Friday, 8 November 2019

#BayanLepas Pemandu bas rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen


Polis mengesahkan pemandu bas persiaran yang melanggar seorang pelajar sehingga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas, semalam positif dadah.

Lebih mengejutkan pemandu berusia 49  tahun itu juga tidak mempunyai lesen memandu bas yang sah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A. A. Anbalagan memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas positif dadah jenis methamphetamine.

Remaja meninggal dunia ketika bermain permainan video



BANGKOK: Seorang remaja berusia 17 tahun maut dipercayai diserang angin ahmar selepas bermain permainan video di komputer sepanjang malam dalam kejadian di Udon Thani, utara Thailand semalam.

Daily Mail melaporkan, Piyawat Harikun ditemui mati oleh bapanya, Jaranwit selepas lelaki itu masuk ke bilik untuk melihat keadaan anaknya yang menghabiskan musim cuti sekolah dengan bermain permainan video.

Dia turut mendapati keadaan bilik anaknya dipenuhi dengan bungkusan makanan serta botol minuman ringan.