Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label zahid hamidi. Show all posts

Friday, 30 March 2018

Rakyat harus sokong RUU Antiberita Tidak Benar

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri, berkata orang jujur sudah tentu menyokong RUU tersebut kerana berita palsu menyusahkan rakyat, menghina dan merosakkan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Himpunan Sukarelawan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) & Trust@Teras Johor di pekarangan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmad malam tadi.



Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN, meminta pengundi kawasan Parlimen Pulai supaya tidak mendengar dakyah pembangkang dan terus memberikan sokongan kepada BN dan Nur Jazlan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut meminta pengundi di kawasan itu menaikkan semula majoriti kemenangan kerusi Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas serta merampas kerusi DUN Perling.

Pada PRU13, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub dengan majoriti 3, 226 undi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan lebih RM5.5 juta kepada Parlimen Pulai bagi melaksanakan beberapa projek rakyat antaranya membina baharu masjid Taman Kempas (RM2.5 juta), membina bumbung di antara kedai Jalan Tan Hiok Nee dan Jalan Pahang bagi Pusat Kebudayaan Persekutuan Tiong Hua Johor (RM3 juta).

Juga, untuk menggantikan baru krematorium milik Kuil Arulmigu Rajamariaman di tanah perkuburan India, Jalan Kebun Teh (RM600,000).

Selain itu, RM2.4 juta diberikan bagi Program Sentuhan Rakyat yang meliputi dana bantuan bencana, dana pesakit kronik dan program barangan dapur serta RM500,000 lagi bagi melaksanakan program Kepolisan Komuniti di kawasan perumahan.

Wednesday, 21 February 2018

Semua perlu akur keputusan persempadanan semula - Zahid Hamidi

voter
KUALA LUMPUR: Timbalan perdana menteri menasihatkan semua pihak, termasuk pembangkang supaya akur dengan keputusan mahkamah berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri percaya keputusan mahkamah itu turut mengambil kira beberapa garis panduan dan undang-undang ditetapkan.
“Kami kerajaan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat dan parti politik (lain) harus akur dengan keputusan mahkamah sebagai mengikut perundangan dan garis panduan.
“Apa juga implikasi positif dan sebaliknya, kami mengambil ia dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk mematuhi kaedah terbaik.
“Kalau kerajaan boleh patuh, semua pihak harus patuh dengan keputusan mahkamah itu, itu maksud saya,” katanya selepas merasmikan majlis pra pelancaran sempena penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec Asia) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (Mitec) hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan cadangan SPR melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak boleh dipinda dengan semakan kehakiman dan tindakan SPR berhubung urusan persempadanan semula itu tidak mengikat mana-mana pihak.
Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel 3 hakim itu berkata, jika SPR memenuhi semua peraturan dan prinsip ditetapkan, mahkamah tidak boleh menceroboh hal berkaitan urusan persempadanan kawasan pilihan raya, jika tidak, mahkamah akan dilihat menceroboh fungsi badan lain yang diberi mandat oleh Perlembagaan.
Beliau berkata demikian selepas menolak 2 permohonan dikemukakan 2 ahli Parlimen DAP dari Perak dan 7 pengundi dari Melaka bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi mereka berhubung semakan kehakiman.
Dalam perkembangan lain, Zahid berkata, Putrajaya sedang berbincang dengan Thailand berhubung nasib 11 etnik Uighur Islam yang ditahan di negara ini, selepas melarikan diri dari penjara Thailand, tahun lalu.
“Kami akan mengambil tindakan yang tidak akan menyentuh perasaan mana-mana negara dan keputusan itu merupakan keputusan terbaik.
“Kita akan mengadakan perundingan lanjut yang menyentuh soal diplomasi dan keselamatan negara terlibat,” katanya sambil menambah Malaysia akan mengambil kira pandangan kumpulan hak asasi.
Pada 10 Februari lalu, Zahid meminta negara lain tidak perlu bimbang dengan permintaan rasmi China untuk mengekstradisi 11 etnik Uighur Islam itu.
Katanya, Malaysia sedang mempertimbangkan permintaan China itu, namun siasatan terperinci sedang dilakukan polis, jika ada dalam kalangan 11 individu itu terlibat dalam keganasan.
Reuters sebelum ini melaporkan Malaysia menahan 11 etnik Uighur dari China dan Beijing sedang berbincang dengan Malaysia berhubung pengusiran itu. Mereka antara 20 tahanan yang melarikan diri dari penjara Thailand, November lalu.
Laporan itu mendakwa Malaysia di bawah “tekanan hebat” untuk menyerahkan 11 individu itu kepada China, bukannya Thailand.

