Showing posts with label politiki terkini. Show all posts
Showing posts with label politiki terkini. Show all posts

Saturday, 22 October 2016

PAS selar pembangkang ‘tidak profesional’ keluar dewan


PAS menyelar tindakan “tidak profesional” wakil rakyat Pakatan Harapan meninggalkan Dewan Rakyat, ketika perdana menteri membentangkan Bajet 2017, petang tadi.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pembangkang tiada hak mengganggu ucapan penting Datuk Seri Najib Razak, walaupun beliau menyindir mereka.
“Pembentangan bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk perdana menteri berucap membentangkan bajet,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berharap tindakan sedemikian tidak akan berulang pada sesi perbahasan nanti sehingga membazirkan masa ahli parlimen lain untuk berbahas.

“Masa untuk ahli Parlimen membahas dan menghujah bajet adalah selepas ini. Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.”

Ketika pembentangan Bajet 2017 hari ini, ahli parlimen Pakatan Harapan bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka juga memegang poster “#Siapa MO1?” dan keluar dari tempat duduk masing-masing.

Wakil rakyat PAS yang lain bersama Ahli Parlimen Semporna merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal kekal dalam dewan sehingga pembentangan berakhir.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS mematuhi peraturan Dewan Rakyat yang menghalang wakil rakyat mengganggu ahli parlimen berucap, kerana mereka berpeluang menolak Bajet 2017 pada sesi mengundi.

“Ada perkara yang kita tidak setuju, namun caranya adalah mengemukakan pandangan secara ilmiah ketika perbahasan. Jika tidak setuju dengan bajet, kita boleh menolaknya ketika sesi mengundi,” katanya.

Saturday, 17 September 2016

Muhriz takut bertanding di Jerlun


1. Saya merasa amat hairan dan pelik mengapa setelah hampir sebulan lamanya Dato Mukhriz masih enggan atau cukup takut untuk membuat pengakuan bersumpah yang beliau tidak tahu menahu tentang usaha pihak tertentu untuk sabotaj IPO 1MDB. Inilah punca 1MDB jadi masalah yang Tun Mahathir pergi heboh satu dunia. Ini satu penganiayaan terhadap Perdana Menteri.

2. Saya dapati ramai rakyat dah mula berkata apabila Dato Mukhriz membisu maka ini beri tanggapan bahawa Dato Mukhriz sememangnya tahu atau mungkin terlibat dalam komplot untuk gulingkan Perdana Menteri melalui fitnah dan pembohongan.

3. Nampaknya sudah ada tanda-tanda yang Dato Mukhriz akan ikut tabiat buruk bapa dia Tun Mahathir yang banyak buat fitnah dan bohong iaitu RM42 billion lesap. Saya juga meramalkan yang satu hari nanti Dato Mukhriz juga akan jilat balik apa yang dia ludah kepada Perdana Menteri. Bapa borek anak rintek.

4. Sebagai Pegawai Khas Politik Dato Mukhriz saya amat kenal perangai dan tabiat anak dan bapak. Mereka bagitu taksub dengan harta dan kemewahan sehingga tak ada prinsip dan maruah. Yang penting bagi mereka ini adalah matlamat dan kepentingan diri. Maka sebab itu yang saya lansung tidak hairan apabila Tun Mahathir jilat balik air ludah dia sendiri di mahkamah Kuala Lumpur pada 5hb September.

5. Saya dengar desas desus mengatakan pada PRU 14 nanti, Dato Mukhriz takut bertanding di kerusi Parlimen Jerlun dan mungkin akan bertanding di kubu kuat DAP sama ada Petaling Jaya Utara atau Puchong. Jikalau ianya benar, maka saya cabar Dato Mukhriz untuk bertanding di Jerlun dan Tun Mahathir bertanding di Kubang Pasu pada PRU 14. Jikalau Tun Mahathir tak berani isytihar sekarang yang beliau akan bertanding pada PRU 14 maka elok beliau pencen terus politik.

Haris Che Mat
Naib Ketua Bahagian
UMNO Pokok Sena, KEDAH.
Sumber:http://siemens-melayumaju.blogspot.my/…/mukhriz-akan-lari-b…

#MH370 22 Serpihan Ditemukan Setakat Ini, Kata Liow


BINTULU – Sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang disahkan sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini, adalah penting untuk memastikan bagaimana insiden ke atas pesawat Malaysia Airlines itu berlaku.

