Saturday, 5 June 2021

[UPDATE] Kanak-kanak meninggal dunia


Kredit Harian Metro

Georgetown: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang terbabit dalam kebakaran di kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh di sini, hari ini, meninggal dunia selepsa dihantar ke hospital.

Adiknya berusia empat tahun dilaporkan selamat.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak Aazelan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Mangsa meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menerima rawatan," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa dan adiknya dipercayai ditinggalkan di rumah oleh ibunya bagi ke kedai.

Ibunya membuat panggilan video dengan mangsa sebaik tiba di kedai dan terlihat kepulan asap menerusi panggilan itu sebelum bergegas pulang.

Ibu kanak-kanak terbabit tiba di rumah 10 minit kemudian dan berjaya menyelamatkan mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu asap.

Anggota bomba memberi bantuan pernafasan dan rawatan awal sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke HPP.

Peniaga durian Balik Pulau jangka buah banyak, murah

Georgetown: Menjelang Jun hingga Ogos, peniaga buah sekitar Balik Pulau di sini biasanya sudah mula berkira-kira menghitung pulangan hasil musim buah durian yang memang terkenal di sekitar kawasan ini semasa tempoh berkenaan, namun tahun ini keadaannya mungkin tidak menentu.

Berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang bermula semalam, ia menyebabkan peniaga durian dari Balik Pulau mulai bimbang, dan membuat pelbagai persediaan kemungkinan berhadapan dengan kerugian berikutan lambakan buah, sekiranya raja buah itu tidak dapat dipasarkan secara lebih meluas.

Seorang peniaga durian Shamsol Abdul Aziz, 34, berkata, dia mengusahakan kebun durian seluas 1.6 hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau dekat sini dan sudah melabur lebih RM120,000 sejak tahun lalu untuk memastikan hasilnya pada musim ini terutama penjagaan serta pembelian baja berkualiti bagi pokok durian di kebunnya.

"Kebanyakan pengusaha kebun durian memang membuat pelaburan dengan kos yang besar supaya hasil durian tahun ini lebih baik, macam saya sendiri, kemungkinan hasil kebun meningkat sehingga 17 tan berbanding 11 tan tahun lalu... jadi buah durian tahun ini lebih banyak, dan harga turun antara RM5 hingga RM10 setiap kilogram.

"Dijangka nanti mungkin timbul sedikit masalah apabila pasaran buah yang sebelum ini boleh dijual hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia terutama Kuala Lumpur, akan tergendala berikutan pelaksanaan SPP, malah orang ramai juga hanya boleh keluar dalam radius 10 kilometer sahaja, mungkin saya sendiri akan alami kerugian RM80,000," katanya ketika ditemui, semalam.

Shamsol yang mengusahakan kebun durian sejak 10 tahun lalu berkata, tahun lalu dia bersama peniaga durian lain berdepan kesukaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dia sama sekali tidak menyangka situasi lebih getir dihadapi tahun ini, malah terpaksa menggunakan pelbagai platform terutama dalam talian bagi memastikan buah durian dapat dipasarkan kepada pembeli.

Katanya, dia sudah cuba berniaga durian secara dalam talian dan menyertai platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) yang diperkenalkan oleh MBPP, namun hasil jualan tidak serancak ketika berniaga di gerai kerana orang ramai kebanyakannya lebih suka melihat dan memilih sendiri durian yang hendak dibeli.

Seorang lagi peniaga, Siti Hallimaton Ayob, 50, berkata, dia dan suami terpaksa membawa hasil buah durian kebunnya di Balik Pulau untuk berniaga di kawasan Sungai Dua kerana permintaan lebih baik di situ berbanding di Balik Pulau, yang kebanyakan penduduk mempunyai dusun sendiri.

Katanya, pergerakan dalam radius 10 kilometer juga menyebabkan tidak ramai penggemar durian boleh membelinya terus dari Balik Pulau kerana kedudukannya jauh dari penduduk di pusat bandar, malah dia bimbang berlaku lambakan berikutan buah akan banyak dalam tempoh dua minggu lagi.

