rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Thursday, 22 July 2021

#Juru Langgar SOP solat Aidilada di surau Taman Pelangi, MAINPP minta penjelasan Pengerusi kariah

 


Pengerusi kariah Taman Pelangi dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) diminta menyediakan laporan menjelaskan kejadian melibatkan lebih 200 individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) solat sunat Aidiladha di surau Taman Pelangi, Juru dekat sini pada Selasa.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata insiden itu diharap dapat menjadi peringatan kepada semua khususnya pihak pentadbiran masjid dan surau di Pulau Pinang untuk mematuhi SOP yang ditetapkan secara serius, demi keselamatan semua pihak.

"Berdasarkan kronologi kes yang saya teliti, mendapati pihak kariah telah mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu hanya 100 orang jemaah (yang terdiri daripada warganegara dan pemastautin tetap) yang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dibenarkan untuk menunaikan solat Aidiladha pada pagi tersebut.

1,036 individu terima darjah kebesaran TYT Pulau Pinang


Toh Puan Datin Seri Khadijah Mohd Nor merupakan individu yang mendahului penerimaan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang pada tahun ini iaitu Darjah Kebesaran Tertinggi bagi Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Khadijah merupakan isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, sempena Hari Ulang Tahun ke-72, Ahmad Fuzi telah memperkenankan untuk menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Pulau Pinang kepada 1,036 individu termasuk 148 penerima yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, Datuk Seri dan Datuk.