“Pengesahan ini amat bermakna kepada kami kerana kami boleh memastikan tindakan selanjutnya untuk mengkaji keadaan serpihan dan bagaimana insiden sebenar ke atas MH370 berlaku,” katanya.

Beliau berkata empat serpihan yang ditemukan adalah berkemungkinan tinggi daripada MH370 tetapi selebihnya adalah sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.


Liow berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat pejabat Lembaga Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong di sini hari ini.

“Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata corak hanyutan menunjukkan carian yang kami lakukan dalam kawasan yang betul, kerana itulah kami menemukan serpihan di sepanjang kawasan itu,” katanya.

Beliau menekankan bahawa pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu masih lagi belum ditemukan walaupun pencarian secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilaksanakan di tempat dipercayai penerbangannya berakhir. – BERNAMA

Tuesday, 26 July 2016

DAP Jangan Cari Publisiti Murahan - Ramesh Rao


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menjangkakan parti DAP akan hancur dan lenyap dari bumi Pulau Pinang jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atas kemahuan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata DAP ketika ini hanya ingin mencari publisiti murahan dengan mengatakan mereka akan mengadakan pilihan raya untuk memberikan peluang kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru.

Ramesh berkata banyak perkara lagi yang tidak membolehkan sepatutnya untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan khususnya yang melibatkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Difahamkan ketika ini pihak RoS belum lagi sahkan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan ia masih belum mendapat pengiktirafan dari jabatan itu," katanya.

Pada Oktober tahun lepas, RoS melalui Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata CEC parti pembangkang itu masih belum disahkan dan gerak kerja parti adalah terhad.

Pemilihan CEC DAP pada 29 September 2013 masih belum diiktiraf selain mendapat bantahan dari bekas ahli parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan sudah tidak lagi menjadi ahli DAP.

"Oleh itu, kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP masih belum juga disahkan oleh RoS.

"Jadi, watikah pelantikan pilihan raya nanti tidak sah jika DAP mahu mengemukakan calon," kata Ramesh.

Guan Eng mahu mengadakan pilihan raya ini kerana mahu menarik sokongan rakyat dan simpati kerana beliau sedang berdepan pertuduhan rasuah melibatkan pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn di Georgetown.

Ramesh berkata, sepatutnya pemimpin seperti Guan Eng lepaskan jawatan Ketua Menteri dan digantikan dengan pemimpin lain khususnya Timbalan Ketua Menteri P. Ramasamy mentadbir Pulau Pinang.

26 Julai 2016
11.39 pagi

Saturday, 23 July 2016

Saya Tidak Akan Gadai Maruah Negara Hanya Berlainan Idealogi – Hadi Awang


Ketika kebanyakan pembangkang begitu gembira dengan pengumuman siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara Amerika berhubung kes penyalahgunaan wang yang didakwa dicuri dari 1MDB, PAS pula berpendirian tidak akan membenarkan kehormatan negara di ragut sewenang-wenangnya.

Ulasan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya sesuatu yang diluar jangkaan. Manakan tidak, disaat pembangkang di Malaysia hari ini seperti merayakan kejayaan palsu mereka, pendirian Datuk Seri Abdul Hadi jelas menampakkan kematangan berliau dalam politik.



Dalam satu kenyataan beliau, beliau mengakui, sememangnya idealogi politik antara beliau dan Datuk Seri Mohd Najib sememangnya berbeza. Malah, perjuangan PAS dan UMNO juga turut berbeza. Namun begitu, ianya bukan lesen untuk mana-mana parti pembangkang membawa masuk mana-mana agensi daripada Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan negara.

Malah, beliau memberi jaminan, andai ada mana-mana agensi daripada Amerika didapati masuk dan mencampuri urusan negara, PAS tidak akan teragak-agak untuk bersama-sama UMNO dan BN untuk mengusir agensi dari Amerika berkenaan untuk keluar daripada negara ini.

Ujar beliau, kita mempunyai cara kita yang tersendiri dalam menangani permasalahan yang melibatkan negara. Undang-undang sedia ada di Malaysia hari ini sudah cukup untuk menghukum sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri andai beliau atau mana-mana individu didapati bersalah dalam apa jua pertuduhan.

Oleh yang demikian, beliau menentang keras segala usaha untuk membawa masuk pengaruh Amerika Syarikat ke Malaysia. Inilah bukti komitmen PAS dalam usaha mereka menjaga kehormatan dan kedaulatan negara. Pendirian mereka ini jelas berbeza dengan apa yang sedang dilakukan oleh pembangkang dan Tun Dr Mahathir.



