Showing posts with label politk. Show all posts
Showing posts with label politk. Show all posts

Wednesday, 4 April 2018

Cuti Peristiwa Jika PRU-14 Pada Hari Persekolahan

JENJARUM: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia mengumumkan cuti peristiwa kepada sekolah yang terbabit jika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan pada hari persekolahan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata walaupun mempunyai 10,200 sekolah di negara ini, tetapi tidak semua akan digunakan sebagai pusat pengundian.
Justeru, beliau berkata, KPM akan berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu dan bergantung kepada tarikh pilihan raya umum akan diberitahu kelak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Jika hari mengundi jatuh pada hari cuti umum, tidak perlulah kita mengumumkan sebarang cuti dan sebaliknya. Buat masa ini KPM tidak boleh menetapkan apa-apa lagi.
"Bagaimanapun, KPM sudah bersedia dari sekarang dengan apa saja keputusan untuk memastikan kelancaran PRU-14 nanti," katanya selepas dianugerahkan doktor falsafah dalam pendidikan (PhD) dan perasmian Sekolah Antarabangsa MAHSA, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Canselor Universiti MAHSA, Tun Zaki Azmi, Pro-Canselor dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Prof Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah, Pro-Canselor, Tan Sri Prof Dr Mohd Ismail Merican dan Timbalan Canselor, Datuk Prof Dr Khairul Anwar Abdullah.
Sementara itu, Mahdzir berkata, Universiti MAHSA adalah antara pusat pengajian swasta yang berkembang dengan pantas sejak penubuhannya 15 tahun lalu.
Katanya, dalam tempoh singkat, ia berjaya mencapai taraf universiti dan menjadi pilihan pelajar dari dalam dan luar negara.
"Universiti ini juga menampilkan jenamanya sendiri dan turut mempunyai bidang pengkhususan dalam bidang pendidikan perubatan," katanya.
- BH Online

Sunday, 1 April 2018

Guan Eng, Kit Siang tak sertai forum projek terowong Pulau Pinang



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak menyertai wacana membincangkan projek terowong dasar laut dan jalan raya bernilai RM6.3 bilion malam tadi.

Dua kerusi yang dikhaskan untuk mereka di Dewan Persatuan Tan Sri Eng Chuan Tong di Kampung Paya di sini kosong sepanjang forum “Political talk on Penang’s truth” berlangsung.

Guan Eng petang tadi menolak undangan ke forum itu, yang diadakan di kawasannya, Parlimen Bagan.

Kira-kira 800 orang tampil di forum yang menampilkan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To, yang bercakap dan memberi ulasan panjang mengenai projek terowong itu.



Wacana dikendalikan dalam Mandarin dengan diselang-seli Bahasa Inggeris dan dialek Hokkien untuk hadirin yang kebanyakan dari tanah besar Pulau Pinang.

Wee dan See-To membentangkan pandangan mereka berkenaan projek terowong itu yang sebahagian besarnya ada dilaporkan dalam media.

Antara lain, Wee menyentuh tentang bagaimana kerajaan negeri menganugerahkan projek prasarana besar itu kepada sebuah syarikat 82 hari, bercanggah dengan dakwaan sebelum ini yang mengatakan syarikat bertujuan khas itu mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion.

Sementara itu, See-To menunjukkan gambar tular Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas dakwaan bayaran RM19 juta untuk menghentikan siasatan ke atas projek itu.

Wee sebelum ini mencabar Guan Eng berdebat isu berkenaan projek terowong dan jalan raya itu, yang ditolaknya, kerana beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Projek prasarana itu sekali lagi menjadi perhatian BN susulan siasatan SPRM.

Sejak itu, kerajaan Pulau Pinang dan BN menghidupkan kembali isu yang hangat dibincangkan di Pulau Pinang pada 2013 dan 2014.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijangka bermula pada 2023.

Tiga jalan raya itu pula dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Thursday, 22 March 2018

Mukhriz bohong, kata bekas pegawai media


KUALA LUMPUR: Azrin Zizal, bekas pegawai media Datuk Seri Mukhriz Mahathir, membidas kenyataan Mukhriz semalam mengenai nasihat Cambridge Analytica bagi kempen Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum 2013 sambil berkata ia pembohongan secara terang-terang.

