rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Monday, 6 September 2021

𝗗𝗘𝗚𝗜𝗟 - 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗦 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗞𝗦 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗥𝗕𝗨 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦

 


SEBERANG PERAI SELATAN - Pasukan Polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), IPK Pulau Pinang telah membuat serbuan ke atas sebuah premis yang berselindung disebalik Saloon Rambut yang telah diubah suai didalamnya yang dipercayai turut menyajikan perkhidmatan seks kepada pelanggan. 

Premis yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang telah diserbu oleh pihak polis pada 5 September 2021 pada jam 4.30 petang itu dipercayai menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan tetap dan beroperasi melalui pintu belakang bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

Pelanggan tetap ini akan menghubungi penjaga melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan membuat tempahan bagi mendapatkan perkhidmatan sebelum datang ke premis itu. 

Sewaktu serbuan dijalankan oleh pihak polis, seramai tiga orang wanita warganegara asing yang berumur antara 22 tahun hingga 25 tahun sedang leka melayan tiga orang pelanggan yang berumur antara 43 tahun hingga 48 tahun yang berada di dalam premis itu. Dalam serbuan itu, pihak polis turut menahan seorang perempuan warganegara tempatan yang berusia 48 tahun yang merupakan pemilik premis tersebut. 

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut dan kesemua tangkapan disiasat dibawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Sumber - Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang

#Miri kereta terputus dua langgar pokok, dua maut




Dua individu maut dalam nahas melihatkan sebuah kenderaan di Jalan Kuala Baram Bypass di sini, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 10.05 malam Ahad dan terus mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi.

Katanya, nahas membabitkan sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah pokok.