Monday, 29 June 2020

Taman Tema Air dibenar beroperasi 1 Julai



PUTRAJAYA, 29 Jun - Kerajaan mengumumkan kebenaran Taman Tema termasuk Taman Tema Air untuk beroperasi bermula Rabu ini.

Ia melibatkan 54 taman tema membabitkan tenaga kerja seramai 10 ribu orang.

Tambah beliau, garis panduan serta SOP boleh diperolehi dari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Peperiksaan SPM dari 6 Jan hingga 9 Feb 2021 - Kementerian Pendidikan

 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar Tingkatan 5 akan bermula pada 6 Januari dan berakhir pada 9 Februari 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, tarikh baru bagi peperiksaan itu dipinda buat kali kedua daripada tarikh asal, iaitu pada 16 Nov hingga 7 Dis tahun ini.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan penangguhan peperiksaan awam dan penutupan sesi persekolahan susulan penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

PKR pecat 5 pemimpin, termasuk ADUN Seberang Jaya & Sungai Acheh

PKR hari ini memecat lima pemimpinnya membabitkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ketua wanita negeri.

Mereka yang dipecat ialah Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha dan dua ADUN Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Dua ketua wanita negeri yang dilucut keanggotaan ialah Rahimah Majid (Sabah) dan Nur Zarina Zakaria (Pulau Pinang).

Sementara itu, seorang ahli, Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian kerana menyerang Naib Presiden, Tian Chua pada 1 Mac lalu manakala tiga lagi pemimpin termasuk Tian Chua diberi amaran oleh parti.

Dua lagi pemimpin yang diberi amaran ialah Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang, Carolyn Kor dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Pemuda UMNO desak tindakan diambil terhadap buku hina jata negara

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penulis, penyunting dan penerbit sebuah buku yang didakwa merendah-rendahkan martabat jata negara dan menghina lambang rasmi kedaulatan Malaysia.

Asyraf berkata, buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” mempamerkan sebuah logo mirip jata negara, yang didakwanya sudah diubah suai dan dijadikan penghias muka hadapan buka berkenaan.

“Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubah suai bentuk 2 ekor harimau, selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya,” katanya dalam satu kenyataan, di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara, termasuk jata negara secara tidak wajar.

Prasekolah dan tadika dibuka pada Rabu

Menjelang pembukaan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta, yang dijadual bermula Rabu ini, ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak-anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


Dalam kalangan ibu bapa, pastinya ada yang masih ragu-ragu untuk menghantar anak ke sekolah, memandangkan negara masih belum diisytiharkan bebas Covid-19.

Justeru dalam hal ini, pihak pengurusan memainkan peranan utama memastikan pusat pendidikan itu bersedia, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menjamin keselamatan si cilik, semasa waktu pembelajaran.