Showing posts with label terkni. Show all posts
Showing posts with label terkni. Show all posts

Saturday, 26 May 2018

Selusuri Jambatan Pulau Pinang dengan Penang Hop-0n Hop off City Tour



Bagi mereka yang ingin mencuba sedikit kelainan dengan melihat panorama menarik sekitar Pulau Pinang, anda boleh mencuba menggunakan khidmat terbaru daripada Perkhidmatan Penang Hop-0n Hop off City Tour.

Kini, paling seronoknya anda boleh menyelusuri jambatan terpanjang di Asia Tenggara (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)  Pergi guna Jambatan Pulau Pinang, balik guna Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah sambil menikmati pemandangan 360 darjah di atas bas tidak berbumbung.

Perjalanan bermula dri 10pagi hingga 2petang dan singgah sebentar di Design Village Outlet selama 1 jam. Hanya pada setiap hari sabtu dan ahad dengan harga RM50 seorg.

Layari Laman Sesawang <<Klik Sini>> Untuk Membeli tiket di atas talian.









Tuesday, 26 December 2017

Dasar kerajaan Sekarang tidak Memberi Kesan Negatif kepada Kaum Bukan Melayu

By TAY TIAN YAN

Sin Chew Daily

INTO THE FINAL month of the year, all the people around me have suddenly vanished: fewer colleagues showing up at work and badminton buddies are nowhere in sight.

They’ve all gone overseas!

Many of my friends and relatives have major annual trips each year to exotic places at far ends of this planet, like Europe, America, the Northern Lights in Iceland or Machu Picchu, not to mention quarterly short-haul trips to regional destinations, China, Australia or Japan.

Malaysian Chinese are among the most seasoned travelers around, probably second only to Singaporeans and Hong Kongers.

Many may argue that Westerners travel a lot, but let me tell you they fall far behind us.

Statistics show that only about a third of Americans hold valid international passports. In other words, almost two-thirds of Americans have never set their feet on foreign lands, and for those who have, Canada and Mexico are perhaps their only oversea destinations.

It is therefore natural that many Americans have not heard of Malaysia. Since they don’t travel overseas, their lack of geographical knowledge is easily understandable.

I have no idea whether Malaysians’ passion for traveling has anything to do with our culture or genetic make-up. But one thing for sure, it has something to do with money!

You can’t travel without money. Can you?

Of course, some may argue that traveling is very much in the blood of many, with or without money. This I can understand, especially for our youngsters.

The question is, you’ve got to address your fundamental needs first before you have the extra cash for air tickets, accommodation and a taste of exotic culture.

Our generous travel-related spending doesn’t seem to match our endless complaints of skyrocketing fuel and goods prices.

When the petrol price surged by seven cents last month, a friend started to hurl curses as if these seven cents had made his life all the more miserable. The thing is, he had just booked a Greece & Turkey tour for his whole family, and the RM10k bill appeared to be peanuts to him.

Some politicians swore that the Malaysian economy would go bust, and many opted to believe without recognizing the reality of the country’s 6.2% Q3 GDP expansion, 7.2% private consumption growth and foreign reserves enough to support 7.5 months of imports.

Many have overinterpreted the withdrawal of a Hong Kong dim sum shop and a Korean cosmetic company from the Malaysian market, claiming that doom is around the corner, without seeing new shops springing up like mushrooms after the rain.

ECONOMY IS A scientific and professional field that must never be distorted by an individual’s personal feelings or liking

Sure enough there are still poor people in this country, and problems still abound in our economy. We need time to overcome these problems. In the meantime, there are undeniably many who are doing really very well.

I’m neither an optimist nor a naysayer, but to get an accurate picture of the country’s state of economy, we need to first deliver ourselves out of our partisan prejudices. We must look at this more impartially and professionally.

We need to look at the numbers and mid- to long-term prospects to judge whether the national economy is doing okay. Many have simply been blinded by the superficial picture that catches their eyes and have neglected the actual aspects of the economy.

We always grumble that we never earn enough to make ends meet. This problem is not new, and has been in existence for thousands of years, right since money first came into being.

We don’t have enough money because our expectations from life have been rising.

