Showing posts with label tabung haji. Show all posts
Showing posts with label tabung haji. Show all posts

Monday, 24 July 2017

TABUNG HAJI PERTINGKAT SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT

MADINAH – Tabung Haji (TH) menambah baik sistem teknologi maklumat (IT) agensi berkenaan bagi memastikan kelancaran operasi jemaah haji Malaysia untuk musim haji 1438 Hijrah.

Pengarah Operasi IT 1438 Hijrah, Zaaba Arpan berkata agensi berkenaan telah menaik taraf rangkaian komunikasi bagi musim haji tahun ini dengan menggunakan tiga pengendali telekomunikasi Arab Saudi – STC, Mobily dan Zain.

“Buat pertama kali, kita juga menggunakan gentian optik di ibu pejabat TH di Makkah semasa musim haji tahun ini. Pada tahun lepas, kita menggunakan talian digital ADSL. Ini akan meningkatkan keseluruhan kualiti rangkaian komunikasi,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Dari segi perkakasan, beliau berkata pihaknya akan menggunakan 800 peralatan, termasuk 70 komputer riba baharu bagi menyokong pelbagai perkhidmatan yang disediakan TH kepada jemaah haji Malaysia dalam menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Katanya TH juga menambah baik beberapa aplikasi sedia ada, antaranya perkhidmatan pengeluaran wang oleh jemaah haji dengan menggunakan cap jari, mengemas kini data terkini untuk disalurkan kepada ibu pejabat TH di Kuala Lumpur, dan keseluruhan sistem operasi haji.

Beliau berkata cabaran utama di Arab Saudi adalah rangkaian internet, terutama menjelang  Hari Wukuf.

”Kita akan cuba meminimumkan risiko dengan menggunakan ketiga-tiga pengendali telekomunikasi Arab Saudi. Tiada masalah besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan kita akan menguji sistem berkenaan seminggu sebelum Wukuf,” kata Zaaba.

Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf adalah kemuncak ibadah haji,

Zaaba berkata pasukan teknikal TH telah menguji semua aplikasi utama operasi haji bermula awal tahun ini, dan tiba di Arab Saudi sejak 13 Julai untuk memasang sistem berkenaan di kesemua pejabat agensi berkenaan dan hotel-hotel penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah dan Madinah.

“Berikutan pertambahan kuota tahun ini kepada 30,200 jemah haji dari Malaysia, kita mendapati peningkatan sebanyak 35 peratus terhadap keperluan IT,” katanya.

Beliau berkata 17 kakitangan IT akan bertugas semasa musim haji tahun ini, melibatkan dua orang di Madinah dan seorang di Jeddah, manakala selebihnya di Makkah. – BERNAMA

Friday, 14 July 2017

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Bersempena Operasi Haji 1438H



Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin bersempena Operasi Haji 1438H. Dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi , ALP & Petugas TH.
                                 
13 Julai 2017 | Khamis
Masjid TH Hotel, Kelana Jaya







Tuesday, 11 July 2017

Tabung Haji Serah Katil Elektrik Untuk Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) Kuala Kubu Bharu




Kuala Kubu Bharu, Selangor:  11 Julai 2017, Lembaga Tabung Haji hari ini telah menghulurkan sumbangan berbentuk dua buah katil hospital elektrik bernilai RM8,904.00 kepada Rumah Ehsan Warga Emas (REWS) bagi membantu meringankan beban keperluan pembelian peralatan penghuni rumah ehsan tersebut.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

TH turut menyerahkan sumbangan hamper berupa makanan kesihatan kepada 116 orang penghuni REWS yang terdiri daripada warga emas yang menghidap penyakit nyanyuk dan lumpuh.

Program Alfiat adalah salah satu daripada cabang program Tanggungjawab Sosial Korporat TH (CSR) merupakan program bantuan kesihatan khusus membantu dan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang menghidapi masalah kesihatan kritikal yang memerlukan alat bantuan sokongan.

Turut hadir sama di majlis tersebut ialah YB Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Encik Samri Sanuddin, Pengerusi Lembaga Pelawat REWS, Hajah Mariani Mohamed Saad, Pengetua Rumah Ehsan Warga Emas serta barisan pengurusan kanan dan anggota TH.










Monday, 6 February 2017

Dekat mana Tabung Haji laburkan RM60 bilion duit kita?