Ketika PAS menyatakan komitmen mereka dalam mempertahankan maruah, kedaulatan dan kehormatan negara, pembangkang yang lain begitu sibuk mahu memastikan agensi penyiasat daripada Amerika memasuki Malaysia untuk menyiasat apa sahaja transaksi yang melibatkan 1MDB dan juga Datuk Seri Mohd Najib. Ini jelas satu usaha jahat denngan membiarkan kedaulatan negara dicabuli dengan mudah.

Semuanya hanya kemaruk dengan kuasa dan keinginan untuk melihat Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan hari ini ditumbangkan. Harus diingat, Loretta Lynch selaku Peguam Negara Amerika telah mengesahkan, Datuk Seri Mohd Najib bukan suspek dalam kes sivil ini. Malah, Lynch juga menegsahkan, 1MDB juga tidak terlibat langsung dalam kes ini. Masihkan pihak pembangkang terlalu tuli untuk memahami hakikat ini?-pru14

Sunday, 10 April 2016

Penangguhan AES Tiada Kaitan Dengan PRN SARAWAK


Penangguhan sistem AES di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan ditangguhkan bukan kerana demam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang ini...

Sudah wujud cakap-cakap kononnya kerajaan tidak mahu menganggu momentum PRN Sarawak atas pelaksanaan AES..bila tiba saja musim Pilihan Raya macam-maca versj cerita keluar..sehingga yang benar pun tidak dihiraukan...

Untuk cerita sebenar mengapa Kementerian Pengangkutan menangguhkan pelaksanaan AES..Di sini kami kongsikan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai "penangguhan ini disebabkan banyak perkara yanh harus di gubal seperti Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain bagi menyelaraskan semua ini sebelum ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya"

"Semua ini bukan menghukum para pengguna jalan raya tetapi ianya lebih kepada mendidik pengguna jalan raya untuk lebih berhemah sewaktu berada di jalan raya. Ia juga bertujuan untuk memastikan penurunan berkekalan jumlah kemalanhan jalan raya di negara ini."jelasnya..

Untuk rekod, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA)..Kemungkinan sistem AWAS akan dilaksanakan pada bulan Ogos selepas Cuti Raya Aidilfitri..

Setakat ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru sahaja memperoleh maklumbalas dari orang awam berkaitan Kejara pada akhir Mac lalu. Langkah seterusnya ialah untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Dewan Rakyat selepas Menteri Pengangkutan memuktamadkan perincian itu..

Orang kita ni..tak faham undang-undang...mereka sahaja yang betul..sebelum ini kerajaan merancang untuk melaksanakan AES ramai bantah kononnya kerajaan mahu saman orang..nak tahu mereng atau tak sikap pemandu di Malaysia ni..tengok sahaja di Lebuh Raya...bila ada kesesakan berebut-rebut guna lorong kecemasan..jika disaman tu nanti kata kerajaan zalim minta duit rakyat pula...

Bagi kami, kerajaan harus meneruskan perancangan ini bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Friday, 18 March 2016

Video: Geng Motor Serbu Pejabat Mahathir Di Putrajaya


PUTRAJAYA – ‎Hampir 40 buah geng motosikal hari ini menyerbu pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.

Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada ‎program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.


Dianggarkan sekitar seribu orang dari pelbagai NGO berkumpul sebagai tanda bantahan terhadap Deklarasi Rakyat yang dicetuskan oleh mantan perdna menteri itu.

Namun menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Tun Mahathir tiada di pejabatnya.

Kumpulan NGO yang berkumpul itu antara lainnya mengecam tindakan Tun Mahathir yang menyerang pentadbiran Perdana Menteri dengan fitnah tanpa sebarang bukti kukuh.

Mereka turut menyifatkan Tun Mahathir ingin memecah-belahkan perpaduan kaum di Malaysia demi kepentingan peribadinya. – SuaraTV

Sunday, 13 March 2016

PKR, DAP dan NGO Pro Pembangkang Didesak Dedah Punca Dana.


Penangkini mendapati, sejak semalam terdapat satu petisyen online telah dikemukakan oleh seorang pemilik akaun bernama Susie Soon melalui halaman thepetitionsite.com bagi mendesak PKR, DAP dan beberapa lagi NGO Pro-Pembangkang untuk mendedahkan pemberi dana kepada kesemua entiti itu bagi menunjukkan ketelusan mereka dalam mendesak Perdana Menteri mendedahkan penderma dari Timur Tengah.

