Monday, 7 October 2019

#subsidipetrol hanya dilaksanakan di semenanjung,Sabah & Sarawak KEKAL

PUTRAJAYA: Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2. 08 seliter.-  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail


Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari ini membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Sunday, 6 October 2019

#BukitMertajam Lelaki simbah petrol sebelum bakar diri depan rumah

Seorang lelaki meninggal dunia selepas bertindak membakar diri dalam kejadian di rumahnya di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam awal pagi  Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun ditemui sudah tidak bernyawa di tempat kejadian dengan kesan melecur pada badan.