Friday, 22 May 2020

Kedah larang ziarah kubur, doa saja di rumah


Umat Islam di Kedah dilarang untuk melakukan aktiviti ziarah ke tanah perkuburan semasa hari raya ini bagi mengekang penularan Covid-19, kata Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang.


Beliau berkata walaupun amalan itu sudah menjadi sebahagian tradisi setiap kali hari raya, namun pada tahun ini semua pihak ditegah berbuat demikian selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang wajib dipatuhi


“Jika mahu berdoa kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia, boleh sahaja dilakukan di rumah, kita harap rakyat Kedah patuh pada arahan, apatah lagi di Kedah ada jangkitan baharu semalam,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Logo “Muzakki” oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan umat Islam bahawa bacaan talkin di kubur juga tidak dibenarkan sepanjang PKPB ini.

Tidak perlu mohon, kerajaan larang rentas negeri - Ismail Sabri

Tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan selepas ini,  tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Beliau berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan, semalam.


“Walaupun setiap hari diberi nasihat, peringatan, semalam laporan PDRM sewaktu mesyuarat pagi tadi di Kuantan seramai 1,300 orang beratur di balai polis daerah Kuantan mohon kebenaran pulang kampung.

Warga emas didakwa tendang penghantar makan wanita


Seorang warga emas lelaki yang videonya tular di media sosial kerana menunjukkan isyarat lucah dan menendang seorang penghantar makanan wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Hii King, 61, pesara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohamad Nasir.


Bagi pertuduhan pertama, Hii didakwa mendatangkan kecederaan dengan menendang Shazleen Shazmi, 26, di Bandar Puteri, Puchong di sini pada 4.10 petang 18 Mei lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengganggu kesantunan wanita itu dengan menunjuk isyarat jari tengah di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membaca hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

#BukitMertajam Mangsa buli siber bunuh diri selepas didakwa ‘berdating’ warga asing

Seorang wanita berusia 20 tahun dipercayai menggantung dirinya Selasa lalu selepas satu video TikTok beliau dengan seorang rakan sekerjanya menjadi bahan cemuhan di Facebook.

Thivyaanayagi Rajendran, 20, dalam satu nota dikatakan bunuh diri memberitahu, beliau menamatkan riwayat hidupnya selepas diserang kerana “berdating” dengan seorang lelaki Bangladesh yang bekerja dengannya sebagai juruwang di kedai 7-Eleven di Auto City, Juru, di sini.

Menurut keluarganya, tanggapan “berdating” itu datang daripada satu video menunjukkan beliau dengan seorang pekerja asing, yang cuba melakonkan satu adegan dalam sebuah lagu berbahasa Hindi. Video itu dirakamkan ketika kedua-duanya kelihatan duduk di belakang kaunter juruwang.

Video yang dimuat naik rakan sekerja wanita itu kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook bernama “Joker Oruvan” dengan satu catatan bahasa Tamil yang ditukar kepada bahasa rumi: “Bagaimana gadis ini jatuh cinta dengan seorang Bangla…semua orang tentu merestui anda.”

Asyraf wajdi harap berkat Ramadan, Tun M sedia terima PM baharu


Sempena Ramadan mulia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berdoa Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan petunjuk Allah.


Ketua Pemuda Umno memohon Allah memberikan hidayah selepas bekas perdana menteri masih mahu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dengan berkat Ramadan yang mulia ini, moga Allah limpahkan hidayah-Nya dan berikan petunjuk kepada Dr Mahathir dalam kesenjaan usianya untuk menghentikan segala tindakan dan usaha yang boleh memporak-perandakan kestabilan politik negara,” katanya.


Bekan timbalan menteri berdoa selepas wakil rakyat Langkawi dalam wawancara bersama media asing mahu terus menjatuhkan perdana menteri walau apa cara sekalipun.