We are no longer contented with a modest cup of RM1.30 Hainanese coffee but a RM13 gourmet brew. We don’t go for neighborhood food stall for dinner any more, but posh seafood restaurant. The year-end family trip is not to Cameron Highlands but snowy Hokkaido, and our first car is not a Proton but a Honda.

The more we expect from life, the more cash we would need to get ourselves satisfied. This, nevertheless, is not a bad thing but a positive force to move the human race forward.

Another important point: As our society keeps changing, so does our economy.

Some of our malls are empty, not because the economy is bad but because we simply have too many malls around, not to mention online shopping popular among the young that makes physical shops almost redundant at times.

Some businesses are not doing well not because consumption is weak, but because of a shift in consumerism pattern. Some of the shops are still operating in the old-fashioned ways of the last century, rarely appealing to our fashion-conscious millennials today.

Many furniture manufacturers grumble about poor business, but on the opening day of Ikea Tebrau, shoppers queued up outside for hours before daybreak just to get into the massive furniture mall. They did this willingly because they wanted something fashionable, of superior quality and returnable.

Some say the automobile industry is depressed, but Perodua’s new Myvi is selling over 20,000 units in the first month.

The question is not whether the economy is good or bad, but with what attitude we see our economy, what kind of life we are looking for, and whether we are resolved enough to create more wealth and opportunities for ourselves.

Friday, 9 December 2016

Saintis Ukraine cipta bateri tahan 12 tahun


KIEV: Seorang saintis Ukraine mendakwa berjaya mencipta bateri yang mampu bertahan selama 12 tahun untuk digunakan sama ada pada telefon pintar atau kereta tanpa perlu dicas semula.

Vladislav Kiselev, seorang pakar di Institut Petrokimia dan Bio-organik Kimia di sini dan profesor di Akademi Sains Kebangsaan, mendedahkan prototaip bateri tersebut semasa menyertai Cabaran Sikorsky baru-baru ini.

Cabaran itu merupakan kejohanan bertaraf dunia yang menampilkan kehebatan saintis untuk mempamerkan hasil ciptaan mereka.

Bateri ciptaan Kiselev berbentuk seperti kotak mancis dan tampak kurang meyakinkan tetapi saintis itu mendakwa alat itu mampu menjana peralatan elektrik selama setahun dan empat bulan tanpa perlu dicas.

Malah bateri itu mampu terus bertahan selama 11 tahun lagi jika dibiarkan begitu sahaja.

Kiselev mendedahkan, baterinya itu menghasilkan tenaga berbanding bateri biasa yang dicipta untuk menyimpan tenaga.

Menurutnya lagi, beliau mampu berbuat demikian kerana menggunakan bahan tritium yang mampu mengeluarkan elektron, selain menambah sel elektrokimia untuk membuatkan bateri itu 1,000 kali lebih berkuasa.



"Saya percaya bahan tritium merupakan bahan tenaga masa depan dan 11 negara maju sedang merancang membina reaktor tenaga antarabangsa dengan menggunakan bahan yang sama.

"Pembinaan reaktor tersebut akan menelan kos berpuluh bilion dolar tetapi bateri yang saya hasilkan lebih murah dan mampu bertahan sehingga 12 tahun," katanya.

http://www.mstar.com.my/berita/berit…ri-tahan-lama/

Thursday, 12 May 2016

“Ahli Umno Bukan Binatang Makan Dedak, Kami Hamba Allah” – Badruddin


JIKA dilihat di media sosial, tidak terlepas daripada kita untuk melihat bagaimana parti pembangkang memviralkan pelbagai jenis dakyah dan fitnah keatas parti Umno.

Malangnya, segala fitnah yang dilontarkan itu telah menyebabkan rakyat percaya dan akibatnya mereka bertindak membenci yang dianaiya.

Mengulas mengenai perkara itu, Tan Sri Badruddin Amiruldin selaku Pengerusi Tetap Umno menganggap ia sesuatu yang tidak berasas untuk dijawab.

“Tohmahan yang di lontarkan pembangkang adalah tak berasas. Buat apa nak jawab,” katanya semasa di tanya dalam rancangan Dialog Tv1.

Beliau juga menyingkap kembali perjuangan parti keramat Umno yang telah menjangkau usia 70 tahun.

