Tuesday, 24 March 2020

7 Fakta menarik mengenai hand sanitizer yang ramai tak tahu

Akibat wabak Covid-19, serta merta beberapa barangan tertentu menjadi popular seperti topeng muka dan hand sanitiser misalnya. Pada hari ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa fakta menarik tentang hand sanitiser.
  

   1.     Hand sanitiser selamat untuk bayi 

   Bayi mempunyai kulit yang halus tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh mendapat manfaat daripada hand sanitiser. Walaupun peluang penyerapan alkohol cukup tinggi, jarang ada kesan besar jika terdedah pada bayi bahkan kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Walau bagaimanapun, janganlah anda guna hand sanitiser kepada bayi anda secara berlebihan. Pastikan anda menggunakan sedikit hand sanitiser kepada bayi dan anak-anak kecil anda.


   2.     Hand sanitiser boleh menjadi deodorant

Sekiranya anda terlupa memakai deodorant anda, hand sanitiser juga boleh digunakan sebagai pengganti. Alkohol dalam hand sanitiser boleh  membunuh bakteria di bawah lengan yang menyebabkan bau. Tambahan pula, alkohol berupaya untuk kering dengan cepat. Oleh itu, anda tidak perlu risau jika ketiak anda terasa kebasahan. Selain itu, bau alkohol juga boleh menghilang dengan cepat. Walau bagaimanapun, jangan memakai hand sanitiser sebagai deodorant setiap hari. Hal ini kerana, ia boleh mengeringkan kulit di bawah ketiak dan menyebabkan ketiak berasa gatal.

3 Cara pemohonan pengeluaran i-Lestari KWSP, Tak Perlu Datang ke Kaunter

Mungkin ramai yang bimbang keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyebabkan pandemik Covid-19 semakin buruk di negara ini.

Bagaimanapun, kebimbangan itu tidak berasas kerana pencarum yang ingin mengemukakan permohonan pengeluaran wang di bawah inisiatif i-Lestari yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter KWSP.

Sebaliknya, mereka boleh berbuat demikian melalui tiga saluran seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari yang disediakan KWSP.

#georgetown Ramai masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan


Ramai yang masih ingkar dan mereka bagi pelbagai alasan yang tidak kukuh antaranya membeli makanan dan berjumpa rakan.Orang ramai dilihat masih berdegil apabila keluar ke bandar pada waktu malam tanpa alasan kukuh walaupun Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan masuk hari ketujuh hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sehingga jam 11 malam tadi, masih ramai yang berada di kawasan bandar dengan alasan membeli makanan dan mahu berjumpa rakan.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya terus ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia merupakan langkah untuk memutuskan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Monday, 23 March 2020

Kadar jenayah Pulau Pinang menurun sejak perintah kawalan pergerakan

Ketua Polis Pulau Pinang, Sahabudin Abd Manan berkata kadar jenayah menurun di negeri ini sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan 2 minggu berkuatkuasa pada 18 Mac, sehari selepas kes sama dilaporkan menurun di Petaling Jaya.

Sahabudin berkata, terdapat penurunan ketara pada indeks kadar jenayah dengan purata 3 hingga 5 kes dilapor sehari.

Indeks kadar jenayah mengambil kira 16 jenayah berbeza, termasuk kes curi, bunuh, rompakan, rogol dan pemerasan.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata hampir tiada jenayah serius dilaporkan di negeri ini sehingga kini.

Thailand tutup pintu sempadan dengan Malaysia

Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan bermula malam semalam kerajaan Thailand menutup semua 9 pintu sempadan darat/air negara itu dengan Malaysia.

Dalam satu kenyataaan, ia berkata penutupan pintu sempadan itu juga dilaksanakan bagi semua negara yang berjiran dengan Thailand seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

“Penutupan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Maklumat ini disampaikan oleh Duta Besar Thailand ke Malaysia kepada setiausaha Bahagian Asia Tenggara,” katanya, merujuk kepada pasukan petugas Covid-19 Kementerian Luar Negara