Menurut Azrin, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah palsu sama sekali.

“Saya bertugas untuk Mukhriz secara peribadi dan memberi nasihat komunikasi dan strategi kepadanya sehingga 2015, termasuk semasa pilihan raya umum 2013, dan selepas itu apabila beliau menjadi menteri besar. Saya akan mengemukakan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran.



“Mungkin ketika Mukhriz terus menafikan tugas saya untuknya dan menafikan manfaat diperolehnya daripada nasihat yang saya berikan daripada Cambridge Analytica dan SCL Group bagi Kedah semasa pilihan raya umum 2013, adakah beliau juga menafikan kemenangan dengan menawan Kedah dan menjadi menteri besar?” kata beliau dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan presiden PPBM menafikan mempunyai sebarang hubungan antara beliau dan Cambridge Analytica serta mendakwa Azrin tidak lagi pegawai medianya apabila beliau menjadi menteri besar Kedah.

“Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta dengan sengaja menyelamatkan dirinya dan tampil bersih, kata Azrin yang sekarang menerajui Kumpulan SCL Asia Tenggara, syarikat induk Cambridge Analytica.

Thursday, 4 January 2018

Ekonomi Malaysia Diiktiraf & Ringgit Dijangka Terus Kukuh

bicara 4 bajet.JPG

Ekonomi Malaysia telah diiktiraf sebagai stabil oleh badan-badan penarafan manakala nilai ringgit juga semakin kukuh dan dijangka terus meningkat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, Perdana Menteri berkata dakwaan bahawa negara akan muflis gara-gara hutang negara dan kejatuhan nilai ringgit hanyalah sabotaj ekonomi semata-mata.
"Keadaan kita sentiasa dipantau oleh badan-badan penarafan. Kita ada Moody's, Fitch (Ratings), kita ada IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), World Bank (Bank Dunia) yang datang secara berkala di Malaysia.
"Mereka akan tengok segala-galanya. Daripada kajian mereka secara terperinci, mereka masih mengekalkan penarafan Malaysia pada A- dan outlook (prospek) yang stabil.
"Bererti bahawa kita dalam kelompok negara A," kata Najib dalam program temu bual, 'Bicara 4 Mata', yang disiarkan menerusi portal theRakyat, RTM dan TV3 bersempena pelancaran portal itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.
Wawancara itu dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi.
theRakyat merupakan portal rasmi Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Najib, yang juga Menteri Kewangan berhujah bahawa sekiranya Malaysia dikatakan akan bankrap, tentunya negara-negara dalam kelompok B dan C akan bankrap lebih awal daripada A.
"Jadi, tak adalah tanda-tanda yang kita nak bankrap dan rizab kita jauh lebih besar daripada rizab semasa krisis kewangan Asia pada 1997 dahulu. Pada ketika itu kita punya rizab lebih kurang US$20 bilion. Sekarang ini sudah lebih US$100 bilion, maknanya lima kali ganda daripada keadaan rizab ketika itu."
"Kenapa ketika itu tidak timbul cerita Malaysia nak bankrap? Patut masa itulah, nilai mata wang kita merudum, banyak syarikat bankrap, kenapa tidak timbul?
"Sebab ini mainan politik sebenar.
"Ini elemen 'economic sabotage', kalau hendak jatuhkan kerajaan, hilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan atau menimbulkan kebencian," kata Perdana Menteri.
Ditanya mengenai kejatuhan ringgit dan kemungkinan mata wang tempatan itu akan ditambat lagi, Najib berkata, ringgit tidak boleh ditambat dan tindakan seperti itu akan mengakibatkan pelabur-pelabur dan pasaran dunia akan hilang keyakinan pada negara.
"Malah kalau kita ikat dan tambat ringgit dulu secara artificial (dibuat-buat), kesannya lama juga untuk memulihkan keyakinan pasaran dunia kepada kita. Jadi kita kehilangan banyak pelaburan dan juga market confidence (keyakinan pasaran) kepada kita.
"Jadi, sebab itu kita sudah kata bahawa kita tidak akan melakukan tambatan ringgit. Kita pastikan fundamental (asas) kita kuat. Jika asas ekonomi kita kuat, lama-kelamaan ringgit akan mencerminkan nilai sebenarnya," kata beliau.
Beliau menjelaskan bahawa terdapat dua faktor di luar kawalan kerajaan yang memberi kesan kepada ringgit iaitu pertamanya dasar negara maju, terutama sekali Amerika Syarikat, dari segi kadar faedah mereka.