Malaysia tidak akan lindungi pendera pekerja asing, kata Zahid

\
KUALA LUMPUR: Duta besar Malaysia di Jakarta diarah menemui menteri tenaga kerja Indonesia, susulan cadangan menghentikan penghantaran pembantu rumah republik itu ke negara ini, selepas kematian seorang amah di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah menghubungi Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang memaklumkan akan menemui Muhammad Hanif Dhakiri, hari ini.
“Saya telah menghubungi duta besar di Jakarta, Datuk Seri Zahrain dan beliau hari ini akan mengadakan perbincangan dengan menteri tenaga kerja Indonesia.
“Saya telah menyatakan 4 perkara kepada Zahrain, di mana pertama, kes-kes penderaan yang berlaku merupakan kes terpencil.
“Kedua, kerajaan Malaysia dan pasukan penguatkuasaan tidak pernah melindungi atau melakukan ‘cover up’ terhadap isu penderaan, bukan hanya kepada pembantu rumah, tapi pekerja asing (lain juga).
“Ketiga, kita minta MOU (memorandum persefahaman pekerja asing) yang telah tamat pada 2016 dikemas kinikan dan rundingan lanjut harus dilakukan antara menteri 2 negara.
“Keempat, saya telah meminta Zahrain beritahu komitmen Malaysia untuk terus jalin kerjasama 2 negara harus diterima dan lapang dada dan hati terbuka sebab kita saling memerlukan.”Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pra pelancaran sempena penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec Asia) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa (Mitec) hari ini.
Pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao, 26, yang cedera parah, termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari lalu.
Adelina ditemui kira-kira 8 malam 10 Februari lalu, selepas polis menerima laporan daripada pembantu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Lim. Susulan itu, 2 beradik berusia 36 dan 39 tahun bersama ibu mereka berusia 60 tahun direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu.
Sabtu lalu, portal berita Indonesia melaporkan Jakarta bercadang membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, susulan kematian Adelina yang dipercayai didera majikannya.
Susulan itu, Zahid dilaporkan berkata, tindakan drastik Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia hanya akan merugikan kedua-dua negara.
Menteri dalam negeri itu berkata, Malaysia tidak akan melindungi atau menyembunyikan sebarang fakta dalam kes Adelina dan peratusan penderaan pembantu rumah di negara ini terendah berbanding negara lain.
“Pendakwaan akan dilakukan dan pengadilan akan dibuat di Malaysia. Indonesia perlu yakin negara ini merupakan sebuah negara yang berbeza dengan negara lain (berhubung kes penderaan dan kematian pembantu rumah),” katanya pada Sabtu lalu.
Isu kebajikan pembantu rumah warga Indonesia antara isu yang sering berbangkit dalam hubungan antara Jakarta dan Putrajaya.
Indonesia pernah membekukan penghantaran pekerja sektor tidak formal ke Malaysia pada 2009 berikutan beberapa kes penderaan rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah oleh majikan tempatan.
Jakarta menarik balik moratorium pada 2011 apabila Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan pindaan memorandum persefahaman mengenai pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia, yang mengatur hal berkaitan upah minimum, penetapan cuti sehari, pasport dan tanggungjawab agensi pembantu rumah.

Sunday, 14 January 2018

Mahathir sentiasa konsisten tidak konsisten - Zahid Hamidi

BAGAN DATUK 13 Jan. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang ‘konsisten tidak konsisten’ dalam kenyataannya apabila mendakwa dipaksa menjadi Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya membuat kenyataan beliau dipaksa setelah timbul komen-komen negatif terhadap pemilihan sebagai Perdana Menteri sementara.


“Saya amat menghargai Tun Mahathir kerana secara konsisten tidak konsisten. Beliau ‘consistently inconsistent.

“Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya Pakatan Harapan telah menamakan beliau sebagai Perdana Menteri sementara, hari ini apabila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan pencalonan beliau, maka beliau kata dipaksa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kafa Daerah Bagan Datuk di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Mahathir kelmarin yang tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi beliau dipaksa.- UTUSAN

Sunday, 29 October 2017

Mohon sendiri amah jimat separuh kos - Zahid Hamidi

 Permohonan menggaji pembantu rumah asing secara langsung dari 9 negara sumber tanpa melalui ejen dapat menjimatkan 50% kos proses tersebut pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata sebelum ini, majikan terpaksa menanggung kos keseluruhan membawa masuk pembantu rumah berjumlah di antara RM12,000 hingga RM18,000.
“Ada kalangan pekerja asing ini bertukar 3 atau 4 majikan setahun, menyebabkan setiap kali (majikan) mengambil pembantu rumah asing mereka terpaksa membayar hingga RM80,000 setahun sedangkan pendapatan tidak sampai ke peringkat itu,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Projek Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop daerah Perak Tengah hari ini.
Semasa membentang Bajet 2018 di Dewan Rakyat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan majikan boleh memohon pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara dalam talian dengan bayaran levi dan fi pemprosesan seperti kadar sedia ada.