Petisyen yang menyasarkan 1000 orang itu dilihat sudah ditandatangani oleh lebih 500 pemilik akaun sehingga artikel ini ditulis. Satu peningkatan yang boleh dikatakan agak drastik kerana dalam tempoh kurang 24 jam, sudah ditandatangani lebih 50 peratus dari sasarannya.

Sekiranya mengikut rekod, PKR dan DAP pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan perkara tersebut melalui artikel yang diterbitkan oleh portal The Rakyat Post dan Free Malaysia Today.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/06/pkr-to-disclose-sources-of-political-funds/

http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/03/dap-has-never-opposed-the-disclosure-of-political-funds-says-anthony-loke/

Jadi desakan melalui petisyen ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sekadar mengulangi kesediaan kedua parti itu untuk mendedahkan sumber dana yang mereka perolehi dari pihak luar.

Sekiranya ada di antara pembaca yang mahu menandatangani petisyen tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan di url http://www.thepetitionsite.com/644/675/208/let-all-opposition-political-parties-bersih-and-suaram-disclose-their-sources-of-fundingdonations/

Sunday, 6 March 2016

Penentang Najib tiada Maruah - Bung Mokhtar

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Bung Moktar Radin mempersoalkan adakah pembangkang tidak menyedari bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang dari ketua parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang sah.

“Kenapa pembangkang dah hilang maruah nak menentukan pula siapa ketua kerajaan sedangkan mereka tahu yang parti gabungan mereka kalah dalam PRU buat kali ke-13.

“Mereka harus sedar kita bukan berada di Amerika Syarikat, British atau Eropah..ini negara Malaysia, bukan Filipina, bukan Indonesia atau Thailand,” katanya menerusi kenyataan.

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, pembangkang tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih oleh rakyat sebaliknya, hanya ahli UMNO sahaja boleh menukar pemimpin mereka.

“Pada saya pembangkang dah tak ada hala tuju perjuangan, mereka dah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat selain daripada menokok tambah fitnah dan andaian yang tak berfakta kepada Najib Razak selaku Perdana Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Bung menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang bergabung di bawah satu pentas mengetuai deklarasi rakyat menolak pentadbiran Najib disifatkan sebagai langkah orang-orang yang kecewa.

“Kita sedar perbuatan mereka ini adalah langkah orang-orang kecewa yang mempunyai niat tertentu untuk merosakkan minda rakyat agar menentang kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

“Saya ingin nyatakan UMNO parti yang besar, kuat, teguh lagi mantap dan usaha-usaha seumpama ini ibarat mencurah air di atas daun keladi,” ujarnya.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Deklarasi Rakyat bukan mewakili 30 Juta rakyat Malaysia - Salleh Keruak



KUALA LUMPUR: ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani oleh 58 individu sama sekali tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia atau 15 juta pengundi tetapi ia hanya sebuah pergerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata perisytiharan itu adalah ‘alasan untuk berselindung’ untuk mewajarkan apa yang mereka lakukan.

“Mereka seolah-olah lupa bahawa ada mekanisme untuk melakukan sesuatu seperti itu dan mekanisme itu dipanggil pilihan raya umum,” katanya dalam entri terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.

Katanya antara 58 menandatangani deklarasi bersama itu adalah terdiri daripada beberapa pesara politik, pegawai polis dan pegawai kerajaan serta beberapa lagi yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin masyarakat sivil.

“Pada hakikatnya, ia tidak lebih daripada sebuah acara yang digembar-gemburkan,” katanya.

Salleh berkata ‘Deklarasi Rakyat’ itu hanya sebuah dokumen dikitar semula dari yang dilakukan pada 1998 dan 2008.

“Tidak syak lagi mereka mengatakan ini satu pelan tindakan untuk reformasi tetapi ia tidak benar-benar merupakan pelan tindakan atau pelan induk kerana ia adalah senarai aspirasi dan keinginan,” katanya.

Menurutnya ‘Deklarasi Rakyat’ adalah apa yang mereka ingin melihat daripada pelan bagaimana untuk mencapai aspirasi ini.

“Dalam erti kata lain, mereka tidak menawarkan penyelesaian kepada kita,”katanya.

“Tambahan pula, aspirasi ini berbeza…bergantung kepada siapa anda bercakap…dengan seorang mengatakan satu perkara dan seorang lagi berkata sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata walaupun mereka menjadikan acara semalam kelihatan sebagai sebuah platform untuk menuntut pembaharuan dan perubahan namun dalam realitinya ia adalah satu gabungan yang terdiri daripada orang-orang yang menentang Najib.

