negara akan bankrap bertujuan untuk mengelirukan rakyat, sekali gus menghilangkan keyakinan terhadap Umno dan Barisan Nasional.
"Jadi, tak bolehlah kita percayakan dakwaan (pembangkang) sebab dia nak hilangkan keyakinan rakyat pada kita (kerajaan). Politik hari ini adalah mengenai persepsi, asalkan ada orang sangsi pada kerajaan... sudah cukup."
"Kita (orang Umno) kena terangkan naratif cerita sebenar walaupun kita kena ulang banyak kali bahawa Malaysia berada pada landasan ekonomi yang kukuh dan kita (kerajaan Barisan Nasional) mampu memacu transformasi untuk kesejahteraan rakyat," tambah Najib.
Beliau berkata projek pengangkutan awam seperti MRT di Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang telah dilaksanakan kerajaan, disifatkan sebagai projek bertaraf dunia.
"Maknanya keyakinan rakyat pada kita untuk menyediakan projek bertaraf dunia tidak boleh disangkal oleh sesiapa," kata Perdana Menteri.
Selain itu, pertumbuhan 5.8 peratus pada suku kedua, rizab antarabangsa yang bertambah serta unjuran nilai mata wang negara akan lebih kukuh, turut menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan kukuh.
- Bernama

Bukti! ADUN PKR 'Ditangkap' Tabur Fitnah Dalam Twitter


1. ADUN PKR Seberang Jaya yang juga Naib Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin telah menabur fitnah melalui akaun twitter beliau. Beliau berbohong apabila menulis _‘harga minyak naik lagi pada 23 Ogos 2017 hingga 29 Ogos 2017’_ *_(Rujuk Gambar)_*. Bagaimana pun, harga RON95 dan RON97 tidak naik untuk minggu tersebut.

2. Pembohongan ADUN PKR ini telah dikecam hebat oleh pihak netizen. Malah, ada netizen yang turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Ketua Polis Negara supaya menyiasat twitter tersebut di bawah AKMM dan Akta Fitnah.

3. Mungkin kerana takut akan didakwa, ADUN PKR itu telah memadam posting tersebut namun ramai netizen sudah _printscreen_ fitnah ADUN PKR tersebut. Malangnya, ADUN PKR itu tidak menunjukkan rasa bersalah apabila tidak meminta maaf kerana menabur fitnah tersebut.

4. Untuk rekod, ADUN PKR ini pernah menabur fitnah sebelum ini. Mahkamah Tinggi pernah mengarahkan ADUN PKR ini membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada 4 wakil rakyat BN kerana memfitnah mereka berhubung penjualan tanah TUDM Butterworth.

5. Hakim juga telah mengarahkan Afif Bahardin membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada setiap wakil rakyat BN itu menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM320,000.

6. Kita juga sedia maklum bahawa parti PKR adalah sarang di mana pemimpin-pemimpinnya terkenal dengan pembohongan dan menabur fitnah. Buktinya:

a. Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi berhubung artikel yang memfitnah FELDA.

b. Nurul Izzah, Naib Presiden PKR pula telah mengaku bersalah kerana telah menabur fitnah jijik terhadap Raja Nong Chik sehari sebelum PRU-13 yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang Menteri ketika itu, serta ahli keluarganya.

c. Saifudin Nasution, Setiausaha Agung PKR dan PKR mengaku bersalah mengeluarkan dan mengedarkan laporan fitnah terhadap Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor.

d. Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR memang sudah terkenal dengan fitnah jahat dan sekarang berdepan dengan pelbagai kes fitnah dalam mahkamah.

*Sumber:* http://klxpress.com.my/editorial/26595-bukti-adun-pkr-ditangkap-tabur-fitnah-dalam-twitter.html