Apabila kadar faedah mereka naik, duit atau modal akan mengalir dari negara negara-negara pesat membangun ke negara maju dan keduanya ialah kejatuhan harga minyak.
"Alhamdulillah, sebulan dua ini, kita sudah dapat lihat dasar kita memang (menjadikan) Ringgit semakin kukuh. Banyak kata ia akan terus meningkat lagi," tambahnya.
Ringgit memulakan dagangan pada tahun 2017 rendah dan dibuka pada 4.4900/4950 berbanding dolar AS pada 3 Jan, 2017. Pada 29 Dis, 2017 unit tempatan mengakhiri hari akhir dagangan 2017 pada paras tertingginya bagi tahun ini pada 4.0440/0500 berbanding dolar AS daripada 4.4845/4875 pada 30 Dis, 2016.
Menyentuh isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Najib berkata ia adalah sistem percukaian yang sangat progresif yang sedang digunakan oleh 165 negara.
Yang terbaharu, India dan Negara-negara Teluk turut memperkenalkan GST.
"Kalau tidak ada GST, kita terpaksa guna SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Kita tidak cukup menampung perbelanjaan negara," katanya.
Perdana Menteri berkata apabila harga minyak jatuh daripada US$110 (RM443) kepada US$30 (RM121) setong, sepatutnya Malaysia sebagai sebuah ekonomi, terjerumus kepada kemelesetan tetapi negara kita tidak.
"Bila ada recession (kemelesetan), ekonomi menguncup. Bila ekonomi menguncup, orang kena buang kerja, peluang perniagaan terbatas, orang susah dan sebagainya, tetapi keadaan hidup berjalan macam biasa, tidak ada apa-apa kesan."
"(Harga) Minyak merudum pun kita masih lagi tidak buang penjawat awam, perbelanjaan kerajaan berjalan seperti biasa walaupun ada sikit pengurangan. Tetapi umumnya orang tidak dapat kesan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi kepada negara kita," kata beliau.

Monday, 20 June 2016

MAHATHIR CUBA CARI PENGGANTI MUHYIDDIN SEBAGAI PM TRANSIT


Kempen Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri DS Najib masih tidak temui sebarang kejayaan dan progress kerana banyak menghadapi halangan dan ‘setback’ yang tidak dijangka.

Mahathir mungkin bijak merancang sepanjang kerjaya sebagai Perdana Menteri dalam pembangunan negara dan kelicikan politik seperti belut untuk bertahan selama 22 tahun, namun mungkin ini adalah apa yang dikatakan “Waterloo’ Mahathir. Mahathir has met his Waterloo.

Menurut penulis dan perisik RPK, akibat skandal TS Muhyiddin bersama isteri seorang hakim, maka pada hemat Mahathir, Muhyiddin sudah hilang kelayakan dan tidak sesuai lagi untuk menjadi PM boneka nya, atau pun PM transit sementara usaha menjadikan Mukhriz PM dikemudiannya.

Mahathir mungkin berfikir untuk mengambil kembali TSMY sebagai PM boneka nya jika usaha menangguhkan kes di mahkamah berjaya di halang atau pun diselesaikan diluar tanpa rakyat dapat mendengar proceeding nya.

Imej TSMY akan hancur berderai jika rakyat dapat tahu apa yang sudah terjadi antara dia dengan isteri orang jika kes dapat dibaca.

Menurut RPK, tawaran 2 juta telah di tolak oleh yang terbabit, namun amat pasti jumlah lebih besar akan ditawar.

Sambil itu jika kesemua ini gagal, menurut RPK Mahathir akan terpaksa menumpukan pilihan nya kepada opsyen sedia ada, ia itu Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘target” nya.

Masa terlalu singkat untuk membentuk watak baru bagi jawatan PM boneka.