“Besarnya perjuangan Umno adalah mengagalkan Malayan Union,” tambahnya.

Atas jasa perjuangan inilah kata Badruddin, Umno harus dipertahankan khususnya dari golongan anak-anak muda.

Selain daripada mengagalkan Malayan Union, Umno juga telah banyak berjasa kepada rakyat negara ini.

Dengan kepimpinan berwibawa daripada Umno, maka transformasi pendidikan diwujudkan demi memastikan rakyat berjaya memajukan diri mereka masing-masing.

Bukan hanya itu, banyak lagi transformasi dan agenda kerajaan pimpinan Umno telah disediakan untuk rakyat sejak dari merdeka lagi.

Lebih menarik ketika ditemuramah dalam rancangan tersebut, Pengerusi Tetap Umno itu turut menyebut mengenai ‘pemakan dedak’ yang dituduh oleh sesetengah bekas pemimpin parti kepada pejuang parti sekarang ini.

“Kami bukan menatang (binatang) makan dedak, kami hamba Allah,” tegas Badruddin yang dilihat agak serius mengenai perkara ini.

Namun demikian, beliau tidak mahu mendedahkan nama bekas pemimpin yang bertindak melabelkan pejuang Umno sekarang ini dengan istilah ‘pemakan dedak’.

Beliau juga meminta agar sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin, maka kita harus bersatu bersetia berkhidmat di bawah kepimpinannya.
– Tv14
#UMNO70Tahun
#RespectMyPM
#MelayuBersatu
#HidupBersama

Belajarlah berterima kasih MCA -Ridhuan Tee


TIDAK semena-mena pemimpin ultra kiasu MCA begitu teruja dengan artikel saya minggu lalu. Kenyataan mereka mengenai Perlembagaan Persekutuan rasis belum pun saya ulas.

Sedarlah, keberadaan MCA dalam Kabinet, menjadi senator dan menjadi kaya-raya adalah kerana undi ihsan orang Melayu. Berterima kasihlah kepada Melayu. Jika tidak, berputih mata. Toleransi ini jarang dijumpai di dunia lain.

Jangan hanya kerana beberapa perkara yang memberi keistimewaan kepada Islam, bangsa Melayu (Bumiputera), Raja Melayu dan bahasa Melayu, menjadikan ia gatal punggung. Pergilah cari konsep sama rata sama rasa di negara komunis China jika ada.

Cakap siang pandang-pandang. Jika tidak setuju dengan Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang kita semua, melalui kontrak sosial, maka boleh belah. MCA boleh bercakap banyak jika menang menentang ultra kiasu. Jika tidak, lebih baik diam, banyakkan kerja.

Buatlah perbandingan dengan negara lain. Perlindungan terhadap bangsa majoriti atau penduduk asal tetap ada. Thailand melindungi Buddha, bahasa Siam, dan Raja Siam. Britain melindungi Kristian, sehingga David Cameron mengisytiharkan Britain sebagai negara Kristian.

Apakah Perlembagaan Malaysia buruk sehingga tidak ada kebebasan beragama, bersekolah, berbahasa dan lain-lain? Kebebasan apa lagi yang MCA mahu? Keputusan mahkamah baru-baru ini banyak merugikan Islam dan Melayu, kami tetap diam.

Apakah rasis apabila orang Cina telah menguasai 70 peratus kekayaan negara ini? Apakah rasis apabila SJKC dibenarkan beroperasi 100 peratus kecinaan sehingga lebih Cina daripada China? Apakah rasis lambakan media cetak, media elektronik, NGO perkauman lebih banyak daripada orang Melayu itu sendiri? Pendek kata, apa yang Cina tidak dapat di negara ini? MCA lambung isu, DAP sambut, tekan dan desak.

Saya tidak kata semua Cina terbela, saya akan tampil mereka jika mereka tertindas, teraniaya dan dizalimi, kerana ia suruhan Islam,

Pertama, sedarlah dengan peruntukan Islam itulah yang menjadi Melayu lembut dan mudah dibentuk, sehingga terlentuk. Lambakan bukan Melayu di sini adalah disebabkan oleh hati Melayu yang telah dilentur oleh Islam. Bak kata Zahid Hamidi, kerana terlalu bertolak ansur maka Melayu ditolak secara beransur-ansur.

