Seorang wanita warga emas maut akibat dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian enam meter selepas merempuh tembok konkrit akibat terbabas di perkarangan Kondominium Green Lane Park, di Jelutong, dekat sini, hari ini.
Mangsa Loe Lye Fun, 71, dari Solok Tembaga, di sini, disahkan maut di tempat kejadian.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.
"Terdahulu, sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 49 tahun dipercayai terbabas lalu terjunam dari ketinggian 20 kaki (enam meter) lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan di bahagian bawah.