Showing posts with label zairil khir johari. Show all posts
Showing posts with label zairil khir johari. Show all posts

Thursday, 12 October 2017

Peletakan jawatan Zairil tergesa-gesa - Persatuan BolaSepak Pulau Pinang (FAP)

PULAU PINANG 11 Okt. - Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menyifatkan peletakan jawatan Zairil Khir Johari daripada terus menerajui persatuan berkenaan sebagai tergesa-gesa.

Naib Presidennya, Datuk Gary Nair berkata, seluruh barisan kepimpinan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan sambil menggesa beliau kembali ke pangkuan FAP.


Ujar beliau, keputusan berkenaan menyebabkan pengurusan FAP kini berada dalam keadaan terpinga-pinga memandangkan mereka tidak mempunyai dana untuk mentadbir termasuk pembayaran gaji kaki tangan dan bil bagi bulan ini.

"Kami akan bertemu beliau dalam tempoh terdekat sambil mencadangkan beliau kekal sehingga Kongres Luar Biasa (EGM) FAP akan datang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dua hari lepas, Zairil mengumumkan peletakan jawatan serta-merta selaku Presiden FAP sebagai mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk skuad Harimau Kumbang musim ini.

Monday, 9 October 2017

Zairil Khir Johari akhirnya letak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP)

Zairil Khir Johari meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), berkuat kuasa serta-merta.

Anggota parlimen Bukit Bendera itu berkata, beliau mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan berikutan pretasi hambar ditunjukkan pasukan itu musim ini.

"Justeru, saya selaku presiden FAP mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dan meletak jawatan sebagai presiden berkuat kuasa serta-merta.

untuk rekod, Zairil dilantik menerajui FAP bagi mengantikan Datuk Nazir Ariff Munshi Ariff yang meletakkan jawatan Januari lalu.

Meskipun pelbagai strategi dilakukan, Pulau Pinang menunjukkan pretasi hambar dan tersingkir daripada saingan Liga Super 2017 setelah beraksi selama dua musim.
Sehubungan itu, skuad Harimau Kumbang akan menghadapi saingan 100Plus Liga Premier pada musim hadapan.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu dinaikkan ke saingan Liga Super pada musim 2016 selepas berjaya menduduki tangga ke-2, Liga Perdana Malaysia pada musim 2015.

Wednesday, 31 May 2017

Apa Cerita Isu Foto Zairil – Dayana? Sampai Bila Dap Mahu Sorok?

 Sudah sampai masanya Dap membakulsampahkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang sentiasa dicanangkan parti itu apabila ternyata ia hanyalah wayang semata-mata kerana banyak tidak dipraktikkan apabila sesuatu isu melanda pentadbiran dan pemimpin mereka, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim.
Jelas beliau dari isu rasuah Ketua Menteri, rumah kos rendah, gadai tanah dan pelbagai lagi termasuk isu yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari semuanya seperti cuba disembunyikan .
Tambah beliau lagi sehingga kini Dap masih terus mengunci mulut dan tidak membentangkan hasil siasatan mereka terhadap isu gambar intim dan mesra yang didakwa mirip Zairil bersama Dayana Sofea.
“Seharusnya Dap mendedahkan hasil siasatan mereka itu ataupun Zairil telah ‘diarah’ untuk berdiam diri sama seperti taktik Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan Lim Guan Eng yang akan terus membisu sekiranya terpalit sebarang isu.
“Rakyat sehingga kini masih tertanya-tanya apakah tindakan yang diambil oleh Dap terhadap Zairil kerana sekiranya perkara sebegini menimpa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), sudah pasti pembangkang akan ‘menyalak’ mendesak tindakan tegas diambil kononnya ia membabitkan maruah,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Justeru tegasnya Pemuda Pulau Pinang mendesak Dap negeri itu untuk mendedahkan hasil siasatan terhadap Zairil.
Untuk rekod, Pengerusi Dap Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah mengarahkan agar Zairil “memberi penjelasan” dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media namun sehingga kini isu tersebut terus sunyi.
Zairil sekali lagi menjadi tumpuan selepas beberapa gambar intim dan mesra yang didakwa mirip beliau serta bekas calon Dap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud tersebar di internet.
Empat keping gambar itu menunjukkan perlakuan mesra dan intim kedua-dua pasangan berkenaan termasuk berpegangan tangan dan bercium.
Ini merupakan kali ketiga gambar dan video pasangan yang didakwa mirip kedua-dua pemimpin Melayu Dap berkenaan tersebar di media sosial.
Bagaimanapun, Zairil telah menafikan beliau merupakan indvidu di dalam gambar itu dan mendakwa penyebaran gambar tersebut adalah percubaan menyerang peribadinya. – MediaUMNO

Sunday, 30 April 2017

Zairil Berbohong ?



Orang ramai sedang menanti bilakah Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir dan aktivis parti itu, Dyana Sofya mahu membuat aduan polis berhubung foto intim mereka yang tular. 