“Eh, berapa ramai agaknya yang dah buka akaun dekat Tabung Haji?”
“Setakat 2015, jumlah pendeposit dalam 8.8 juta orang je…jumlah simpanan dah mencecah RM62 bilion!”
RM62 bilion? Wow, dekat manalah agaknya Tabung Haji laburkan duit kita tu ye?
Kita semua tahu Tabung Haji (TH) isytihar dividen 5% tahun 2015.
Berapa pula agaknya dividen tahun 2016 nanti?
Kemaskini : Tabung Haji telah isytiharkan dividen 4.25% dan tambahan bonus haji sebanyak 1.5% kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016.
Sikit atau banyak dividen yang bakal kita terima bergantung kepada keuntungan bersih yang bakal dibuat oleh Tabung Haji (lepas tolak belanja pentadbiran, operasi, cukai dan sebagainya)
Boleh rujuk prestasi Tabung Haji semasa tahun 2015 berdasarkan gambarajah di bawah:
Dividen tabung haji
Kalau nak tahu, Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.
Jika di pasaran saham Bursa Malaysia, ini merupakan senarai pelaburan mereka bagi 20 syarikat teratas :
SyarikatJumlah Pegangan (%)Nilai Saham sehingga Nov 2016 (RM juta)
TH Plantation73.83172.38
Theta Edge68.75.87
BIMB Holdings53.36859.42
TH Heavy Engineering29.8111.93
Pelikan International Corp28.6633.86
Brahim’s Holding Bhd19.287.91
Southern Acids Malaysia Bhd13.0517.77
Integrated Logistics Bhd11.924.19
Cahya Mata Sarawak Bhd11.81113.24
Yi-lai Bhd10.773.33
Naim Holdings10.488.57
Glomac Bhd10.2913.64
Al-‘Aqar Healthcare REIT10.1627.13
WCT Holdings Bhd10.1554.66
Malakoff Corp Bhd10.15173.85
Alam Maritim Resources10.134.9
MCT Bhd10.0834.28
Mudajaya Group Bhd1012.31
Progressive Impact Corp9.892.17
Petra Energy Bhd9.887.32
“Owh, baru tahu Tabung Haji melabur dalam saham syarikat tu rupanya..”
Ya, kita sebagai rakyat biasa juga boleh jual beli saham yang tersenarai di atas tu dan buat untung. Janji ada akaun CDS. Boleh baca di sini jika berminat.
Bila dah pandai jual beli saham nanti nak dapat pulangan 30% sebulan (bukan setahun ya) pun boleh. baca lagi tentang pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia di sini.
“Eh, kenapa Tabung Haji beli saham syarikat tu ek?
Soalan ini kena tanya panel pelaburan Tabung Haji.
Oh ya, kalau dengar ura-ura berita kata Tabung Haji ‘rugi’ tu maknanya mesti ada harga saham pegangan mereka yang jatuh.
Sebenarnya ia merupakan pelaburan yang belum dire­alisasi dan tidak boleh dianggap kerugian selagi penjualan belum dilaksanakan.
Maknanya selagi Tabung Haji tidak menjual saham yang dikatakan rugi ini, kita tidak boleh anggap­nya sebagai kerugian.
Walau apa pun, tahniah sebab sekarang anda dah tahu Tabung Haji melabur di mana.

Friday, 3 February 2017

Tabung Haji Umum Hibah Pendeposit


Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pengagihan RM2.88 bilion sebagai hibah kepada pendepositnya.
Dengan jumlah itu, Kadar Hibah bagi Tahun Kewangan 2016 adalah sebanyak 4.25% yang akan memberi manfaat kepada keseluruhan 9.1 juta pendeposit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Tabung Haji juga turut memberikan Tambahan Hibah Haji sebanyak 1.50% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji meliputi 8.5 juta akaun pendeposit.
Hibah yang diumumkan telah mengambilkira 2.5% bayaran Zakat Perniagaan TH 2016 sebanyak RM60.3 juta.

Monday, 14 November 2016

Tabung Haji: Keyakinan pencarum semakin pulih

Keyakinan pencarum terhadap Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini semakin pulih apabila agensi itu mencatat jumlah penyimpan yang semakin bertambah dengan jumlah simpanan yang lebih besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, berdasar perkembangan positif itu, beliau berharap tiada lagi tohmahan yang dilemparkan terhadap Tabung Haji ketika agensi tersebut sedang meraih kepercayaan terutama dalam kalangan penyimpan beragama Islam.

“Saya faham kita perlu sensitif tetapi kerajaan juga amat sensitif menjaga Tabung Haji kerana ini satu-satunya institusi konglomerat besar yang dimiliki 100 peratus oleh orang Islam, jadi tolong jangan menyerang tanpa bukti dan sebagainya.

“Kami tak mahu dalam keadaan (sedang) pulih ini ada ‘racun-racun’ yang ditabur yang menyebabkan proses pemulihan itu tidak berjalan lancar,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia yang dianjurkan UMNO bahagian Rantau Panjang dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan Tabung Haji bakal mengalami kerugian dan boleh menyebabkan agensi itu muflis, sehingga ramai pencarum hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.

Jamil Khir berkata, Tabung Haji mendapat jaminan kerajaan, justeru sebarang urusan perniagaan perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan bagi mengelak agensi itu melakukan perniagaan yang berisiko tinggi.

Beliau berkata, Tabung Haji juga perlu melalui proses audit tahunan yang ketat yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara sebelum agensi itu boleh membuat pengumuman dividen dan bonus kepada pencarumnya.

“Kami tak boleh belanja sewenang-wenangnya kerana jaminan kerajaan tak akan diberikan kalau kita belanja dengan keadaan tak betul, maka sebab itu Jabatan Audit Negara datang untuk audit kewangan Tabung Haji dan sebagainya.

“Jadi jaminan inilah yang kita gunakan untuk bergerak dan menjalankan perniagaan, selain wang caruman juga turut digunakan untuk melabur dalam komoditi sebelum ia menjadi pulangan dalam bentuk bonus dan dividen kepada pencarum,” katanya. – Bernama