Menjelaskan perkara itu, Zahid berkata majikan boleh terlebih dahulu memohon pas lawatan sosial bagi pekerja yang boleh digunakan dalam tempoh 30 hari secara dalam talian.
“Dalam tempoh (30 hari) itu, majikan boleh membuat permohonan dalam talian bagi mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk membolehkan mereka (warga asing) bekerja sebagai pembantu rumah,” katanya.

Sebelum ini, ketua isi rumah atau bakal majikan yang ingin menggaji pembantu rumah asing dari 9 negara termasuk Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam dan Bangladesh, perlu pergi sendiri ke negara itu atau menggunakan ejen.

Ditanya mengenai keselamatan khususnya jenayah dalam pengambilan pembantu rumah asing, Zahid berkata bakal majikan tidak perlu khuatir mengenai perkara itu.

“Negara kita mempunyai sistem keselamatan yang cukup (baik) antaranya sistem biometrik, biomedik dan sistem pengimbasan keselamatan,” kata beliau.

Monday, 16 October 2017

Zahid lawat kem pelarian Rohingya di Bangladesh

 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sana Isnin untuk program lawatan ke kem pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid diiringi Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tiba di Lapangan Terbang Cox’s Bazar pada 9.10 pagi waktu tempatan (11.10 pagi waktu Malaysia).
Beliau dijadual melawat Kem Kutupalong, kira-kira 35km dari Cox’s Bazar diikuti lawatan ke tapak projek Mycorps, satu projek sukarelawan melibatkan belia Malaysia.


Lawatan itu bagi menilai situasi pelarian etnik Rohingya dari wilayah Rakhine, Myanmar di kem pelarian di Bangladesh.
Ia sekali gus mencerminkan kebimbangan dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya secara amnya.

Monday, 9 October 2017

Kamunting bakal jadi pusat pemulihan pengganas-DS Zahid Hamidi

Pusat Tahanan Kamunting di Taiping, Perak akan dijadikan pusat khas untuk pemulihan (deradikalisasi) pengganas, lapor NST Online.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di pusat itu untuk membolehkan program pemulihan dilaksanakan.
“Kebimbangan dibangkitkan terhadap tahanan yang ditangkap kerana keganasan yang dihantar ke sana. Saya memberi jaminan semua ini tidak akan menjejaskan penduduk Taiping,” kata Zahid kepada pemberita selepas majlis di Hutan Melintang.
Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, mana-mana pengganas atau ahli kumpulan militan yang dianggap “sangat berbahaya” akan ditempatkan di penjara lain dan bukannya di pusat tahanan Taiping.
“Saya menerima surat bantahan daripada Ahli Parlimen Taiping (Nga Kor Ming) yang bimbang mengenai kemungkinan kejadian keganasan berlaku di kem tersebut,” katanya memetik laporan Bernama.


Zahid berkata polis juga memantau tahanan dan warden daripada unsur keganasan.
Semalam dilaporkan 8 lelaki ditahan disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas dalam operasi yang dijalankan pada 27 September hingga Jumaat di Selangor, Sabah dan Perak.
Ketua Polis Negera Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tangkapan ke-3 pada Jumaat melibatkan 2 lelaki bekas banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Tapah, Perak yang pernah ditangkap pada 7 Februari 2013 kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
Tujuh warden dari pelbagai penjara di seluruh negara juga dikenal pasti terlibat dalam aktiviti mengrekrut pengganas. Mereka sedang menjalani pemulihan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).
Zahid berkata proses mengrekrut banduan untuk aktiviti keganasan hanya dikesan berlaku di Penjara Tapah.
“Perkara itu diselesaikan dengan memisahkan tahanan yang terlibat dalam kegiatan terbabit di lokap yang berlainan supaya proses pemulihan dapat dilakukan dan mencegah mereka daripada mempengaruhi tahanan atau pegawai penjara lain.”
Zahid berkata program pemulihan yang dilaksanakan oleh kementerian dalam negeri terhadap 15,000 tahanan di negara ini sejak 1948 menyaksikan 97.5% daripada mereka berjaya dipulihkan setakat ini.

Tuesday, 26 September 2017

Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing - Zahid

BEIJING - Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, di sini pada Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia di sini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Majlis Negara Republik Rakyat China, Li Keqiang,

Semasa jadual yang ketat, Ahmad Zahid juga dijadual bertemu Menteri Keselamatan Awam PRC, Guo Sheng Kun dan Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

"Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama keselamatan dua hala termasuk inisiatif counter-terrorism melalui penubuhan Pusat Serantau Digital memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) di Malaysia, dan kerjasama dalam perkara-perkara keselamatan seperti rangkaian jenayah antyarabangsa serta jenayah siber," kata beliau.

