Showing posts with label roger teoh. Show all posts
Showing posts with label roger teoh. Show all posts

Sunday, 18 December 2016

Gesa pelan pengangkutan Pulau Pinang dimuat naik ‘online’


Roger Teoh seorang sarjana bidang pengangkutan menggesa kerajaan Pulau Pinang memuatnaik dalam talian (online) semua dokumen berkaitan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi menggalakkan ketelusan.

Roger Teoh, yang menentang beberapa aspek pelan induk, berkata Pulau Pinang perlu mengambil contoh amalan terbaik kerajaan lain apabila projek awam seperti itu dicadangkan.
Beliau memberi contoh kes tambahan landasan kapal terbang di London, sama dibina di Heathrow atau lapangan terbang Gatwick.

“Dalam usaha menyelesaikan perbahasan sengit ini dan memilih lapangan terbang, laporan penuh kebolehlaksanaannya dijalankan pesuruhjaya bebas.
“Laporan itu kemudian dimuat naik pada domain awam untuk tujuan penelitian dan ketelusan dalam membuat keputusan,” katanya.

Pada masa ini, dokumen berkaitan PTMP disediakan untuk 46 anggota Majlis Pengangkutan Pulau Pinang (PTC) yang menyelia pelaksanaannya.
Bagaimanapun, ahli hanya boleh membaca 20 jilid dokumen pada kemudahan khas. Terdapat juga had masa dan hanya nota tulisan tangan boleh diambil. Tiada nombor telefon atau kamera dibenarkan.

Teoh berkata, beliau meletak jawatan sebagai ahli cawangan DAP Bagan selepas kerajaan Pulau Pinang mengabaikan permintaan beliau agar ketelusan lebih baik mengenai PTMP.
Beliau juga mempersoalkan kriteria membuat keputusan yang digunakan dan menunjukkan kelemahan dalam pelan.

Teoh, yang meneliti trafik 100 bandar menghantar surat kepada media mengenai PTMP, yang membuat pemimpin DAP berasa kesal.


Hari ini, 2 pemimpin DAP Pulau Pinang menggelarnya naif dan berkata pendekatan akademiknya untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang bukan cara menangani isu itu.
Sehubungan itu, Teoh berkata hujah beliau mengenai PTMP adalah berdasarkan fakta dan angka tetapi menerima serangan politik.

Beliau berkata, apabila meminta statistik untuk membuktikan jalan raya adalah pilihan paling sesuai untuk jangka masa panjang, beliau dikritik.
“Adalah malang bekas rakan saya menggunakan serangan peribadi untuk mengalihkan daripada isu ketelusan yang saya kemukakan,” kata Teoh.

Beliau berkata serangan berterusan yang diterima membuktikan kerajaan Pulau Pinang tidak mendengar suara ahli akademik dan kumpulan sivil.
“Kami mempunyai pembangkang mengadu mengenai Parlimen Malaysia menjadi institusi ‘rubber stamp’..

“Bagaimana ia berbeza dengan kerajaan Pulau Pinang, apabila ahli NGO dalam PTC tidak diberi jawapan memuaskan bagi kebimbangan yang mereka bangkitkan?
“Contoh jelas – apakah Dr Lim Mah Hui (ahli majlis bandaran) mengambil jalan keluar dengan menghantar surat terus kepada Unesco jika kebimbangan beliau ditangani secara dalaman oleh PTC?” kata Teoh.

PTC, sebuah badan kerajaan Pulau Pinang, menyelia pelaksanaan PTMP.
Teoh adalah sarjana di Kolej Imperial, London, dan sedang menyiapkan PhD dalam bidang pengajian pengangkutan sana.