“Apa yang mereka sebenarnya mahu adalah untuk memberi tanggapan bahawa langkah menyingkirkan perdana menteri disokong oleh majoriti rakyat.

“Sudah tentu, ini tidak benar…58 individu tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia mahupun tidak sama sekali 15 juta pengundi,” katanya.

“Kita ada hampir 800 Anggota Parliamen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dan mereka adalah wakil sah yang dipilih oleh pengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya negeri,” katanya.

-Bernama

Mengapa Allah lanjutkan usia Tun M



Suatu ketika dahulu Almarhum Ustaz Fadhil Noor ada menyatakan bahawa beliau berdoa agar Tun Mahathir Mohamad dipanjangkan usianya agar Mahathir dapat melihat akan kemusnahan yang dia cipta sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato’ Presiden PAS itu dimakbulkan.

Pada usia sudah mencecah 90an, tentu ada sesuatu yang Allah hendak berikan kepada mahlukNya tersendiri, sama ada akan berakhir dengan kebaikkan atau disebaliknya, melalui jalan ‘nar’ atau ‘nur’, dan kesemua ini adalah tertakluk kepada apa yang telah dilakukan oleh mahluk berkenaan dan ini adalah karmanya.

Ada dua kemungkinan, pertamanya Allah mahukan hamba terpilihNya duduk beramal soleh dan memperbaiki apa yang kurang dan tertinggal semasa muda dan dewasa, dan seterusnya mungkin Allah mahu memperlihatkan apa-apa kesilapan yang telah hambaNya itu lakukan, mungkin kini Allah sedang memperlihatkan siapa Mahathir yang suatu kita pernah dijulang sahingga kelangit.

Atas nama mahu selamatkan Malaysia maka Mahathir ketepikan penghinaan dan cercaan yang pernah dia terima dari puak pembangkang, diatas tuntutan nafsunya maka dia rela dipergunakan oleh kumpulan yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan negara ini dengan apa cara sekalipun dan Mahathir membantu mereka dengan menghalalkan cara asal tercapai matlamatnya.

Mungkin doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor termakbul hari ini, apabila Mahathir telah duduk semeja dengan kumpulan yang terang-terang telah melafaskan akan menjahanamkan pemimpin kerajaan hari ini UMNO / Barisan Nasional, kerajaan sama yang pernah dipimpin oleh Mahathir selama lebih 23 tahun.

Pada Mahathir ini adalah jalan untuk menyelamatkan Malaysia dan bagi mereka yang mempertahankan UMNO / Barisan Nasional serta kepimpinan negara akan dicemuh sebagai cetek ilmu politik, sempit pemikiran dan tidak faham antara agenda nasional dengan agenda politik kepartian, ada yang berkata bahawa mereka yang mempertikaikan perkara ini adalah lapok dan jumud.

Kita tidak tahu mereka mahu selamatkan Malaysia dari musibah apa, tetapi yang nyata kita perlu selamatkan Malaysia dari puak-puak munafik ini dari terus mengambil tanah bumi permata ini, ambillah contoh negara jiran kita, memang benar “Politik is only about party and the party is UMNO” kerana yang terlibat kesemuanya adalah mereka yang berparti.

Jika mereka itu penarik beca, pemandu teksi, nelayan atau pekebun sudah pasti mereka bukan mewakili parti politik, tetapi jika kehadiran mereka itu berlatar belakangkan parti politik tidakkah ini boleh dikaitkan dengan politik kepartian dan oleh kerana mereka mahu selamatkan Malaysia daripada kepimpinan UMNO maka suka atau tidak ia pasti akan berkait dengan politik kepartian tidak kiralah jika disebut sebagai agenda nasional sekalipun tetapi ianya pasti politik kepartian.

Adakah dengan menyatakan ‘bersekongkol dengan pembangkang’, dikatakan sebagai cetek ilmu politik dan tidak boleh melihat agenda nasional, bagaimana jika seorang anggota polis dilihat duduk bersama sekumpulan perompak,penyamun atau kumpulan gangstar adakah intergriti anggota polis berkenaan boleh dipercayai.

Jadi jika Mahathir, Mukhriz, Muhyidin dan beberapa bekas pemimpin UMNO dilihat duduk semeja bersama pemimpin parti pembangkang yang mana pernah mempunyai niat untuk mengambil alih kerajaan dengan apa cara sekali pun, ianya dikira sebagai agenda diluar politik dan kepartian, siapa Mahathir, Mukhriz, Muhyidin itu adakah mereka nelayan, pekebun sayur atau pesawah padi?.