Mengenai Perhimpunan Agung INTERPOL bertemakan "Connecting Police for a Safer World", Ahmad Zahid berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha menyediakan platform komunikasi yang efektif di kalangan semua negara anggota INTERPOL dalam perkongsian maklumat serta meningkatkan kapasiti untuk memerangi jenayah antarabangsa dalam semua bentuk.

"Ia juga membayangkan peningkatan penekanan INTERPOL mengenai peranannya dalam memupuk kerjasama di kalangan agensi polis di seluruh dunia dalam menegakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa terhadap ancaman global yang semakin meningkat," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL mencerminkan komitmen negara untuk memerangi jenayah antarabangsa termasuk ancaman keganasan, jenayah siber, jenayah terancang dan gerakan pengganas eketremis dan radikal seperti digariskan dalam Resolusi 2178 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

"Semasa sesi ini, Malaysia memberi fokus kepada isu-isu berkaitan jenayah siber yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara," kata beliau.

Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL akan dihadiri oleh delegasi peringkat tinggi dari 157 Negara Anggota INTERPOL.



- BERNAMA

Tuesday, 29 August 2017

Jangan hina bekas banduan, pesan Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan masyarakat supaya tidak menghina bekas banduan kerana mereka juga satu aset pembangunan negara.
Menurut timbalan perdana menteri itu, masyarakat tidak seharusnya melihat penjara sebagai tempat menjatuhkan hukum, sebaliknya dilihat sebagai pusat pemulihan bagi mereka yang terlanjur melakukan kesalahan.

“Penjara bukan hanya tempat menghukum, penjara adalah tempat untuk melakukan pemulihan.
“Kita mahu mereka di luar penjara tidak pandang serong tapi berikan sokongan moral kepada bekas banduan untuk mereka bercampur semula dengan keluarga dan masyarakat sebab mereka sudah lalui pemulihan,” katanya di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini.

Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata menerusi program pemulihan komuniti (CRP) yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia mampu memulihkan banduan yang bermasalah.

“Menerusi CRP, jumlah perlakuan jenayah berulang kini hanya 0.04% sahaja.
“Kita lihat daripada 17,081 yang diparol dari 2008 hingga Jun 2017, hanya 75 orang yang terjebak semula sebagai banduan berulang,” katanya dengan memberi contoh bekas banduan, Arun Vythilingam, 37, yang menjalani hukuman penjara 7 tahun berjaya dipulihkan menerusi CRP Gemas dan dilantik sebagai penyelia Ladang Nanas Diraja Negeri Sembilan.

Dalam ucapan sama, Zahid turut menegur segelintir pengamal media supaya tidak terlalu mengejar berita sensasi sehingga lupa melaporan berita kejayaan pihak penjara memulihkan banduan.
“Berapa ramai rakyat Malaysia yang iktiraf. Kalau cerita orang lari dari penjara itu dijadikan berita, tapi kalau cerita kejayaan banduan dipulihkan tidak buat berita. Yang buruk buat berita, yang baik tak buat berita.

“Saya tak salahkan wartawan yang ada di sini tetapi mereka yang tak datang ke KDN tapi suka cari salah KDN, pihak penjara dan lain-lain,” katanya sambil memaklumkan akan membawa pihak media melawat pusat CRP Gemas dan melihat sendiri bagaimana banduan dipulihkan.

Wednesday, 16 August 2017

Jangan gigit tangan yang beri makan, Zahid pesan pesara kerajaan

Pesara dan bakal pesara sektor awam diingatkan supaya supaya berterima kasih kepada kerajaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini,” kata timbalan perdana menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
“Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” katanya kepada lebih 7,000 kalangan pesara dan bakal pesara kerajaan termasuk anggota tentera.
Zahid ketika berucap turut meminta mereka yang hadir memberikan tepukan gemuruh kepada kerajaan dengan laungan “Hidup Malaysia” sebanyak 3 kali.
“Sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan yang melindungi kita selama ini, sila bagi ‘standing ovation’ kepada kerajaan,” katanya.Zahid mengingatkan pesara dan bakal pesara supaya tidak melayani perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan, dan menambah ia akan hanya menyebabkan hati diselubungi rasa benci yang tiada noktah.
perhimpunan-pesara-ahmad-zahid-hamidi-1-3
“Maka realiti ini harus kita dakapi untuk menentukan bahawa kita harus bersyukur pada Allah dengan cara berterima kasih kepada yang memberi kehidupan kepada kita selama ini iaitu kerajaan Malaysia.
“Walaupun sudah terkeluar daripada ‘Saya Yang Menurut Perintah’ (SYMP) dan berbeza pendapat, ada caranya iaitu dengan tatacara yang tertib,” katanya.
Zahid juga mengulangi kepada pesara dan bakal pesara untuk menyanyangi orang lama.
“Bila usia lebih 60 tahun, kita lebih sensitif, jiwa halus, cukup terasa kalau ada yang tidak setuju dengan kita.
“Hakikatnya kita sebagai orang lama, kita perlu dihormat. Yang baru hormat yang lama dan yang lama menyayangi yang baru,” katanya.