"Sebagai peniaga saya memang berterima kasih kerajaan benarkan peniaga beroperasi, namun kami terpaksa melakukan pelbagai promosi dengan kaedah tersendiri bagi memasarkan durian termasuk penjualan dalam talian dan khidmat penghantaran (rider) untuk menghantar durian kepada pembeli," katanya.

Kredit Sumber Bernama dan Harian Metro

Wednesday, 2 June 2021

Lambakan raja buah di Pulau Pinang: Peniaga jangka rugi RM80,000

 

Kredit SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 02 Jun 2021 sinar harian


Shamsol menunjukkan durian hasil kebunnya di Balik Pulau.

GEORGETOWN - Penghujung Jun hingga Ogos yang lazimnya kemuncak musim raja buah tidak lagi menjadi berita gembira kepada pemilik dusun dan gerai durian di Balik Pulau susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu.

Bahkan, tiada lagi pemandangan keterujaan para peminat durian dari seluruh pelosok negara yang datang ke Pulau Pinang untuk menikmati raja buah itu, sama ada di gerai-gerai tepi jalan atau pun menikmatinya di dusun.

Sejajar dengan penguatkuasaan total lockdown, ia merupakan tahun kedua mereka dijangka mengalami kerugian apabila sekatan daerah dan negeri dikuatkuasakan selama dua minggu.

Pemilik dusun durian, Shamsol Abdul Aziz, 34, mengakui bakal menanggung kerugian sekitar RM80,000 dengan kos pembelian baja sebanyak RM120,000.

Menurutnya, dia sanggup membuat pelaburan membeli baja berkualiti untuk semua pokok durian di dusunnya seluas 1.6 hektar di Sungai Pinang, Balik Pulau dengan harapan tahun ini memperoleh hasil yang berlipat kali ganda.

"Setelah mengalami kerugian tahun lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya melabur dengan membeli baja berkualiti untuk menghasilkan lebih banyak buah.

"Bagaimanapun, apa yang dirancang pada tahun ini tidak seperti yang diharapkan. Negara sedang melaksanakan 'total lockdown' buat kali ketiga menyebabkan penjualan durian terbantut kerana sekatan merentas daerah dan negeri.

"Saya jangkakan akan mengalami kerugian sekitar RM80,000 kerana tahun ini, hasil dianggarkan sebanyak 17 tan berbanding tahun lalu, sekitar 11 tan sahaja. Selain baja, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam penghasilan buah," katanya ketika ditemui di gerainya di Tanjung Tokong, pada Selasa.

Memiliki 18 jenis durian di dusunnya, Shamsol menganggarkan perniagaannnya merosot antara 60 hingga 70 peratus tahun ini.

"Dengan peningkatan penghasilan buah tahun ini, saya jangkakan perniagaan saya mungkin merudum melebihi 50 peratus kerana masalah pemasaran. Tahun lalu, saya rugi antara RM60,000 hingga RM70,000.

"Setakat ini, saya buka dua gerai iaitu satu di sini (pulau) dan satu lagi di seberang. Sehingga hari ini, Pulau Pinang masih membenarkan penggerai beroperasi. Sebelum ini, saya buka enam gerai selain pelanggan boleh menikmati durian di dusun," ujarnya.

Lambakan durian dan pelaksanaan 'total lockdown' menyebabkan Shamsol bakal mengalami kerugian sekitar RM80,000 tahun ini.

Bagi mengurangkan kerugian pada tahun lalu, Shamsol menjual isi durian, termasuk jenis Black Thorn dan Musang King ke kilang-kilang yang menghasilkan ais krim selain pengusaha tempoyak pada harga yang murah.

"Saya berharap kerajaan negeri mengizinkan penjual durian mendirikan gerai di tepi jalan untuk berniaga tahun ini. Saya berusaha sebaik mungkin menjual durian dalam talian tetapi ia kurang memberangsangkan.

"Saya ada menyertai platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) namun hasil jualan tidak serancak berbanding menjual di gerai.

"Pelanggan lebih suka melihat sendiri buah durian daripada membeli dalam talian kerana mereka lebih puas hati dengan cara itu," jelasnya.

Menyentuh harga pula, Shamsol yang sudah sedekad berkecimpung dalam perniagaan durian memberitahu, harga durian merudum antara RM5 hingga RM10 sekilo.

