Showing posts with label tan seng giaw. Show all posts
Showing posts with label tan seng giaw. Show all posts

Monday, 1 January 2018

Giliran Tan Seng Giaw disingkir dari kubu DAP di Kepong?

Sama seperti Kubang Pasu untuk Tun Dr Mahathir Mohamad, nama Dr Tan Seng Giaw sukar dipisahkan daripada Kepong, kerusi Parlimen yang diwakilinya sejak 4 dekad lalu, walaupun sebelum beliau menyertai DAP.

Di dalam DAP, Dr Tan terkenal dengan kelantangannya terhadap pemimpin parti, termasuk Lim Kit Siang.

Jun lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuat pendedahan mengejutkan mengenai Dr Tan tidak menghubungi pemimpin parti sejak awal tahun ini.

Ia selepas kenyataannya mengkritik kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP kerana mengabaikan isu alam sekitar dalam meluluskan projek pembangunan.

Kini, timbul desas-desus Dr Tan tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Kepong, di mana orang dalam DAP berkata, kemungkinan wujud muka baharu sejak PRU13.

Sumber dalaman DAP berkata, Dr Tan hanya dicalonkan di Kepong pada saat-saat akhir PRU13, di mana wakil rakyat berusia 75 tahun itu berjaya meraih majoriti terbesar di kerusi majoriti pengundi Cina itu, sejak kemenangan pertamanya pada 1978.

Ada spekulasi mengatakan zaman Dr Tan sudah berakhir dan beliau akan digantikan bekas exco Selangor, Ronnie Liu atau Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.

Liu antara mereka yang dipilih semula menganggotai badan pembuat keputusan tertinggi DAP, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), dengan undi ke-17 terbanyak.


Ong yang juga ahli Parlimen Serdang pula disebut-sebut akan menggantikan Tan di Kepong pada PRU13 lalu.

Seorang sumber memberitahu FMT, Ong berkemungkinan besar diturunkan di Kepong.

“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya meneruskan syor persempadanan semula, kerusi Serdang mungkin dinamakan Bangi dan menjadi kawasan majoriti pengundi Melayu. Disebabkan itu, Ong mungkin berpindah ke Kepong,” kata sumber itu.

Tetapi, DAP mungkin menggunakan peluang ini untuk membuktikan kepada pengundi Melayu yang mereka bukan parti berpusatkan orang Cina.

Nama yang kerap timbul ialah Datuk Zaid Ibrahim, ahli politik bukan ortodoks yang menarik hati pengundi bandar.

“Zaid mungkin diturunkan di kerusi itu untuk meningkatkan kedudukan DAP sebagai parti berbilang kaum. Beliau dilihat sebagai umat Islam yang lantang bersuara dan sederhana serta sering memperjuangkan hak orang bukan Islam,” kata sumber itu.

Bekas menteri itu menyertai DAP Februari lalu dan menyuarakan kesediaannya bertanding di kubu kuat Umno di Johor Bahru, atau di Kota Bharu yang pernah dimenanginya ketika bersama BN.

Zaid memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu di bawah tiket BN pada PRU 2004 dan dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2008, sebelum beliau meletak jawatan pada 2009 untuk menyertai PKR.

Beliau kemudiannya meninggalkan PKR pada 2010 untuk menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada Januari 2011, sebelum meletak jawatan pada 2012.

Friday, 23 June 2017

Dr Tan Seng Giaw Bidas Guan Eng kononya beliau sukar dihubungi

 “Susah sangatkah untuk menghubungi saya?”.

Itu adalah soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, yang diberitahu bahawa terdapat laporan berita yang mengatakan beliau tidak dapat dihubungi.


“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya. Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” 

Dr Tan berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Tan tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara itu diberitahu Lim semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Dr Tan yang berkata Balik Pulau kini kekurangan kawasan hijau.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja,” tulisnya.

Lim tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Tuesday, 20 June 2017

Vateran DAP,Tan Seng Giaw Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Pulau Pinang


Bukan kita yang kata tetapi Veteran DAP Tan Seng Giaw berkata. Dua kali – dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Tiada jumlah propaganda DAP yang boleh menutupi penilaian realiti sebenar ke atas Pulau Pinang oleh pemimpin lama parti DAP.
“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja. Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan.”
“Going round Penang Island to day, we find the coast is changing and Balik Pulau is less green. The population of 850,000 require houses and employment. The priority is to preserve the forest and the green.”
Ini dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Kepong itu melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau menulis 4 perkara ditulis tentang apa yang hilang di Pulau Pinang:
Pertama adalah keadaan pantai yang berubah.
Kedua adalah kehijauan di Balik Pulau.
Ketiga adalah populasi penduduk berjumlah 850,000 yang memerlukan rumah.
Keempat adalah peluang pekerjaan.

Kredit : Wakeup Malaya