Monday, 24 July 2017

Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh sebenarnya berdaftar dengan kerajaan mereka untuk bekerja di luar negara dan bukannya ke Malaysia semata-mata.

Timbalan perdana menteri berkata jumlah sebenar kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia bergantung kepada keperluan syarikat-syarikat tempatan.

“Tidak ada satu-satu syarikat yang dilantik untuk membawa mana-mana mereka masuk. Melalui sistem atas talian, majikan memohon untuk mendapatkan pekerja berkenaan secara terus tanpa melalui ejen atau mana-mana syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu maklumat terperinci syarikat manakah yang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke dalam negara, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menafikan laporan dokumentari media asing yang disiarkan baru-baru ini mendakwa kononnya berjuta-juta pekerja asing tanpa dokumen bekerja di negara ini.

Katanya hasil siasatan terhadap program itu mendapati rakaman telah dilakukan enam bulan lepas dan disiarkan secara bersiri.

Beliau berkata masalah itu tidak timbul lagi setelah kerajaan mengadakan permohonan secara dalam talian bagi pendaftaran pekerja asing, katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Wan Azizah mengenai laporan media asing itu.

-Bernama

Sunday, 16 July 2017

Pakatan 3 nakhoda akan tenggelam di lautan politik - Zahid Hamidi


Tindakan pembangkang meletakkan 3 nama sebagai pemimpin teratas dalam pakatan mereka boleh diumpamakan sebuah kapal 3 nakhoda yang bakal tenggelam kerana haluan berbeza, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai bagaimana sebuah pakatan mampu bergerak apabila setiap pemimpinnya mempunyai haluan sendiri tanpa adanya pemimpin utama.
“Lazim hukum akal, kapal yang ada 3 nakhoda akan terumbang ambing (kerana) ada yang mahu ke kanan dan ke kiri, (akhirnya) kapal akan tenggelam. Pakatan 3 nakhoda akan tenggelam di lautan politik.
“Kita bukan mahu mempertikaikan soal dalaman mereka, tetapi mahu rakyat analisis jika hala tuju berbeza ke mana haluan mereka. Lihat rekod kejayaan kita (Barisan Nasional) yang mampu membela rakyat hasil konsep perkongsian kuasa,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Ledang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Ledang, Datuk Hamim Samuri yang juga timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar serta kira-kira 800 perwakilan bahagian itu.
Kelmarin, Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan ketua umum, manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden.

Zahid berkata, melalui konsep perkongsian kuasa, BN terbukti berjaya membela nasib rakyat dan Umno sebagai sebuah parti utama pakatan itu tidak pernah melupakan perjuangannya demi orang Melayu dan agama Islam.

“Umno perjuangan Melayu dan Islam tidak dilupakan, tetapi dalam masa sama, bukan Melayu dan bukan Islam juga tidak pernah kita lupakan atas dasar perkongsian kuasa BN,” katanya.
Beliau berkata, tsunami Melayu yang dicanang pihak pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14 hanyalah perang psikologi demi mendapatkan sokongan rakyat.

“Mereka mengajak orang Melayu wujudkan satu gelombang sokongan kepada mereka, walapun tahu sokongan (kepada) mereka adalah pada tahap minimum. Pilihan raya bukan berasaskan kajian, tetapi kerja sebenar parti, justeru kita harus memenangi minda dan hati pengundi.”
Sementara itu, dalam sidang media kemudian, Zahid percaya Pakatan Harapan akan mendaftar sebagai entiti politik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akhirnya meletakkan calon dengan lambang sama untuk pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) memastikan ia komited memenuhi peraturan Akta Pertubuhan 1966 sebagai sebuah entiti gabungan parti politik.
“Tentunya JPPM akan bertindak profesional mengikut perundangan yang ada seperti diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan 1966 serta meneliti perlembagaan parti berkenaan,” katanya.

Wednesday, 14 June 2017

Zahid bimbang tauke judi biaya parti politik



GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bimbang dengan “tauke judi” membiayai parti politik di negara ini.

Beliau khuatir ada sindiket menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik, khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Zahid bagaimanapun tidak memberi butiran atau menyatakan parti mana terlibat, tetapi mengarahkan polis mengambil tindakan keras terhadap kegiatan sedemikian.

“Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik).

“Mulai hari ini, saya arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan ‘kingpin’ terdiri daripada tauke besar di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Daerah Barat Daya hari ini.

Menteri dalam negeri itu amat bimbang dengan peningkatan kegiatan perjudian haram di Pulau Pinang dan menyifatkan perjudian sebagai masalah “paling teruk” di negeri terbabit.

“Saya nak minta Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye memberi tumpuan terhadap perkara ini.