Semakin faham Melayu terhadap agamanya Islam, semakin tinggilah toleransinya terhadap bukan Islam. ALLAH melarang sama sekali, kita membenci sesama manusia, yang menjadi semua makhluk ini adalah ALLAH, meskipun berbeza agama, kerana di situ ada tanggungjawab dakwah.

Kedua, siapakah yang paling terkaya daripada 40 orang tersenarai. Hampir 30 ialah orang Cina. Melayu tidak sampai 10 orang. Apakah perlembagaan masih rasis? Cina sangat beruntung lagi, kerana Islam, toleransi Melayu menjadi tinggi.

Kerana jahilnya orang Melayu dengan Islam, mereka sanggup digula-gulakan dengan rasuah dengan jawatan pengerusi yang dilantik dalam syarikat-syarikat besar mereka. Dengan rasuah yang diberikan, banyak projek-projek yang lulus walaupun tidak memenuhi syarat. Apakah ia masih rasis?

Ketiga, berbekal kefahaman Islam ini, maka lambakan rumah ibadat bukan Islam tidak terkira banyaknya, hampir 500 ribu berbanding dengan masjid yang hanya ada 22 ribu sahaja. Di negara lain, rumah ibadat dirobohkan tanpa banyak bicara memberi laluan pembangunan.

Di Malaysia jalan dan bangunan terpaksa dibengkokkan kerana terlalu menjaga agama orang lain, sehingga kelakar dan bahan ketawa. Apakah ia masih rasis?

Keempat, dalam politik, berapa banyak kerusi Melayu terpaksa dikorbankan untuk memberikan laluan kepada bukan Melayu. Kenapa negara kita yang begitu kecil, bilangan ahli Kabinet begitu tinggi seramai 35 orang sehingga jadi bahan ketawa dunia.

Negara sebesar China pun tidak begitu ramai menteri. Jawapannya, kerana mahu memuaskan hati dan memenuhi kuota semua kaum, walaupun amat minoriti. Sehingga orang Siam pun ada wakil senator. Begitu juga jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara terpaksa digilirkan. Mualaf tiada wakil pula. Namun, kami tetap bersyukur dan berterima kasih, kerana inilah ajaran Islam.
Kelima, sebenarnya peruntukan Islam itulah yang memberikan perlindungan kepada bukan Islam. Dengan orang Islam menjadi baik, mereka akan menjaga orang bukan Islam dengan baik. Tidak akan masuk syurga pemimpin Islam jika menganiayai bukan Islam yang baik.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (Surah Al-Maidah: 8).

* Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI, UniSZA
#TolakPerkauman
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

Wednesday, 11 May 2016

Datuk Abdul Rahman Dahlan Persoal kos kajian kebolehlaksanaan 3 jalan di Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang perlu menjelaskan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan bagi tiga jalan di negeri itu bernilai RM31 juta, sedangkan Projek Terowong Dasar Laut yang lebih sukar dan berisiko pula menelan belanja RM20 juta.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jumlah keseluruhan bagi tiga kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk dan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang berjumlah RM305 juta adalah terlalu mahal.

“Saya sedar kerajaan Pulau Pinang belum menyatakan ia akan melibatkan Kementerian Kerja Raya yang menawarkan bantuan untuk mengurangkan kos dan memastikan ketepatan masa projek itu, yang saya syorkan supaya dipertimbangkan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Abdul Rahman juga mahu tahu mengapa syarikat sama yang diberikan projek itu, turut diberi tanggungjawab melakukan kajian bagi menentukan sama ada projek mereka mampu dilaksanakan atau mesra alam.

“Bukankah ini satu konflik kepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempersoalkan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menetapkan kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang sama dengan kadar di lebuh raya dengan ‘alasan’ tidak mahu operator jambatan itu kerugian.

“Ini tidak boleh diterima kerana kadar tol jambatan kedua ditetapkan berdasarkan operator mengutip bayaran untuk penyelenggaraan dan mendapatkan balik pelaburan mereka bagi pembinaan jambatan itu.

“Bagaimanapun, operator Projek Terowong Pulau Pinang akan mengenakan kadar bayaran yang sama walaupun ia tidak perlu mendapatkan kembali kos pembinaan kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA