Sunday, 12 January 2020

#jelutong Wanita parah ditikam dalam lif

Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata kejadian kira-kira jam 11.16 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya sebelum lif tersebut dimasuki seorang lelaki bertopeng.

"Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa dan melarikan diri.

#SungaiBakap 5 lelaki pening, muntah selepas ke ATM bank


Lima lelaki dihantar ke hospital kerana pening dan muntah selepas terhidu bahan kimia selepas menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Pulau Pinang.Mereka ke ATM di cawangan sebuah bank di Jalan Besar Sungai Bakap kira-kira 1.10 tengah hari.

Mereka kemudiannya mendapat rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap, di mana semua lelaki berusia 23 hingga 35 itu diletakkan di bawah pemerhatian serta dalam keadaan stabil.

Saturday, 11 January 2020

62 orang dijangkiti influenza di Pulau Pinang..



Orang ramai diingatkan supaya mengekalkan tahap kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer dan mengamalkan adab batuk yang baik. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merekodkan 10 kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai 62 individu dijangkiti influenza dalam kluster itu sejak 29 Dis lepas hingga 12 tengah hari semalam (Jumaat).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib berkata data itu diperoleh berdasarkan pengawasan yang dijalankan pihaknya di klinik sentinel terpilih di seluruh negeri itu.

"Seramai 62 individu dilaporkan dijangkiti influenza dalam kluster itu yang 15 pesakit menerima rawatan di wad dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu malam.

Katanya, influenza bermusim adalah jangkitan saluran pernafasan biasa yang disebabkan oleh virus influenza bermusim seperti Influenza A, Influenza B, berbeza dengan selesema burung (avian influenza) dan pandemic influenza.

Katanya influenza adalah jangkitan yang biasa dan ia tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan dan pemberitahuan mandatori di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan ekoran itu, pihaknya tiada rekod setiap kes jangkitan influenza yang berlaku di negeri.

Dr Asmayani berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa mengawasi kes influenza dengan menggunakan data proksi ILI yang direkodkan daripada aktiviti pengawasan membabitkan beberapa klinik sentinel di seluruh negeri.

"Berdasarkan data ILI yang dipantau secara berterusan, kes ILI yang dilaporkan dari klinik sentinel menunjukkan penurunan 34.12 peratus dari 85 kes ke 56 kes untuk minggu epidemiologi pertama pada tahun 2019 dan 2020," katanya.

Katanya selain itu, saringan suhu turut dibuat terhadap semua penumpang di balai ketibaan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) di lapangan terbang dan penumpang yang didapati menunjukkan gejala akan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata orang awam khususnya golongan berisiko tinggi adalah digalakkan untuk mendapatkan vaksin influenza bermusim secara tahunan yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negeri, sebagai langkah pencegahan dalam mengurangkan risiko terkena jangkitan wabak itu.

"Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer dan mengamalkan adab batuk yang baik serta cara hidup sihat," katanya.

-- BERNAMA

Friday, 10 January 2020

#BayanLepas Kanak-kanak perempuan hangus terbakar

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas selepas rumah teres dua tingkat didiami mangsa bersama keluarganya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas, dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata mayat kanak-kanak itu, Koey Siew Kim, ditemui rentung dalam keadaan terbaring berhampiran tingkap bilik itu, dipercayai cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang tadi.

“Pihak bomba ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dan sebaik tiba di lokasi, rumah teres dua tingkat itu sedang terbakar dengan api marak. Kami dimaklumkan terdapat seorang kanak-kanak perempuan ada di tingkat atas.

“Bomba berusaha menyelamatkannya, namun api marak dan selepas usaha memadam api berjaya, mangsa ditemui rentung dalam keadaan terbaring,” katanya.

Harga bawang di Pulau Pinang catat RM 24 sekilo

Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan pemantauan, julat harga bawang di negeri itu adalah dari RM4.90 paling rendah dan RM24 paling tinggi.

"Jadi di Pulau Pinang, ini laporan terakhir yang saya terima sebelum saya datang sini daripada pegawai saya iaitu Majlis Harga Barang Negara, julat harga bawang di Pulau Pinang yang paling murah adalah RM4.90 dan yang paling tinggi ialah RM24.