“Saya mahu lihat premis permainan dan perjudian dihapuskan sama sekali.”
Beliau mahu usaha membanteras kegiatan jenayah, khasnya perjudian dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis kontinjen Pulau Pinang.

“Jangan khuatir, jangan takut. Kami di Bukit Aman, KDN akan berada di belakang polis (Pulau Pinang) untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi).”

Beliau turut bimbang dengan komuniti Cina yang menjadi mangsa perjudian.
“Saya bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa judi,” katanya sambil berkata tidak adil “membezakan” jenayah berdasarkan kaum kerana jenayah biasanya berkaitan status sosial, bukannya perkauman.

Beliau memberi contoh orang Melayu terlibat dalam kes dadah, kaum Cina dalam perjudian dan India dalam isu berkaitan geng.

“Saya berikrar mahu membasmi jenayah tanpa mengira kaum. Ia baik untuk saya mendapat kerjasama terbaik daripada ketua polis negara dan Bukit Aman,” katanya.

FMT

Tuesday, 6 June 2017

Jadikan Masjid Institusi Pembelajaran Sepanjang Hayat – Zahid Hamidi


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masjid perlu dijadikan institusi pembelajaran sepanjang hayat dan bukan sebagai tempat meraikan perbezaan pendapat. Beliau berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi dan parti dalam kalangan jemaah masjid, ia perlu diatasi secara beradab.

 “Masjid mesti jadi tempat ibadah, tempat perpaduan untuk menimba ilmu, tempat mengimarahkan masjid, bukan sahaja untuk solat,” katanya ketika berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah Sungai Rokam, di sini malam ini. 

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk menaik taraf masjid tersebut, melibatkan peruntukan RM2.5 juta daripada kerajaan Persekutuan manakala selebihnya melalui kerajaan negeri. “(Kerja-kerja) menaik taraf antaranya melibatkan pembesaran masjid serta memasang pendingin hawa. 

Ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang,” katanya. Ahmad Zahid berkata masjid berkenaan bukan asing baginya kerana ketika belajar di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah di sini, pada 1966 hingga 1971, beliau sering menunaikan solat Jumaat di rumah ibadat itu. Terdahulu, Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 1,000 jemaah yang dipimpin Imam dari Mekah Sheikh Dr Idris Al-Misrafi. 

Beliau yang tiba kira-kira 8.35 malam, turut diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim. Selepas selesai solat Tarawih, beliau turut beramah mesra dengan jemaah serta menikmati moreh.

Sumber : Menara.my

Zahid arah ‘Jerusalem Jubilee’ diharamkan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.
Beliau yang juga menteri dalam negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.
“Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai …saya sebagai menteri dalam negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.
“Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku menteri dalam negeri,” katanya semasa berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.
Terdahulu pihak penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee dilapor membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya memanggil pihak penganjur dan mereka membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu.
Sehingga kini sebanyak 32 laporan polis dibuat.
Zahid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada organisasi Islam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut.
“Beberapa laporan polis telah sampai ke Bukit Aman dan mereka merujuk perkara ini kepada saya dan dengan kuasa menteri dalam negeri, saya arahkan polis membatalkan perhimpunan itu,” katanya sambil menambah meraikan penjajahan Israel ke atas Palestin turut melukakan hati rakyat Malaysia.
Timbalan perdana menteri memberi amaran kepada semua pihak agar menghormati agama lain dan saling menjaga toleransi beragama di negara ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.
“Kita menghormati agama lain walaupun ada bekas tokoh yang mengatakan negara Malaysia bukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi. Tetapi agama Islam adalah agama Persekutuan. Sila rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
“Saya buta warna dalam menjalankan tugas yang menjaga sensitivi agama lain. Ada perkara yang boleh dimaafkan, tetapi yang tak boleh dimaafkan jika berkait dengan Islam,” tegas Zahid.