"Kita terpaksa turunkan harga kerana lambakan durian. Durian jenis D604 yang sebelum ini berharga RM38 sekilogram kini hanya RM28. Jika kita tidak turunkan harga, tiada pembeli dan buah akan rosak.

"Meskipun kini adalah masanya untuk peminat durian menikmati buah kegemaran mereka, malang ia sebatas untuk penduduk Pulau Pinang sahaja," luahnya.

Di Balik Pulau, terdapat lebih 200 dusun durian yang dimiliki oleh penduduk tempatan.

Kredit Sinar Harian

Tuesday, 1 June 2021

Rentas negeri kerana mahu beli nasi kandar


Aduhai bila la agaknya nak insaf

SEBERANG PERAI – Masih terdapat segelintir orang ramai memandang remeh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama apabila sanggup mengambil risiko merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah ke negeri ini.

Akibatnya, kira-kira 100 kenderaan yang cuba memasuki negeri ini melalui Kepala Batas di daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini setakat pukul 4 petang tadi diarah berpatah balik kerana tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, rata-rata mereka memberi sebab yang tidak munasabah termasuklah tanpa segan silu memberi alasan remeh seperti mahu membeli barang keperluan dan makanan di beberapa sekatan jalan raya (SJR).

“Ada yang datang ke daerah ini semata-mata mahu membeli-belah barangan keperluan kerana terdapat beberapa pasar raya besar di sini, sedangkan di Sungai Petani pun ada pasar raya.

“Kita juga menerima alasan remeh mereka datang dari Sungai Petani untuk membeli sarapan kerana nasi kandar di Pulau Pinang lebih sedap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai agar memberi kerjasama dengan berada di rumah masing-masing serta tidak melakukan cubaan merentas negeri dan daerah dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Kita akan bertindak tegas sekiranya masih ada yang berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP penuh ini,” katanya.

 Kredit– K! ONLINE

Monday, 31 May 2021

Kelibat 'Lebai Kenit' Depan Masjid Di Balik Pulau


Video di https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/kelibat-lebai-kenit-depan-masjid/?fbclid=IwAR0EkmClUwgD7v9hbVigPCTOFg1xPph_fdqph3gYfdTaMppbG_JVq2617MA

BALIK PULAU – Satu rakaman video yang memaparkan kelibat lembaga kecil seperti kanak-kanak memakai jubah dan serban serba putih di hadapan Masjid Kongsi di sini ular di media sosial sejak semalam.

Video berdurasi 18 saat itu dirakam kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya pada pukul 11.55 malam, Jumaat lalu.

Menerusi video itu, kelihatan objek menyerupai manusia kenit yang lengkap berjubah putih berada di tepi jalan.

Lokasi berkenaan merupakan kawasan perkampungan penduduk dan terletak berhampiran Pekan Kongsi di sini.

Rata-rata netizen mempersoalkan sama ada ‘lebai kenit’ adalah manusia, namun tidak mempunyai kaki dan tangan.

Kehadiran Lebai Kenit itu di kawasan tersebut dipercayai bukan kali pertama kerana ada pengguna jalan raya mendakwa pernah terserempak dengannya beberapa kali di kawasan sama.

Seorang pengguna media sosial mengesahkan perkara itu dan memberitahu, Lebai Kenit sememangnya wujud, namun tidak mengganggu penduduk dan pengguna jalan raya.

Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahril, 32, mendakwa, kelibat itu merupakan seorang kanak-kanak yang bermain di tepi jalan bersama dua lagi rakannya.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang kariah masjid selepas video (kehadiran Lebai Kenit) tular di media sosial.

“Kariah lelaki itu memaklumkan kumpulan kanak-kanak tersebut bermain pada waktu kejadian (video dirakam) kerana tiada kenderaan melalui kawasan berkenaan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Shahril memberitahu, kumpulan kanak-kanak itu dikatakan memilih bermain pada waktu malam kerana laluan tersebut lengang. -K! ONLINE

Saturday, 29 May 2021

Enam produk keluaran Gardenia alami kenaikan harga


Sinar Harian 29 May 2021

NURUL HUDA HUSAIN

SHAH ALAM - Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) mengesahkan harga enam produk keluaran syarikat itu dinaikkan berkuatkuasa 1 Jun ini.

Pengurusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, enam produk itu terdiri daripada Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (200g); Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (375g); Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (200g); Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (375g); Gardenia Auntie Rosie - Original Home >

Menurut kenyataan itu, perubahan harga itu berlaku susulan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung syarikat.

"Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, GBKL telah mengalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

"Selama ini GBKL menyerap kos kenaikan tersebut dan kini GBKL tidak mempunyai alternatif lain kecuali untuk melaksanakan semakan semula harga produk-produk Gardenia terpilih yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021," kata kenyataan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, harga bagi produk-produk Gardenia yang lain masih dikekalkan dan GBKL akan terus menyerap kenaikan kos produk-produk tersebut.

"Antara bahan-bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan dan lain-lain lagi.

"Fokus kami tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah pelbagai usaha telah diambil untuk mengatasi perkara tersebut.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna setia kami atas sokongan berterusan dan pertimbangan situasi sedia ada," kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, tular sepucuk surat berhubung perubahan harga produk keluaran syarikat itu berkuatkuasa pada 1 Jun.

Bayi 6 bulan meninggal dunia di taska

 


BAYAN LEPAS, PULAU PINANG: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Gedung, di sini, semalam.

Bayi yang dilaporkan tidak sedarkan diri pada awalnya itu dihantar ke Klinik Kesihatan Bayan Baru jam 9.30 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dihantar ke taska berkenaan oleh ibu bapanya jam 6.30 pagi seperti biasa sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, siasatan ke atas ibu bapa bayi itu dan pekerja taska juga mengesahkan mangsa berada dalam keadaan baik dan sihat serta tidak menunjukkan sebarang masalah ketika dihantar ke premis terbabit.

"Selepas bayi itu dihantar oleh ibu bapanya, pekerja taska berusia 20 tahun itu tertidur bersama mangsa, namun sebaik tersedar dia meninggalkannya seketika jam 8 pagi untuk ke tandas.

"Kira-kira 30 minit kemudian, wanita itu datang semula dan mendapati bayi lelaki berkenaan sudah tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberikan bantuan pernafasan, tetapi tidak berjaya," katanya di sini hari ini.

Anbalagan berkata, bayi itu kemudian dihantar ke klinik oleh pengusaha taska dan doktor kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini.

"Hasil bedah siasat mengesahkan kematian bayi itu disebabkan pendarahan lama di kepala. Pihak hospital turut membuat saringan COVID-19 ke atasnya dan mendapati ia negatif.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Mohd Taib, 24, berkata dia menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak taska jam 9.15 pagi.

"Saya dimaklumkan anak, Muhammad Nur Fatih tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian saya dan suami sedang bekerja di sebuah kilang sebelum bergegas ke lokasi dan dikejutkan dengan berita kematian anak.

"Kami reda dan tidak menyalahkan sesiapa atau memperbesarkan hal ini serta menganggap Allah SWT pinjamkan anak untuk sementara," katanya jenazah Muhammad Nur dibawa pulang ke kampungnya di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.

Sumber: Berita Harian

Oleh: Zuhainy Zulkiffli

Wednesday, 26 May 2021

Pembelian Online Barang Runcit Menjimatkan Untuk Warga Penang


Admin nak share satu benda menarik khas untuk warga Penang saja. Memang berbaloi beli kat depa.. 

SC Store ada buat promo kaw kaw untuk orang Penang weh! 😍 Beli barang  RM30 ⬆️ dapat diskaun RM15 pulak wehhh. Jimat sungguh sungguh haa 🤩

Habaq mai sat sapa ja tak suka order online tapi boleh dapat barang hari yang sama hampa order? Lagi dapat 50% diskaun tuuu 🥰

Ha hampa semua mesti suka kan. Kot ataih la ni musim kobid dengan MCO, tak yah susah2 beratoq panjang semua, 🛒 order online saja. Hampa tunggu apa lagi. Pakat mai singgah tengok SC Store punya website ni macam2 ada

 🎉 : www.scstore.com.my 

Jomlah pakat serbu dan haria kaih diskaun ni. Promo sampai hujung bulan ni ja tau‼️Delivery  seluruh Pulau Pinang dan Seluruh Seberang Perai.