Showing posts with label sukan SEA. Show all posts
Showing posts with label sukan SEA. Show all posts

Tuesday, 29 August 2017

Kecemerlangan Sukan SEA ubah 'mood' Malaysia




KUALA LUMPUR 29 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kecemerlangan kontinjen kebangsaan pada Sukan SEA 2017 telah mengubah 'mood' negara ini.

Perdana Menteri berkata, seluruh rakyat kini sangat teruja dengan kejayaan kontinjen negara di temasya dwi tahunan itu.

"Saya berjumpa ramai juga orang sepanjang Sukan SEA ini, tak ada seorang pun yang tak menyatakan sesuatu yang positif dan memuji peranan serta kejayaan kontinjen Malaysia. Jadi, saudara saudari sekalian telah mengubah 'mood' negara kita.

"Boleh dikatakan tanpa mengira latar belakang, keturunan, agama, budaya warna kulit, semua rakyat Malaysia begitu teruja dengan kejayaan kontinjen Sukan SEA kita," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada warga sukan berhubung kejayaan kontinjen negara mencapai sasaran 111 pingat emas di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi. - UTUSAN ONLINE



Saturday, 19 August 2017

Perenang Singapura buat kenyataan ‘mengajar Malaysia’ mohon maaf

Pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling memohon maaf atas kenyataannya ‘mengajar Malaysia 1 atau 2 perkara’ menjelang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.

Perenang sensasi Singapura berusia 22 tahun itu membuat kenyataan tersebut ketika pulang ke Singapura selepas beraksi pada Kejohanan Dunia di Budapest baru-baru ini, yang mencetuskan respons negatif daripada netizen di Malaysia dan Singapura.

“Kata-kata itu pasti diambil di luar konteks dan saya di sini untuk menyertai acara renang dan jika saya pernah menyinggung sesiapa pun, saya memohon maaf kerana itu bukan niat saya,” katanya ketika ditemui pemberita.


“Apa yang penting, skuad renang selamat tiba di sini dan kami sudah bersedia. Malah saya akan melakukan yang terbaik untuk Singapura,” katanya yang mengecewakan perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps untuk menang emas acara 100m kuak kupu-kupu di Rio tahun lepas.

Ketibaan Schooling turut disambut oleh ibunya, May Schooling, yang kini menetap di Ipoh, Perak.
Schooling dijangka membuka kempen dalam acara 50m di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Isnin ini.

Pada edisi lepas di laman sendiri, 2 tahun lalu, Schooling menghadiahkan 9 emas untuk negara kelahirannya Singapura dan pemenang emas Olimpik pertama buat negara republik itu.