Tuesday, 14 January 2020

Anak 8 bulan hilang kasih sayang seorang ibu, mangsa ragut meninggal dunia



Kes jenayah ragut tidak asing lagi di negara kita malah makin menjadi-jadi dan tiada tanda-tanda isu atau perbuatan ini akan dihentikan. Terkini tular di media sosial, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia semalam selepas koma dipercayai akibat diragut pada 23 November tahun lepas.

Apa yang lebih menyayat hati ialah arwah meninggalkan seorang anak kecil berusia 8 bulan yang masih tidak mengerti apa-apa.Menurut laporan yang dikongsi , mangsa cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal selepas menjadi mangsa ragut.

Oleh kerana kejadian itu, Nur Farahdila Zulkifli yang kritikal itu telah dirawat di Hospital Seberang Jaya.Arwah dikatakan mengalami kecederaan patah 3 tulang di leher, pecah bibir, bengkak jari tengah dan koma sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.


Mohon semua dengan seikhlas hati dapat membaca surah Al Fatihah selengkapnya sebagai satu sedekah jariah buat dirinya.Warga Penangkini ingin merakamkan ucapan Salam Takziah,banyakkan bersabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT ini. Mohon semua sedekah kan bacaan Surah Al-Fatihah dan doakan untuk arwah.





Putera Abu Dhabi dalam rakaman audio buat pelaburan besar di Indonesia - Najib Razak



Najib Razak berkata Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed yang dikaitkan dengan rakaman audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat pelaburan besar dengan Indonesia.

Bekas perdana menteri itu berkata di saat negara jiran menerima pelaburan besar itu, Malaysia tidak mendapat sebarang pulangan.

“Inilah putera Abu Dhabi yang SPRM dedahkan dalam rakaman audio perbualan telefon saya minggu lepas.

“Hari ini dia melabur AS$22.8 bilion (RM93.5 bilion) di Indonesia. Malaysia dapat berapa?” katanya menerusi Facebook sambil memuat naik laporan berita di mana kerajaan Indonesia menerima menerima pelaburan dari UAE.

Monday, 13 January 2020

Aliff Aziz mengamuk lagi



Video Aliff Aziz tular lagi dan kali ini dia dilihat sedang bertengkar dengan beberapa individu.

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah restoran di Singapura.

Jaguh Badminton No 1 Dunia Kento Momota Terlibat Dalam Kemalangan Di MEX

Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota cedera apabila van pelancong yang dinaikinya bersama tiga bintang badminton yang lain terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuh Raya MEX di Serdang pada awal pagi 13 Januari.

Kemalangan itu berlaku dalam masa kurang 24 jam selepas Momota menjuarai Malaysia Masters dengan menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark dalam dua set berturut-turut 24-22, 21-11 pada 12 Januari.

Memetik laporan Sinar Harian Online, tiga mangsa yang lain ialah pemain badminton Jepun iaitu Hirayama Yu dan Morimoto Arkifuki serta William Thomas yang mewakili England.

Sunday, 12 January 2020

#GuarPerahu rumah terbakar


Kebakaran rumah di Jalan Guar Perahu kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Operasi pemadaman dilakukan oleh anggota dari BBP Penanti dan BBP Bukit Mertajam.

Kebakaran turut melibatkan 2 buah kenderaan jenis Produa Viva dan Produa kancil.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih di dalam siasatan.