Showing posts with label projek tambak laut pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label projek tambak laut pulau pinang. Show all posts

Tuesday, 21 May 2019

NGO gesa PM campur tangan projek tambak laut Pulau Pinang



Empat puluh lima NGO berkumpul hari ini untuk menyokong petisyen oleh Penang Forum bagi menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membatalkan projek penambakan laut di selatan di negeri itu, yang melibatkan pembinaan tiga pulau buatan.

NGO yang terdiri daripada kumpulan dari Pulau Pinang, Johor dan Melaka serta negeri-negeri lain telah menyaksikan kesan penambakan di pantai-pantai mereka, kata ahli Penang Forum, Khoo Salma Nasution.

Khoo berkata sejak dilancarkan pada 10 Mei, kira-kira 12,000 menandatangani petisyen itu yang mengandungi 20 alasan mengapa projek itu perlu dibatalkan.

"20 alasan termasuk kerugian ditanggung nelayan, impak negatif terhadap alam sekitar, dan beban kewangan yang akhirnya akan disampaikan kepada rakyat, kepada anak-anak dan cucu kita," katanya pada sidang akhbar hari ini yang dihadiri oleh 18 NGO di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri.

Tandatangani petisyen bantahan di sini: https://www.change.org/p/prime-minister-of-mala…/u/24576277…