Showing posts with label wee ka siong. Show all posts
Showing posts with label wee ka siong. Show all posts

Sunday, 1 April 2018

Guan Eng, Kit Siang tak sertai forum projek terowong Pulau Pinang



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak menyertai wacana membincangkan projek terowong dasar laut dan jalan raya bernilai RM6.3 bilion malam tadi.

Dua kerusi yang dikhaskan untuk mereka di Dewan Persatuan Tan Sri Eng Chuan Tong di Kampung Paya di sini kosong sepanjang forum “Political talk on Penang’s truth” berlangsung.

Guan Eng petang tadi menolak undangan ke forum itu, yang diadakan di kawasannya, Parlimen Bagan.

Kira-kira 800 orang tampil di forum yang menampilkan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To, yang bercakap dan memberi ulasan panjang mengenai projek terowong itu.



Wacana dikendalikan dalam Mandarin dengan diselang-seli Bahasa Inggeris dan dialek Hokkien untuk hadirin yang kebanyakan dari tanah besar Pulau Pinang.

Wee dan See-To membentangkan pandangan mereka berkenaan projek terowong itu yang sebahagian besarnya ada dilaporkan dalam media.

Antara lain, Wee menyentuh tentang bagaimana kerajaan negeri menganugerahkan projek prasarana besar itu kepada sebuah syarikat 82 hari, bercanggah dengan dakwaan sebelum ini yang mengatakan syarikat bertujuan khas itu mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion.

Sementara itu, See-To menunjukkan gambar tular Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas dakwaan bayaran RM19 juta untuk menghentikan siasatan ke atas projek itu.

Wee sebelum ini mencabar Guan Eng berdebat isu berkenaan projek terowong dan jalan raya itu, yang ditolaknya, kerana beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Projek prasarana itu sekali lagi menjadi perhatian BN susulan siasatan SPRM.

Sejak itu, kerajaan Pulau Pinang dan BN menghidupkan kembali isu yang hangat dibincangkan di Pulau Pinang pada 2013 dan 2014.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijangka bermula pada 2023.

Tiga jalan raya itu pula dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Tolak debat: Guan Eng berhelah lagi, kata Wee Ka Siong


Tuesday, 6 March 2018

Guan Eng alih isu terowong dasar laut - Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR 5 Mac – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat sengaja me­ngalih perhatian umum tentang skandal terowong dasar laut di negeri itu dengan mengete­ngahkan isu cubaan menjatuhkan Setiausaha Kerajaan Nege­ri, Datuk Farizan Darus yang didakwa meluluskan tender syarikat kontraktor tanpa kelayakan modal berbayar yang ditetapkan kerajaan negeri berkenaan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Guan Eng cuba mengitar semula isu apabila mengaitkan dirinya konon cuba menjatuhkan Farizan dengan menuduh pemilihan syarikat yang dilantik dalam projek tersebut tidak adil dan tidak mematuhi syarat kelayakan modal berbayar sebanyak RM381 juta.


Malah, katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Agung DAP itu juga cuba menggambarkan bahawa tiada penglibatan ahli politik daripada parti berkenaan dalam menentukan syarikat kontraktor yang dilantik dalam projek tersebut.

“Kenyataan dan persoalan saya adalah secara terus menerus kepada Guan Eng sendiri dan tidak kepada setiausaha kerajaan negerinya. Tindakan Guan Eng yang berterusan me­nyatakan saya cuba menjatuhkan setiausaha kerajaan negeri adalah merupakan satu pembohongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng dalam laman Facebook mencabar Ka Siong mengemukakan bukti kononnya modal berbayar minimum RM381 juta yang menjadi syarat bidaan secara tender terbuka bagi projek pintasan tiga lebuh raya dan terowong dasar laut di Pulau Pinang tidak dipenuhi.

Kata Guan Eng, isu projek terowong dasar laut bukan sahaja menyerang peribadinya, malah seakan menyerang Farizan yang mempengerusikan jawatankuasa perolehan serta pemilihan pemaju secara tender terbuka.

“Ingat, projek ini dibuat secara tender terbuka. Jawatankuasa Lembaga Perolehan Ne­geri dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Tentunya beliau (Farizan) akan memastikan modal berbayar dipenuhi oleh syarikat (pembida) dengan jumlah minimum RM381 juta, sebelum beliau timbang (secara tender terbuka) sama ada nak beri kepada syarikat terbabit atau tidak,” kata Guan Eng.

Dalam pada itu, menurut Ka Siong, hanya segelintir pihak yang akan percaya bahawa skandal projek terowong dasar laut tidak melibatkan ahli-ahli politik DAP.

Katanya, Guan Eng seolah-olah mahu cuci tangan dengan menuduh skandal projek tersebut dan syarikat tujuan khas berkaitan dengan UMNO.


Friday, 9 February 2018

Guan Eng perlu jawab persoalan kelayakan SPV

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menjawab persoalan sama ada syarikat tujuan khas (SPV) yang dilantik mengendalikan projek terowong dasar laut memenuhi syarat modal berbayar minimum sebanyak RM381 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui adakah SPV tersebut mempunyai kelayakan modal berbayar minimum itu untuk mendapatkan tender bagi projek berkenaan. 



“Guan Eng mengakui China Railway Construction Corporation International (CRCC) bukanlah pemegang saham SPV walaupun pernah mengeluarkan kenyataan sebaliknya sebelum ini dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) pula menarik diri, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganugerahkan projek tersebut kepada syarikat berusia 82 hari dengan mempunyai modal berbayar hanya RM300,000 ketika itu. 


“Guan Eng sepatutnya menjawab persoalan ini dengan menerangkan bagaimana SPV berkenaan memenuhi syarat modal berbayar minimum sebanyak RM381 juta itu dan tidak bersembunyi di belakang Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE