Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Wednesday, 5 July 2017

Siti Kini Bergelar Pembaca Berita RTM?


KECOH pengguna media sosial tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan beralih arah kepada bidang baharu pula iaitu sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen.
Rupa-rupanya ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Normazalina Mohd. Nor, yang menjadi penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM.
Ramai malahan mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan wanita itu mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita jam 8 malam menjadi tular menerusi laman sosial sejak minggu lalu.
Normazalina, 33, atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia bahkan terkejut apabila menerima komen dan reaksi ramai netizen tempatan yang menegur wajahnya memang seakan-akan penyanyi tersohor tersebut.
“Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini jadi viral (tular) dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza. Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja.
“Maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti (nama mesra Siti Nurhaliza), itu yang nampak seiras,” ujarnya kepada mStar Online.
Siti Kini Bergelar Pembaca Berita RTM?
Tambah Normazalina, perkara tersebut mula menjadi tular selepas wajahnya menjadi perhatian peminat-peminat penyanyi itu baru-baru ini. Namun dia tidak pernah berpeluang bertemu penyanyi berkenaan secara dekat.
“Perkara ini pada awalnya hanya mencetuskan minat daripada peminat-peminat Siti Nurhaliza sendiri yang mungkin teruja menganggap wajah kami berdua sebagai seiras setelah saya muncul membaca berita.
“Sehingga kini saya memang ada hajat nak jumpa Siti tapi tidak berpeluang lagi walaupun beliau selalu sahaja datang ke RTM,” ujarnya yang turut terkejut apabila ramai menyangka dia ialah kembar Siti Nurhaliza.
Sementara itu, Normazalina berkata, dia hanya memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 sebelum diberi peluang untuk membaca pelbagai slot berita di RTM pada 2010 lalu.
Kemudian, dia berhenti bekerja daripada agensi media awam tersebut untuk berkhidmat pula sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bermula pada 2013.
“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM pada hujung minggu,” ujarnya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Thursday, 1 June 2017

Surat terbuka kepada Siti Nurhaliza yang lupa diri

Mungkin Siti terlupa..

Masa zaman mudanya dulu..yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad..setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih..selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kg..terpaksa naik turun tangga kuarters..hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.

Barangkali Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah bapanya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepada ibunya..adakah ketika itu orang2 miskin yg berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?
Mungkin Siti akan bagitau yg ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih..waktu itu belum ada GST..tetapi Siti mungkin taktau yg jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu..bahan2 untuk membuat kuih seperti tepung gandum,gula,garam,minyak masak,telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.

Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1..ketika itu Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya..walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.

Sekarang ini..Siti sudah kaya..bukan sekadar kaya tapi sudah jutawan. Ditambah pula dapat suami yg juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yg zalim yg mesti didoakan agar tumbang?

Adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah bapa Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM - PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim?

SUMBER