Jika ada orang fikir ia mustahil rundingan boleh terjadi dengan Zahid Hamidi kerana kedudukan dan kenyataan yang dibuat antara kedua pihak memperli dan mengkritik satu sama lain maka mungkin juga tiada siapa sangka DAP dan Kit Siang adalah musuh sepanjang hayat politik Tun Mahathir yang kini duduk sebaris dengan nya.

Mahathir boleh tolak segala prinsip pads diri jika ia membabitkan kepentingan nya, walaupun penyokong Tun Mahathir cuba mengindahkan  alasan dan mencipta teori untuk selamatkan maruah Mahathir, tapi kepada rakyat Mahathir sudah sah mengadai prinsip kerana wang dan kuasa.

Namun  dikatakan Zahid tidak akan mahu melayani Tun Mahathir dan lebih selesa bersama Najib , mungkin melihat tiada siapa pun selamat jika bersama Mahathir , tambah lagi boleh menjadi “boss” sendiri ikut giliran , tanpa perlu bertuhankan Mahathir.

Mahathir hanya ada kepentingan sendiri sahaja, bahkan apa yang terjadi pada diri nya hari ini pun atas kepentingan peribadi juga.

Najib menjadi hero kepada ahli UMNO kerana membebaskan institusi Presiden UMNO dari cengkaman Mahathir dan kroni nya.

Presiden harus bebas dari cengkaman dan telunjuk sesiapa, buruk baik tindakan nya biar ahli yang menentukan pada pilihan parti, bukan nya seorang individu yang tidak berpuas hati seperti Tun Mahathir, itu lah maksud sebuah organisasi yang Mahathir kurang faham.
– Tv14
#DeklarasiMahathir #RakyatDidahulukan #RespectMyPM #MelayuBersatu #HidupBersama #SIM #SayaIslamMelayu

Saturday, 14 May 2016

DAP Hanya sokong Pakatan Harapan



GEORGE TOWN: DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini, Jumaat.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN), yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon (BN) dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang pesawat berkenaan, Rudolf Rex Ragas, warganegara Filipina.

Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar, manakala Sungai Besar 42,655.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Wan Muhammad Khair-il mengalahkan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi, manakala Noriah mengekalkan kerusinya setelah mengalahkan calon PAS Mohamed Saleh M Hussain dengan 399 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun sebagai tarikh pengundian bagi kedua-dua kerusi itu dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

Kedua-dua kerusi itu dijangka menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru apabila PAS mengumumkan ia akan bertanding kerana kerusi itu diperuntukkan kepada calonnya pada pilihan raya sebelum ini.

Saturday, 30 April 2016

Kerajaan DAP Pulau Pinang Diminta Mengawal Penjualan Premis Warisan.


Kerajaan Pulau Pinang digesa agar mengawal penjualan premis di bandar ini, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco sejak 2008, kepada warga asing bagi memastikan nilai warisannya tidak terjejas.

Anggota Jawatankuasa Perhubungan Gerakan Negeri, H'ng Khoon Leng berkata, kerajaan DAP perlu mencari jalan agar milikan premis tidak terlepas kepada warga asing dan jika sesebuah premis ingin dijual, keutamaan harus diberikan kepada pembeli rakyat tempatan.

"Sikap 'tidak apa' tak boleh dibiarkan, kerajaan negeri perlu cari jalan untuk hadkan keupayaan warga asing beli premis di negeri ini terutama di tapak warisan Georgetown," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau mendakwa pihaknya mendapati banyak premis seperti bangunan rumah kedai di sekitar Georgetown telah dijual kepada rakyat asing terutama dari Singapura dan penyewa-penyewa telah diarahkan berpindah dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, kebanyakan penyewa enggan berpindah kerana telah lama menetap di premis berkenaan selain tiada tempat untuk dituju ekoran tidak mampu menyewa rumah lain pada kadar yang rata-ratanya lebih tinggi.

Dalam pada itu, wakil penyewa rumah kedai di Lebuh Katz di sini, Ong Cheong Pin, 54, mendakwa pemilik asal telah mengarahkan lapan penyewanya berpindah selewat-lewatnya Oktober ini kerana telah menjual bangunannya kepada rakyat Singapura.

