Tuesday, 6 April 2021

Ahli Politik minta maaf insiden isteri bertelanjang melintas ketika mesyuarat online

 



Seorang ahli politik memohon maaf selepas isterinya secara tiba-tiba melintas di belakang tanpa seurat benang ketika dia sedang mengadakan mesyuarat secara dalam talian (online).

Inkosi Xolile Ndevu, seorang pemimpin sebuah badan tradisional di Afrika Selatan ketika itu sedang berbicara mengenai kematian akibat virus Covid-19 di wilayah Cape Timur pada Selasa.

Namun tanpa disedari, isterinya melintas di belakang dalam keadaan telanjang.

Terkejut dengan 'pemandangan' tersebut, rakan-rakan sejawat yang turut mengikuti mesyuarat secara online itu kedengaran ketawa sebelum pengerusi, Faith Muthambi, segera mencelah.

Lelaki Malaysia Gentleman, Lebih Pentingkan Keluarga Tak Macam Lelaki Korea

 


Sikap lelaki Malaysia yang lebih mementingkan keluarga membuatkan seorang gadis Korea Selatan, Mingyeong Choi lebih ‘tertawan’ berbanding jejaka dari negaranya sendiri.


Minyeong, 26, berkata, secara umum, lelaki Korea tidak begitu meluangkan masa mencukupi dengan keluarga sendiri.



Kandungan Pertama Tiga Minggu, Disahkan Hamil Lagi Untuk Kali Kedua

 


London: Keajaiban apabila seorang wanita di Wiltshire, United Kingdom (UK) disahkan hamil kali kedua ketika kandungan pertamanya baru berusia tiga minggu.


ABC News melaporkan Rebecca Roberts kemudian melahirkan kembarnya itu pada hari yang sama.


Difahamkan, Rebecca dan suaminya, Rhys Weaver sudah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat.


Usaha mereka berhasil selepas Rebecca mengambil ubat kesuburan.

Kena Tindakan Kalau Degil Nak Sambut Ramadan Di Kampung


 Menjelang Ramadan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan akan mengenakan tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut bulan mulia itu.


Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim menegaskan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.


Pihaknya percaya akan ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk menyambut Ramadan di kampung memandangkang tidak dapat berbuat demikian pada tahun lalu.

Kaedah unik sembuhkan pesakit dengan kentut di muka



"Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka."

Paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit.

Suara.com melaporkan, Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.

Berang adik jual motor, lelaki bakar rumah dipenjara lima tahun

 


Tindakan seorang penganggur membakar sebahagian ruang rumah milik bapa kandungnya membawa padah apabila Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.


Hakim Ahmad Bazli Bahruddin memerintahkan Mohd Fauzie Abdullah, 33, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 29 Mac, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di sebuah rumah di Kuala Krai, Mac lepas.

Cuba rasuah polis, lelaki didenda, penjara tujuh hari

 


Gara-gara cuba memberi rasuah kepada seorang anggota polis agar tidak mengambil tindakan terhadapnya berkaitan kes dadah pada Februari lepas, seorang lelaki dihukum penjara selama tujuh hari dan didenda sebanyak RM11,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.


Mohd Iskandar Mohd Zain, 41, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang didengar di hadapan Hakim Dazuki Ali.


Dazuki memerintahkan Mohd Iskandar yang bekerja sendiri menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan dia berdepan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Monday, 5 April 2021

#BukitMertajam Sendikit judi atas talian tumpas, polis serbu kondo mewah

 


Polis menumpaskan sindiket perjudian dalam talian yang mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap hari selepas serbuan dibuat di sebuah kondominium mewah semalam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang Rahimi Ra’ais berkata, polis menyerbu kondominium di Jalan Casa Residensi di sini hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihaknya sejak seminggu lalu.


Empat lelaki tempatan berusia 36 hingga 37 tahun ditahan dalam serbuan pada 1 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Pulau Pinang, kata beliau. Kesemua mereka kini direman bagi siasatan lanjut.


“Siasatan awal mendapati premis yang disewa sindiket tersebut dijadikan pusat panggilan untuk pertaruhan perjudian dalam talian.