Setakat ini kedua-duanya belum berbuat demikian walaupun sebelum ini Zairil mendakwa foto itu palsu dan mahu bertindak.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada Zairil mahupun Dyana. 

Awang tertanya-tanya apakah foto itu sebenarnya tulen sehingga mereka berdua tidak mahu siasatan dijalankan. Dyana dalam reaksinya tidak menafikan foto intim itu dan sekadar merungut. 

Persoalan timbul sekiranya perbuatan sumbang yang terakam menerusi foto itu benar, bererti Zairil berbohong untuk selamatkan dirinya. Maka beliau perlu memohon maaf bukan sahaja kepada UMNO malah rakyat Malaysia. 

UTUSAN

Thursday, 20 April 2017

DAP minta Zairil urus sendiri isu gambar intim dengan Dyana Sofya



DAP dilihat menjarakkan dirinya dengan isu dihadapi Anggota Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, yang banyak diperkatakan ketika ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, hari ini berkata disebabkan isu itu adalah serangan peribadi terhadap Zairil, dia diminta menguruskannya sendiri buat masa ini.

"Memandangkan ini merupakan serangan terhadap peribadinya, Zairil meminta untuk menguruskan isu ini buat ketika ini," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Zairil sekali lagi mencuri tumpuan ekoran tularnya gambar didakwa dirinya sedang minum bersama bekas calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Zairil, 34, bagaimanapun menafikan lelaki dalam gambar itu adalah dirinya.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi. Ia (gambar itu) adalah palsu," kata Zairil yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Seperti kebanyakan isu media sosial banyak digunakan untuk menyebarkan gambar atau rakaman video mengenai seseorang.


Sebelum ini gambar Dyana Sofya sedang merokok juga menjadi tular dan mengundang pelbagai komen orang ramai.

Menurut Chow, Zairil sudah memberi penjelasan kepadanya dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, petang kelmarin.


Katanya, penjelasan hari ini dibuat bagi memberi maklumat kepada orang ramai yang mengikuti isu berkenaan. MALAYSIAKINI

Tuesday, 18 April 2017

Penjelasan Dyana Sofya Isu gambar Intim dengan Zairil Khir Johari


“Ini serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya,” demikian respons bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.


Beliau ditanya mengenai gambar mesra bersama seorang lelaki mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tular di media sosial.


“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.


“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” katanya menerusi aplikasi WhatApps, sebentar tadi.


Terdahulu tersebar empat keping gambar mesra seorang wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam menyerupai Dyana dan seorang lelaki yang sedang minum bersama dua individu lain di sebuah restoran.








Tuesday, 14 March 2017

Kenapa PAS Tak Masuk Tabligh Saja Jika Sekadar Cari Keredhaan Allah – Zairil Khir Johari

Kenapa PAS Tak Masuk Tabligh Saja Jika Sekadar Cari Keredhaan Allah - Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen DAP mempersoalkan mengapa PAS tidak menyertai jemaah tabligh jika sekadar mahu mencari keredaan Allah dan pembalasan akhirat.
Zairil Khir Johari berkata PAS sewajarnya memilih jalan dakwah jika tidak mementingkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai strategi untuk berpolitik.
Setiausaha Agung DAP: Zairil Khir Johari Ganti Lim Guan Eng?
“Mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufisme sahaja? Sesungguhnya, sebuah parti politik harus bermatlamat untuk memberi impak terhadap dasar negara. Bagi parti politik, jalannya adalah dengan mengubah dasar negara ke arah yang lebih insani, manusiawi dan adil kepada semua. Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa kepimpinan PAS “seolah-olah bersedia mengorbankan prinsip” amar makruf dan nahi mungkar yang diperjuangkan sebelum ini demi berkerjasama dengan UMNO.
Lebih Baik Bekerjasama Dengan UMNO Daripada DAP Yang Anti Islam - PAS
Beliau mencurigai keikhlasan PAS yang didakwanya mempertahankan skandal kewangan 1MDB dan membela UMNO dalam menyokong agenda hudud.
“Namun, (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) pula dengan pantas membela UMNO kononnya bukan hak kita untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang. Apakah Hadi terlalu naif atau tidak mahu mengiktiraf realiti? Sememangnya keikhlasan itu bukan hak kita untuk menentukan tetapi kita boleh menilai berdasarkan sikap seseorang itu,” katanya.
Sumber: The Malay Mail Online / Wakeup Malaya

Monday, 13 March 2017

Zairil Khir Johari Elak Jawab Isu Menari menari dalam Kelab Malam




 Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari cuba mengelak daripada menjawab isu video seorang lelaki didakwa miripnya sedang menari dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.

Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang tular di laman sosial itu.

Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.


"Eh...jangan tolak. Video mana?" katanya kepada media sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media, hari ini.

Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung video berdurasi 15 saat yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya.

Sinar