"Kami dibenarkan tinggal di sini selama enam bulan secara percuma sebelum pindah, tapi kami tak setuju sebab dah lama tinggal di sini, kebanyakan keluarga tinggal di sini lebih tiga generasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong, Lim Swee Bok berkata, kerajaan negeri perlu turun padang dan melihat sendiri situasi itu bagi memastikan warisan negeri terpelihara.  

Beliau berharap agar kerajaan negeri lebih prihatin dan dapat mengambil tindakan untuk memastikan nasib penghuni-penghuni di bangunan warisan itu terbela. - Bernama

Thursday, 28 April 2016

Satu maut, dua bot bertembung di Pulau Perhentian


BESUT 28 April - Seorang pemandu bot maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan bot lain di Pulau Perhentian, di sini malam tadi.

Dalam insiden pukul 11.30 malam itu, mangsa Rawi Ibrahim, 40, terbunuh manakala lima lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun empat bulan terselamat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian, bot yang dinaiki pasangan suami isteri bersama anak mereka itu serta seorang lagi penumpang dan pemandu bot, Mohd Nazmi Daud, 27, dalam perjalanan pulang dari Long Beach menuju ke kampung nelayan.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan bot yang dinaiki mereka bertembung dengan bot yang dipandu oleh Rawi, yang datang dari arah Pulau Perhentian Besar menuju ke Long Beach.

"Ketika kejadian, bot yang dinaiki lima mangsa itu dalam perjalanan menuju ke kampung nelayan untuk menghantar penumpang selepas selesai menikmati makan malam di Long Beach.

"Susulan pelanggaran itu kesemua mangsa tercampak ke dalam laut manakala Rawi hilang. Insiden itu juga telah menyebabkan seorang penumpang, Abdul Mohaimin Zamzuri mengalami kecederaan kecil pada tapak tangan manakala mangsa lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini. 


Mohd Zamri berkata, gerakan mencari serta menyelamat mangsa yang berasal dari Kampung Raja, Besut itu disertai Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mayat Rawi ditemui pukul 10.25 pagi tadi oleh pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari Long Beach, katanya.

Menurut Mohd Zamri, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama. - BERNAMA

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/satu-maut-dua-bot-bertembung-di-pulau-perhentian-1.293698#sthash.cLYnVY3i.dpuf

Tuesday, 26 April 2016

UPSI, Nikon Meterai MoU Kukuh Kerjasama Bidang Fotografi


TANJUNG MALIM, (Bernama) -- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Nikon (Malaysia) Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usaha mengukuhkan kerjasama jaringan industri dalam bidang fotografi.

Majlis pemeteraian dokumen itu diadakan di Atrium, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil, di sini hari ini.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Zakaria Kasa berkata MoU tersebut sebagai mengiktiraf serta meningkatkan hubungan antara universiti itu dengan Nikon dalam bidang fotografi, khususnya dalam bentuk penyelidikan, perkongsian kepakaran, perundingan dan penerbitan.

Beliau berkata UPSI menerusi Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif menawarkan dua program iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengiklanan dan Ijazah Sarjana Muda Animasi.

"Kedua-dua program dibangunkan selaras dengan keperluan pasaran dalam industri kreatif negara yang dilihat semakin rancak berkembang dan maju," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pelajar bagi kedua-dua program itu akan diterapkan dengan asas fotografi yang mampu memperkasa pelajar ke arah menjadi insan kreatif yang peka terhadap perkembangan serta dinamika global.

Sementara itu, Pengarah Nikon (Malaysia) Sdn Bhd David Ng Choon Yiak berkata MoU itu merupakan permulaan kerjasama ke arah melatih pelajar serta pensyarah mengenai aspek teknikal dalam bidang fotografi dan videografi.

Beliau berkata sejajar dengan visi untuk menarik bakat-bakat muda dan menyemai rasa menghargai yang lebih mendalam dalam bidang ini, Nikon bakal mewujudkan Kelab Fotografi dan Videografi Nikon-UPSI untuk kemudahan pelajar serta kakitangan fakulti.

"Melalui kerjasama strategik ini, ia diharap menjadi platform perkongsian ilmu kepakaran antara pihak Nikon dengan pelajar serta tenaga pengajar di UPSI," kata Ng.

-- BERNAMA

Sunday, 13 March 2016

PKR, DAP dan NGO Pro Pembangkang Didesak Dedah Punca Dana.


