Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Saturday, 11 February 2017

Telegram Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Android Wear 2.0

Google pada minggu ini secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi jam tangan pintar mereka yang terbaru, iaitu Android Wear 2.0. Selari dengannya, pelbagai aplikasi baru diperkenalkan, dan kini pihak Telegram yang terkenal dengan penawaran aplikasi permesejan mereka turut melancarkan aplikasi untuk Android Wear 2.0.
Telegram Android Wear
Melalui aplikasi untuk skrin jam tangan pintar ini, ia membolehkan pengguna untuk melihat senarai mesej yang diterima, dan membalas dengan serta merta sama ada melalui teks, emoji, atau suara.
Sama seperti versi untuk desktop, Telegram menawarkan sokongan tema untuk aplikasi Android Wear mereka, membolehkan pengguna mengubah paparan mengikut apa yang selesa dengan mereka.
Telegram untuk Android Wear 2.0 boleh dimuat-turun melalui Google Play Store. Sekiranya anda mempunyai peranti menjalankan Android Wear 2.0, anda hanya perlu membuat carian Telegram dan memasangnya dari sana.

Friday, 10 February 2017

Facebook Kini Memaparkan Info Cuaca Penuh Pada Aplikasi Mudah-Alih

Facebook telah sedia memaparkan ucapan bersama-sama dengan info cuaca pada News Feed sejak beberapa bulan lepas, dan kini mereka telah menambah sebuah tab khusus pada aplikasi mudah-alih mereka, memaparkan info khusus berkenaan dengan cuaca.
Facebook Weather
Facebook menarik data daripada Weather.com untuk tujuan berkenaan, dan mereka memaparkan info cuaca mengikut masa pada sesuatu hari, selain turut memaparkan ramalan untuk beberapa hari akan datang.
Facebook dikatakan akan turut menawarkan fungsi notifikasi berkenaan cuaca melalui aplikasi mudah-alih mereka tidak lama lagi.
Bagi anda yang ingin menyemak fungsi ini, hanya perlu ke halaman menu di Facebook pada Android atau iOS, dan seterusnya melihat pada bahagian aplikasi dibawah pilihan “See All”.