Showing posts with label sukan olimpik rio. Show all posts
Showing posts with label sukan olimpik rio. Show all posts

Thursday, 25 August 2016

MUNGKINKAH ANWAR DAN MAHATHIR AKAN BERGABUNG?


Ketika pakatan harapan sedang bergolak dengan parti gabungannya masing-masing berdepan dengan konflik dalaman, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil kesempatan dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi).

Melalui Pribumi, Mahathir memberi amaran, pakatan pembangkang akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika mereka tidak bersatu dan menerima Pribumi untuk bergabung menjadi satu komponen parti pembangkang.

Namun persoalan yang tercetus ialah sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bergabung dengan Mahathir, selepas apa yang berlaku kepadanya selama ini?

Pada tahun 1998, Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat dan penyalahgunaan kuasa. Anwar mendakwa tuduhan tersebut telah direka oleh bekas Perdana Menteri itu.

Sejak itu kedua-duanya saling memburukkan satu sama lain. Mereka menggelar satu sama lain sebagai peliwat dan diktator serta tidak bermoral.

Berdasarkan keadaan itu, mampukah Anwar atau Mahathir menjilat kembali apa yang mereka katakan, kutuk, sindir dan serang-menyerang antara satu sama lain selama ini?

Bagaimana dengan penyokong Anwar pula?

Mereka pernah dipukul dan ditahan ketika reformasi pada era pemerintahan Mahathir. Ada antara penyokongnya yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem tahanan Kamunting disebabkan mereka menentang Mahathir.

Mereka juga pastinya tidak akan melupakan apa yang Mahathir lakukan? Seperti kata Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum ini, Anwar lebih tahu isi perut Mahathir. Jika PKR memberikan sokongan kepada Pribumi maka ia akan menjadi beban kepada PKR sendiri.-tv14

Friday, 12 August 2016

Kenapa Air Kolam Renang Olimpik Rio 2016 Tukar Warna Dari Biru Jadi Hijau?

Apa sebenarnya yang terjadi? Kan semua itu merupakan kolam renang? Tapi kenapa air kolam sebelah berwarna biru, dan sebelah satu lagi pula berwarna hijau?

Kejadian pelik itu turut menarik perhatian perenang hebat dari Britain, Tom Daley, beliau memberi komen yang sinis di akaun twitternya selepas berlangsungnya acara terjun 10 meter platform seirama wanita.




Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk pagi kelmarin. Sememangnya berita itu amat menggembirakan seluruh rakyat Malaysia. 

Sementara itu, pingat emas menjadi milik peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia dan gangsa dimenangi gandingan dari Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion.

Tunggu dulu, selain keputusan yang membanggakan negara, berlakunya satu perihal yang menggemparkan di Pusat Akuatik Maria Lenk ketika itu.


Selepas pertandingan, menurut jurucakap Persekutuan Renang Antarabangsa, Pedro Adrega, mungkin terdapat peserta yang memohon untuk mengubah warna air kolam di Pusat Akuatik ini, bagi mengurangkan pantulan cahaya matahari. Namun, kenyataan sedemikian dianggap tidak munasabah. 

Sehubungan itu, jurucakap penganjur turut tampil memberi penjelasan, dengan mengatakan berkemungkinan akibat cuaca panas dan tiada angin, menyebabkan rumpai laut membiak di dalam kolam, namun ianya tidak membahayakan kesihatan para atlet. 

Kenyataan tersebut disifatkan lebih munasabah, Tetapi jurucakap penganjur turut bergurau dan berkata, jika air kolam itu berubah dari hijau menjadi kuning, ianya akan menjadi warna rasmi bendera Brazil. 

Walau bagaimana pun, jawatankuasa Olimpik Rio 2016 mengeluarkan kenyataan bersama bahawa kualiti air di kolam itu telah pun diuji dan disahkan ianya selamat digunakan.

Manakala, persoalan kenapa kolam air berubah dari biru menjadi hijau, perkara tersebut masih dalam siasatan. 

Boleh dikatakan olimpik Rio 2016 kali ini banyak betul masalah yang berlaku.