Monday, 5 June 2017

Unit Anti Keganasan Bakal Dinaik Taraf - Zahid Hamidi

Unit Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia akan dinaik taraf kepada bahagian bagi menggalas tanggungjawab lebih besar dalam mencegah keganasan daripada berlaku di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahagian berkenaan yang akan ditempatkan di Bukit Aman akan diketuai seorang pegawai paling kanan.
"Insya-Allah kita berhajat untuk menjadikan unit anti keganasan bukan lagi unit tetapi bahagian anti keganasan, ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan menolak peristiwa keganasan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerapan nilai-nilai murni pada bulan Ramadan di Masjid Mahmudi, di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Majlis tersebut turut meraikan warga Kementerian Dalam Negeri serta anak-anak yatim dan ibu tunggal.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan memanggil secepat mungkin mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bagi membincangkan langkah menaik taraf unit anti keganasan tersebut.
Sebelum ini, katanya, terdapat sebuah bahagian yang dinamakan Bahagian Anti Keganasan tetapi empat tahun yang lalu ia telah dijadikan sebagai unit.
Bagaimanapun, beliau berkata berikutan kejadian keganasan yang berlaku di luar negara termasuk yang terbaru di tengah kota London maka bahagian tersebut perlu diwujudkan dengan diketuai pegawai paling kanan.
"Kita merasakan seorang pegawai paling kanan mesti ditempatkan (di bahagian tersebut) untuk melihat bukan sahaja pendekatan secara holistik bagi menangani pencegahan kejadian keganasan tetapi kita harus melakukan lebih daripada itu termasuk mendapatkan kerjasama seluruh masyarakat," katanya.
Justeru, beliau turut mengajak parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat sama dalam usaha mencegah keganasan itu kerana pencegahan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja tetapi semua pihak.
"Semua pihak harus siapsiaga untuk membantu PDRM melakukan pencegahan dan mengatasi masalah ini," katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengulangi ketegasan Malaysia mengutuk sekeras-sekerasnya sebarang kejadian keganasan termasuk di ibu kota London. -- BERNAMA

Saturday, 15 April 2017

Pembangkang tidak akan puji kita - Zahid Hamidi


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mempedulikan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang mempolitikkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan perdana menteri itu berkata beliau tidak hairan apabila pembangkang mengkritik setiap langkah kerajaan, termasuk pelantikan itu.

“Mereka tak pernah puji kerajaan, kenapa kita nak hairan, kita buat saja kerja kita dan jangan peduli mereka,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan syarahan Budaya Ilmu Kekuatan Negara di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pelantikan mengejut itu dalam kenyataannya pada 12 April lalu.

Hari yang sama, Zahid menyatakan sokongan terhadap pelantikan itu dan berkata ia akan melicinkan lagi pentadbiran kerajaan.

Di sebalik kenyataan itu, beberapa pihak seperti pembangkang dan penganalisis politik menganggap ia tanda wujudnya pergeseran antara Najib dan Zahid.
Zahid berkata beliau akan terus menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas tanpa mempedulikan “cakap-cakap belakang”.

“Saya pernah dipertikaikan dulu tapi saya tidak peduli dan hanya jalankan tanggungjawab.
“Selagi tidak berdosa dengan Allah dan menyalahi undang-undang serta etika, saya teruskan walau apa pun kata orang,” katanya lagi.

Jawatan itu pernah diwujudkan pada era 1960-an dan awal 1970-an.
Ia pernah dikembalikan pada Jun 1998 – beberapa bulan sebelum bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipegang Tun Daim Zainuddin. FMT

Tuesday, 24 January 2017

Pembangkang Sengaja Melaga-lagakan Zahid Dan Najib



Sesetengah pihak dilihat cuba mengambil kesempatan atas kekhilafan isu statistik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa operasi dalam talian yang pro kerajaan hanya mewakili 6.6 peratus atau nisbah satu kepada 15.

Pembangkang pimpinan DAP sudah tentu tidak akan melepaskan peluang ini untuk melaga-lagakan Zahid dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menanam benih keraguan dikalangan penyokong agar ianya bercambah menjadi persengketaan yang bakal merosakkan Barisan Nasional.

Namun bagi mereka yang dapat berfikir dengan waras, sudah tentu dapat meneka tindakan provokasi pembangkang yang diketuai DAP ini.

Najib merupakan pemimpin yang mesra rakyat dan tidak suka mencari "pasal" atau pun mencari "gaduh" dengan mana-mana pihak. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amat fokus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.

Pemimpin yang berwibawa seperti Najib hanya bertindak tegas apabila beliau diasak dan dianiaya dengan terlalu melampau sebagaimana yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menabur fitnah serta melakukan pemberontakan dengan bersekutu dengan pembangkang dan media antarabangsa untuk mengulingkan beliau sebagai Perdana Menteri.

Berbalik kepada pembangkang yang cuba melaga-lagakan Najib dan Zahid, mereka mengadun isu 6.6% dengan isu Parlimen Bagan Datuk.

Kononnya "orang-orang Najib" cuba menjatuhkan Zahid di Bagan Datuk sedangkan sebenarnya pihak pembangkang yang sedang bertungkus lumus untuk menyingkirkan beliau di Parlimen tersebut memandangkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) yang lalu, kemenangan yang beliau perolehi agak tipis.

Malah salah satu kerusi Dun di kawasan tersebut merupakan milik pembangkang.

Dalam isu kekeliruan data 6.6% pula, Zahid perlu memperjelaskan perkara ini sejak dari mula bagi mengelakan sebarang salah faham.

Jika angka tersebut benar, maka unit Media Sosial UMNO yang diteraju oleh Datuk Ahmad Maslan serta Jabatan Media Sosial(JMS) perlu bangkit memperbetulkan keadaan tersebut. Isu tersebut juga boleh di anggap sebagai “wake up call" untuk memperkemaskan jentera.

