Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Wednesday, 27 September 2017

Twitter Bakal Hadir Dengan Had Maksima 280 Aksara

Bagi yang gemar melayari laman mikro Twitter pasti akan pernah mengalami situasi dimana tweet yang ingin dimuat naik mencapai had maksima aksara yang ditetapkan. Disebabkan permasalahan ini seringkali kita melihat pengguna menggunakan pendekatan mencipta bebenang-bebenang bagi menyampaikan tweet yang panjang.
Berita baru yang dikongsikan oleh pihak Twitter, apabila kini mereka bercadang untuk menaikkan had maksima tersebut daripada 140 kepada 280 aksara.
Difahamkan perubahan ini masih lagi diuji pada sejumlah kecil pengguna dan berkemungkinan besar dalam masa yang terdekat ianya akan ditawarkan kepada kebanyakan pengguna berdasarkan tetapan bahasa yang ada.
Namun, turut difahamkan fungsi ini akan dikecualikan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Jepun, China dan Korea, ini kerana peratus mereka yang mencapai had maksima dengan menggunakan bahasa ini sangat rendah.
Setakat ini belum ada lagi khabar berita sama ada pihak Twitter turut bercadang untuk menambah fungsi menyunting tweet yang telah dimuat naik. Sekiranya ada, mungkin berita ini lebih menggembirakan pengguna berbanding fungsi pertambahan had maksima aksara.

Tuesday, 27 September 2016

Disney Dilaporkan Turut Sedang Menilai Untuk Membeli Twitter


Pada minggu lepas, kita telah mendengar akan mengenai Google dan Salesforce yang sedang dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih Twitter. Kini, laman sosial yang terkenal dengan perkongsian mikro berkenaan turut dilihat menarik minat pihak Disney untuk mendapatkannya.

Menurut Bloomberg, Disney dikatakan sedang membuat penilaian untuk membida Twiter. Seperti biasa, pihak Disney tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi buat masa ini.

Seperti ramai sedia maklum, berkemungkinan kita akan melihat syarikat teknologi yang mengambil-alih Twitter – berbanding dengan Disney yang hanya mempunyai kebarangkalian sangat kecil.

Namun, sekiranya Disney mengambil-alih Twitter, maka ia mungkin membantu Twitter dari segi strategi penstriman video mereka. CEO Twitter, Jack Dorsey juga merupakan salah seorang ahli lembaga di Disney.

Bagi anda, siapakah yang dijangka akan mengambil-alih Twitter sekiranya benar syarikat sosial berkenaan dijual?