Showing posts with label rapid penang. Show all posts
Showing posts with label rapid penang. Show all posts

Friday, 8 May 2020

#Georgetown Operasi bas Rapid Penang beroperasi penuh

Perkhidmatan Bas Rapid Penang yang kekerapannya dikurangkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, beroperasi sepenuhnya mulai hari ini, kata Ketua Operasi Rapid Bus Sdn Bhd Ahmad Shabuddin Abdullah.


Menurutnya bermula hari ini, semua 240 bas Rapid Penang akan mula beroperasi sepenuhnya di semua laluan, dengan waktu operasi telah ditetapkan antara 5.30 pagi hingga 11 malam setiap hari, selaras dengan Pelaksanaan Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang, yang bermula hari ini sehingga 13 Mei.

“Perkhidmatan bas Rapid Penang akan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) di mana bilangan penumpang dalam sesebuah bas telah dikurangkan, untuk tujuan jarakan sosial. Bas besar dengan panjang 12 meter hanya akan ambil jumlah 23 penumpang manakala bas 10 meter hanya akan muat 19 penumpang,” katanya kepada pemberita, selepas mengadakan tinjauan di terminal bas Rapid Penang di Weld Quay, di sini hari ini.

Tuesday, 10 October 2017

Prasarana umum khidmat RapidFerry bulan depan

SEBERANG PERAI: Prasarana Malaysia Bhd akan mengumumkan secara rasmi pengambilalihan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada November susulan rundingan yang dijalankan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata pengambilalihan itu sedang melalui proses pemindahan pemilikan daripada dua pihak.

“Kami menjangkakan proses itu selesai tidak lama lagi sebelum melancarkan perkhidmatan awalnya yang dikenali sebagai RapidFerry pada November,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai hari ini.

Perkhidmatan feri itu kini diurus oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan diswastakan kepada Seaport Terminal Sdn Bhd, yang melaporkan kerugian tahunan lebih RM21 juta.
Azmi membuat pemeriksaan ke atas perkhidmatan feri itu malam tadi dan berkata secara rasminya, kumpulan itu belum mengambil alih perkhidmatan itu, namun sudah menerima kelulusan daripada kerajaan persekutuan untuk berbuat demikian.


Beliau juga berkata kumpulan itu sudah mula menaik taraf perkhidmatan feri dengan mengkaji bilangan kapal yang beroperasi, keselamatan penumpang dan menaik taraf persekitaran untuk pejalan kaki.

“Kami tidak menunggu, sebaliknya mula menjalankan kerja-kerja asas. Selepas pengumuman pengambilalihan secara rasmi, perkhidmatan feri akan diurus oleh anak syarikat kami, RapidFerry Sdn Bhd,” katanya.

Azmi berkata feri Pulau Pinang merupakan kaedah pengangkutan unik, dan kumpulan itu akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkannya bagi menarik penumpang.
“Ia juga merupakan ikon nasional dengan para pelancong mendapat peluang untuk memperoleh pengalaman menggunakan perkhidmatan itu, dan matlamat utama kami untuk meningkatkan jumlah penumpang,” katanya.

Azmi juga berkata kumpulan itu merancang mengintegrasikan perkhidmatan feri dengan hab pengangkutan Penang Sentral, di samping kereta api dan perkhidmatan bas Rapid untuk mewujudkan persekitaran lebih selesa kepada penumpang.

Feri Pulau Pinang, yang menyediakan perkhidmatan menghubungkan bahagian pulau dari George Town (Pengkalan Raja Tun Uda) ke tanah besar di Butterworth (Pengkalan Sultan Abdul Halim) merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia yang beroperasi sejak 1894.
Sejak 1985, berikutan pembukaan Jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri dilaporkan mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM700 bagi setiap.

Sunday, 15 January 2017

Laluan baru Rapid Penang.



Lepas ni penduduk sekitar Bumbung Lima, Kampung Jambatan Merdeka,Tikam Batu dan Bakar Arang dapat menggunakan laluan 612 ini untuk ke Dato Kailan,Kepala Batas dan Amanjaya Mall,Sungai Petani,Kedah. Jom pakat-pakat naik,start hari Isnin depan