Mereka itu pernah ada kepentingan dan pernah menduduki kerusi tertinggi kerajaan dan sudah pasti mereka memiliki pengetahuan berhubung dengan soal urus tadbir kerajaan, adakah mereka tidak akan bercakap setitik noktah pun berhubung pentadbiran kerajaan termasuk rahsia yang mereka ketahui.

Bukankah dengan bekerja-sama dengan mereka dari parti pembangkang akan menguntungkan pembangkang terutama DAP, ingat mereka ini tidak pernah memadam catatan didalam diary mereka untuk menawan Malaysia, Kita sepatutnya selamatkan Malaysia dari ditawan oleh DAP dan bukannya dari Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ini lah doa Ustaz Fadhil Noor bahawa Mahathir akan melihat kehancuran yang dia sendiri buat, apa sahaja kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir suatu ketika dahulu ditunjukkan sekarang sebagai bukti kepada pengikut Tun Mahathir semasa berkuasa dahulu, inilah yang Mahathir lakukan diatas kuasa yang pernah beliau sandang dahulu.

Menzalimi mereka yang tidak sehaluan dengan kehendaknya, Allah hilangkan ingatan dan membuka hijab yang menutup kezaliman Mahathir sahingga tanpa disedari telah mengulangi apa yang dilakukannya dahulu dan diulangnya hari ini, itulah yang telah dilakukan terhadap mereka-mereka yang menentang kemahuannya, mungkin suatu hari nanti Mahathir akan berkata “dengan saitan juga dia akan bekerjasama jika itu boleh menjatuhkan Najib”.

Kini giliran Dato Seri Najib yang terpaksa berhadapan dengan kezaliman Mahathir kerana tidak mahu tunduk dengan kehendak Mahathir, oleh kerana dahulu Mahathir adalah Ulil Amri yang dipilih, Allah memelihara aibnya pada ketika itu, kini Dato’ Seri Najib pula dipilih juga di atas kehendakNya, InsyaAllah Najib akan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Mungkin kerana itu Allah melanjutkan usia Mahathir agar rakyat dapat melihat wajah seorang yang pernah menzalimi mereka-mereka yang tidak mahu tunduk mengikut kemahuannya, jika aruah Tun Gaffar Baba hidup kembali sudah pasti beliau akan mengucapkan ‘Astafirullah al azimm’ serta berlari kembali semula ke kuburnya kerana terlalu malu dan Almarhum Ustaz Fadhil akan tersenyum.

#RespectMyPM


Thursday, 3 March 2016

TERKINI: Serpihan #MH370 Dijumpai Di Mozambique!!


Serpihanpesawat MH370 dijumpai Mozambique spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.

Wednesday, 2 March 2016

AMANAH sedia kerjasama dengan Tun M ‘hasut’ rakyat tolak Najib


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) sedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ‘menghasut’ rakyat menolak Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata kerjasama itu bukan untuk kepentingan politik sebaliknya sebagai tekanan kepada Perdana Menteri supaya meletak jawatan.

Lim Kit Siang tak perlu campuri hal dalaman UMNO


KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai locus standi atau hak untuk mempersoalkan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan ‘konspirasi peringkat tertinggi’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tak Payah Risau Lagi, Enjin Carian Ini Mesra Kanak-kanak


Buat "ibu ibu, bapa bapa" selalu risaukan anak bila layari internet kan? Tak tahu apa yang mereka 'search'.

Kadang kala, banyak informasi yang tak dikehendaki pula yang muncul di skrin tanpa diminta. Ini semua membuatkan para ibu bapa berasa khuatir tentang dunia online.

Pasport Malaysia Antara Paling Berkuasa Di Dunia



Memetik laporan Sinar Harian, pasport Malaysia tersenarai antara 15 negara yang mempunyai nilai pasport paling berkuasa untuk tahun 2016.

Ia dikeluarkan firma Henly & Partners yang menjalankan kajian menggunakan kaedah Henley & Partners Restrictions Index. 

1 MAC 2013 : MENGINGATI TRAGEDI LAHAD DATU


Masih belum pudar dari ingatan semua rakyat Malaysia terutamanya bagi rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu sendiri apabila sekumpulan militan dari selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai "Askar Diraja Kesultanan Sulu" datang menceroboh pantai timur Sabah sejak awal bulan Februari tahun 2013 lagi.