Dengan hanya bersandarkan pada kekuatan 6.6% itu, Barisan Nasional (BN) telah berjaya menang besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Sungai Besar serta Kuala Kangsar. Bayangkan sekiranya kita menambah kekuatan media sosial pro BN kepada dua kali ganda maka sudah pasti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan akan dapat kita rampas semula.

Semua jentera Barisan Nasional perlu sentiasa sedar bahawa "Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Jika kita mahu menang majoriti dua pertiga maka kita perlu pastikan propaganda perpecahan yang cuba ditanam oleh pembangkang ditepis dengan penuh yakin. Jangan ada lagi keraguan dalam perjuangan kita.

Tulisan :
Beruang Biru
BB244, Selasa
24 Januari 2017

Sunday, 25 September 2016

Dunia perlu bersatu menentang pengganas, kata TPM di PBB

NEW YORK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak dunia bersatu bagi menentang keganasan, yang merampas kestabilan dan keselamatan di banyak negara.

Mesej yang disampaikan timbalan perdana menteri melalui ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu itu amat jelas sekali – hanya dan apabila masyarakat antarabangsa bersatu saja, pengganas akan dapat dikalahkan.

“Malaysia menyertai negara lain menyeru agar tindakan antarabangsa secara habis-habisan dan berkesan diambil dalam perjuangan bersama kita menentang keganasan. Usaha ini perlulah berlandaskan dan menghormati sepenuhnya Piagam PBB dan prinsip undang-undang yang diiktiraf sejagat, termasuk undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa,” katanya.
Zahid berucap pada Perbahasan Umum Sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB, yang turut disertai pemimpin dari seluruh dunia.

Beliau berkata keganasan perlu ditangani melalui perspektif ideologi dengan membalas naratif dan mengatasi penyebab utama munculnya isu yang boleh dimanipulasi bagi menarik orang menyokong kumpulan pengganas seperti IS, Boko Haram dan Al-Shabaab.

“Kita perlu mencari penyelesaian baharu dan terus berusaha untuk memperkukuhkan lagi rangka kerja perundangan domestik kita dalam memerangi ekstremisme keganasan. Usaha berterusan ini perlu melibatkan segenap lapisan penduduk,” katanya.

Beliau juga mengetengahkan program deradikalisasi dan pemulihan yang diamalkan Malaysia bagi mengubah set minda individu ekstremis yang diasuh supaya menjadi manusia radikal.
Katanya, dengan kadar kejayaan sekitar 97.5%, Malaysia sedia berkongsi pengalamannya itu dengan negara lain.

Isu kelewatan yang begitu lama untuk menempatkan semula orang pelarian menimbulkan kesulitan kepada negara tuan rumah termasuk Malaysia juga disentuh dan Zahid menggesa Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan agensi berkenaan lain segera mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Mengenai migran, beliau berkata Malaysia mengiktiraf sumbangan tenaga kerja asing terhadap kemakmuran ekonominya serta memberi perhatian serius terhadap kes melibatkan eksploitasi buruh, termasuk buruh paksa.

Beralih kepada Palestin, Zahid berkata krisis yang berlarutan selama beberapa dekad itu mempamerkan wujudnya kelemahan dalam usaha PBB sendiri, di mana penggunaan veto menyebabkan pendudukan paling lama dalam sejarah dunia itu terus berlanjutan.

Beliau turut menyentuh tentang keadaan menyedihkan di Wilayah Palestin Yang Diduduki, yang secara beransur-ansur dan semakin pasti, menyimpang daripada penyelesaian dua-negara.
“Kepungan terhadap Gaza, perluasan penempatan Israel yang tidak henti-henti, pembinaan tembok haram secara berterusan, tindakan mengusir secara paksa rakyat Palestin dari rumah mereka serta pencabulan hak asasi manusia rakyat Palestin terus berlaku dengan sewenang-wenangnya, walaupun semakin mendapat kritikan dan tekanan antarabangsa,” katanya.

Mengenai perkembangan di tanah air pula, beliau berkata agenda pembangunan Malaysia sentiasa berpaksikan rakyat dan bergerak selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs).

Katanya, Malaysia kini dalam proses menggubal Peta Arah Tuju SDG Kebangsaan untuk dijadikan dasar penting dan sebagai garis panduan bagi pembangunan mapannya.
Zahid juga menyentuh tentang perkara paling penting dalam Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) iaitu pembangunan kemahiran di bawah inisiatif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan bagi Asia.

Terletak di Cyberjaya, MaGIC dilancarkan bersama Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2014.

Zahid juga mengetengahkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan Malaysia atau NBOS yang membolehkan lebih 80 kementerian dan agensi bekerjasama bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih baik dan tersusun.