Monday, 3 May 2021

Abdul Hamid serah tongkat kuasa KPN kepada Acryl Sani


Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa esok.

Pegawai awam tak boleh ‘cela’ kerajaan menerusi media, kata Takiyuddin ekoran ‘pendedahan’ KPN


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan berkata, pegawai kerajaan tidak harus mendedahkan masalah dalaman jabatan kepada media massa.

Beliau membuat penegasan itu dua hari selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menuduh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin campur tangan dalam urusan polis, termasuk menyekat pemindahan pegawai bermasalah dan menentukan pelantikan jawatan kanan.

Takiyuddin tidak merujuk secara langsung kepada pendedahan Hamid itu, namun berkata, pelantikan Menteri Dalam Negeri sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) adalah menurut perlembagaan dan tidak boleh dipertikaikan.

“Jadi, jangan pula ada mana-mana pihak yang mempersoalkan ini (kerana ia) adalah peruntukan perlembagaan.

#Penampang Lelaki maut jatuh dari tingkat 23 ketika panjat ke rumah teman wanita


Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan, di sini, dipercayai ketika cuba memanjat ke dalam rumah teman wanitanya semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa yang berusia 27 tahun ditemui orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Khalid Abu Bakar Saman Tun M RM10 Juta


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa difitnah bekas perdana menteri itu.

Notis tuntutan bertarikh 22 April yang dilihat Mynewshub menyebut, kenyataan fitnah Dr Mahathir terbit dalam rencana bertajuk ‘Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib, dakwa Dr Mahathir’ oleh portal The Malaysian Insight (versi Bahasa Malaysia) pada 16 April lalu.

“Anakguam kami menyatakan bahawa segala pengataan yang dikeluarkan oleh Tun yang kemudiannya dikeluarkan melalui artikel 16.04.2021 adalah tidak benar dan merupakan fitnah terhadap anakguam kami serta bertujuan untuk memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah serta kredibiliti anakguam kami sebagai individu, sebagai bekas Ketua Polis Negara dan atau termasuk sebagai bekas penjawat jwatan-jawatan lain,” katanya.

Gaji Minimum Naik 289% Tapi Rakyat Boleh Beli 1kg Keju, 1 Liter Susu Je


Kerajaan Venezuela meningkatkan gaji minimum bulanan sebanyak 289%, meskipun dalam keadaan hipernflasi.

Nilai matawangnya kini bergerak setara AS$0.64 Amerika Syarikat kepada kira-kira Bs.F$ 2.40 pada kadar pertukaran yang dianggarkan oleh bank pusat negara itu.

Ekonomi Venezuela berada pada tahun keempat hiperinflasi, tahun ketujuh kemelesetannya dan mengalami dolarisasi tidak teratur sejak tahun 2019.

Menteri Tenaga Kerja, Eduardo Pinate mengatakan gaji minimum akan meningkat dari 1.8 juta bolivar menjadi 7 juta bolivar pada bulan ini.

Warga Emas Bawa Mayat Isteri Naik Basikal, Jiran Takut Nak Tolong

 


Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di India telah menyaksikan pelbagai peristiwa sedih dan tragis termasuk kisah menyedihkan seorang warga emas berusia 70 tahun yang terpaksa membawa mayat isterinya menggunakan basikal.

Ini kerana tidak ada jiran-jiran yang sanggup membantu menguruskan mayat isterinya itu yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Disebabkan tidak mempunyai pilihan lain, warga emas itu terpaksa membawa mayat isterinya itu ke tempat pembakaran mayat menggunakan basikal.

Polis perketat SJR, 6 SJR di sempadan Pulau Pinang - Kedah, kekang rentas negeri

 


Polis menambah sekatan jalan raya (SJR) bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan negeri Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di sana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, empat lokasi itu membabitkan masing-masing dua di Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang merupakan jalan kampung serta batas sawah padi dijadikan orang ramai untuk merentas negeri bagi mengelak dikesan polis.

"Selain SJR bergerak, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan pasukan kereta peronda polis juga sentiasa membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan tikus itu bagi memastikan tiada pihak merentas negeri dalam usaha memastikan tiada penularan wabak Covid-19.

"Ketika ini terdapat enam SJR ditempatkan di sempadan negeri di daerah SPU dan saya akan menambah jumlah itu menjelang sambutan Aidilfitri bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk pulang berhari raya, malah pasukan pemantau Ops Covid juga ditambah daripada 20 kepada 40 pasukan dengan kekuatan 350 pegawai dan anggota polis," katanya kepada pemberita di sini awal pagi Ahad.

Sunday, 2 May 2021

PKP3 bakal diumumkan hari ini. Bazar Ramadan & sekolah ditutup, dilarang makan di restoran

 


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata Perintah Kawalan Pergerakan akan dikaji semula, terutama di negeri-negeri di mana ada peningkatan bilangan kes Covid-19.


Semakan semula tersebut dilihat perlu untuk menyekat pandemik itu dari terus merebak.

Modenas

"Kita bukan sahaja perlu menghentikan pandemik ini dari merebak di dalam negara, tetapi di seluruh dunia," ujar beliau.


Premis-premis yang dilawati oleh ramai pengunjung dan terbukti menyebabkan bilangan jangkitan Covid-19 tinggi akan diminta untuk ditutup.


Pihak kerajaan telah menggunakan sistem amaran Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk mengenal pasti kawasan-kawasan dan premis-premis yang mempunyai risiko tinggi untuk menyebarkan penyakit itu.


"Pemerhatian harian dilakukan setiap hari menggunakan sistem amaran tersebut," ujar Muhyiddin.