Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts
Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts

Tuesday, 29 November 2016

Malaysiakini mohon maaf FITNAH Rahman Dahlan

Portal Malaysiakini yang turut dimiliki peneraju revolusi berdarah di seluruh dunia, George Soros, hari ini mengemukakan 'rasa kesal' mereka kerana memanipulasi satu rakaman temuramah hingga menyebabkan seorang menteri menerima penghinaan masyarakat.

Melalui kenyataan lapan perenggan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, portal itu mengakui suntingan dibuat terhadap temuramah dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak disiarkan sepenuhnya.

Ia mengakibatkan menteri itu dihina dan menerima kecaman daripada masyarakat.
Pada 13 Januari 2016, Rahman yang ketika itu adalah menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memfailkan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan wartawannya, Geraldine Tongberhubung artikel dan video yang diterbitkan di laman portal itu.

Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Kota Belud mendakwa artikel serta video yang diterbitkan tanpa kebenarannya itu tidak mencerminkan intipati asal sebaliknya ia disunting seolah-olah plaintif mengarahkan masyarakat di bandar pulang ke kampung.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa pada 6 November 2015, defendan secara semborono dan dengan niat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan
fitnah dan palsu yang merujuk kepadanya, di laman web www.malaysiakini.com yang bertajuk “Minister’s ‘go back to kampung’ notion draws contempt”.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud dirinya tidak mempedulikan kesusahan yang dialami masyarakat berikutan kenaikan kos sara hidup, tidak menggalakkan masyarakat untuk mencari pendapatan di bandar dan tidak sensitif terhadap isu semasa yang memberi kesan kepada masyarakat awam.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, proses mediasi antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Malaysiakini dan wartawan Geraldine Tong ditetapkan 28 November ini.
Peguam K.Shanmuga yang mewakili kedua-dua defendan iaitu Malaysiakini dan Tong ketika dihubungi berkata mahkamah juga menetapkan 29 November ini untuk pengurusan lanjut kes itu.

https://www.malaysiakini.com/news/364459

Wednesday, 11 May 2016

Datuk Abdul Rahman Dahlan Persoal kos kajian kebolehlaksanaan 3 jalan di Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang perlu menjelaskan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan bagi tiga jalan di negeri itu bernilai RM31 juta, sedangkan Projek Terowong Dasar Laut yang lebih sukar dan berisiko pula menelan belanja RM20 juta.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jumlah keseluruhan bagi tiga kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk dan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang berjumlah RM305 juta adalah terlalu mahal.

“Saya sedar kerajaan Pulau Pinang belum menyatakan ia akan melibatkan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan untuk mengurangkan kos dan memastikan ketepatan masa projek itu, yang saya syorkan supaya dipertimbangkan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Abdul Rahman juga mahu tahu mengapa syarikat sama yang diberikan projek itu, turut diberi tanggungjawab melakukan kajian bagi menentukan sama ada projek mereka mampu dilaksanakan atau mesra alam.

“Bukankah ini satu konflik kepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempersoalkan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menetapkan kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang sama dengan kadar di lebuh raya dengan ‘alasan’ tidak mahu operator jambatan itu kerugian.

“Ini tidak boleh diterima kerana kadar tol jambatan kedua ditetapkan berdasarkan operator mengutip bayaran untuk penyelenggaraan dan mendapatkan balik pelaburan mereka bagi pembinaan jambatan itu.

“Bagaimanapun, operator Projek Terowong Pulau Pinang akan mengenakan kadar bayaran yang sama walaupun ia tidak perlu mendapatkan kembali kos pembinaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA