rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Friday, 23 July 2021

#Ipoh Ambil Pesanan "Nasi Ganja" guna helikopter


Sebuah helikopter dikesan mendarat di Padang Ipoh, di sini, hari ini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi kandar yang popular di bandaraya itu yang lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’.

Kehadiran helikopter yang dipercayai milik sebuah syarikat swasta itu mengejutkan orang ramai kerana ia terbang rendah di sebelum mendarat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid yang dihubungi mengesahkan sebuah helikopter dikesan berada di Padang Ipoh pada jam 9.55 pagi hingga 10.15 pagi.

“Setelah membuat semakan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Ipoh didapati helikopter tersebut hanya mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh sahaja dan tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya sudah salurkan maklumat tersebut kepada pihak CAAM untuk siasatan lanjut.

#TasekGelugor 8 beranak terpaksa tinggal dalam khemah selepas keluar dari rumah sewa

 


Lapan beranak menempuh detik sukar apabila terpaksa mendiami khemah selama sebulan selepas terpaksa keluar dari rumah sewa.

Sebelum ini keluarga Roszita Abdul Razak, 43, menyewa di Lunas, Kedah dan menyara keluarganya dengan bekerja di sebuah kedai emas di Kulim, Kedah.

Namun, pelaksanaan Kawalan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' lebih sebulan lalu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan serta tidak mampu membayar sewa rumah.