Penangkini mendapati, sejak semalam terdapat satu petisyen online telah dikemukakan oleh seorang pemilik akaun bernama Susie Soon melalui halaman thepetitionsite.com bagi mendesak PKR, DAP dan beberapa lagi NGO Pro-Pembangkang untuk mendedahkan pemberi dana kepada kesemua entiti itu bagi menunjukkan ketelusan mereka dalam mendesak Perdana Menteri mendedahkan penderma dari Timur Tengah.

Petisyen yang menyasarkan 1000 orang itu dilihat sudah ditandatangani oleh lebih 500 pemilik akaun sehingga artikel ini ditulis. Satu peningkatan yang boleh dikatakan agak drastik kerana dalam tempoh kurang 24 jam, sudah ditandatangani lebih 50 peratus dari sasarannya.

Sekiranya mengikut rekod, PKR dan DAP pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk mendedahkan perkara tersebut melalui artikel yang diterbitkan oleh portal The Rakyat Post dan Free Malaysia Today.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/06/pkr-to-disclose-sources-of-political-funds/

http://www.therakyatpost.com/news/2015/08/03/dap-has-never-opposed-the-disclosure-of-political-funds-says-anthony-loke/

Jadi desakan melalui petisyen ini bukanlah sesuatu yang baru. Ianya sekadar mengulangi kesediaan kedua parti itu untuk mendedahkan sumber dana yang mereka perolehi dari pihak luar.

Sekiranya ada di antara pembaca yang mahu menandatangani petisyen tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan di url http://www.thepetitionsite.com/644/675/208/let-all-opposition-political-parties-bersih-and-suaram-disclose-their-sources-of-fundingdonations/

Friday, 4 March 2016

PERBETULKAN PERSEPSI SALAH MENGENAI NEGARA-PM



Riyadh - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia di luar negara supaya memainkan peranan masing-masing untuk memelihara nama baik Malaysia di mata dunia.

"Anda mewakili Malaysia melalui peranan masing-masing. Anda perlu berkongsi pengetahuan anda tentang Malaysia dan membantu menangkis persepsi salah mengenai negara kita," katanya.

Thursday, 3 March 2016

Tuduhan Menghasut Tiada Tindakan Terhadap Tian Chua


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan yang membebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tiga tahun lepas.

Wednesday, 2 March 2016

Lim Kit Siang tak perlu campuri hal dalaman UMNO


KUALA LUMPUR 1 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai locus standi atau hak untuk mempersoalkan kenyataannya sebelum ini berhubung kewujudan ‘konspirasi peringkat tertinggi’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri Dedah Konspirasi Muhyiddin Yassin, Cubaan Gulingkan PM!! #Video


KUALA LUMPUR : Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disyaki terbabit dalam konspirasi cubaan menggulingkan ketuanya, Datuk Seri Najib Razak kira-kira setahun lalu, dedah anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.


Nazri berkata pertemuan ketika itu antara Muhyiddin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang merupakan Peguam Negara merupakan bukti mereka bekerjasama untuk menyingkir Najib melalui kontroversi 1MDB.

Monday, 29 February 2016

PKR Pulau Pinang Mula Hilang Keyakinan Terhadap Lim Guan Eng? Gantung Banner Bantahan?


Susulan kenyataan media oleh Dato Mansor bin Othman, Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang yang diadakan berhubung sokongan terhadap dua ADUNnya yang mengambil keputusan berkecuali berhubung isu usul menghentikan semua projek penambakan laut di Pulau Pinang sehingga menyebabkan mereka dilucutkan dari jawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam, awal pagi ini responden Penangkini yang berada di Nibong Tebal memaklumkan bahawa terdapat beberapa kain rentang mula dipasang oleh pihak-pihak tertentu dibeberapa lokasi sebagai tanda bantahan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Antara lokasi yang dikenalpasti adalah berhampiran Medan Selera Sejahtera, Jawi dan persimpangan lampu isyarat masuk ke Taman Bukit Panchor.



Tuesday, 16 February 2016

Agenda tersembunyi DAP apabila mahu tawan Sarawak


JAngan mimpilah DAP nak tawan Sarawak...Baik cermin muka dulu lah.SUMBER KLIK SINI