rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Friday, 8 October 2021

Tempat makan best di penang





𝑭𝑼𝑳𝑳𝒀 𝑽𝑨π‘ͺπ‘ͺ𝑰𝑡𝑨𝑻𝑬𝑫?! π‘»π’‚π’‘π’Š π’•π’‚π’Œπ’•π’‚π’– π’π’‚π’Œ π’‘π’Š π’Žπ’‚π’Œπ’‚π’ π’Žπ’‚π’π’‚?


Hi hampa semua warga Pulau Mutiara ni kami nak suruh hampa semua pakat try satu restoran baru dekat Georgetown nama Aroma Eatery di Tanjung.


Depa ada macam-macam jenis makanan dari western (Pasta, Grilled, Steaks, Soups, Bruschetta & banyak lagi) ke makanan melayu (Mee Udang, Nasi Lemak, Cucur Udang, Asam Pedas, Pengat Pisang & banyak lagi) hampa boleh check menu depa kat sini https://www.facebook.com/AromaEat3ry/menu. 


Owner dan Chef adalah orang yang sama, orang melayu kita, banyak pengalaman berbelas tahun dan dulu pernah jadi Head Chef & Executive Chef di ChinaHouse, Mews Cafe & Irama Dining. 


Restoran depa besaq & dua tingat dilengkapi dengan surau untuk lelaki/perempuan. Dengan deko yang lawa dari dalam, sesuai untuk dijadikan tempat untuk menyambut segala jenis keraian bersama keluarga, kawan-kawan & tersayang. Rugi takmai cuba hampa semua. 


Depa bukak setiap hari dari pukul 12pm - 11pm (last order 10:15pm)

Nak pi kedai ni?

Tekan link ni

https://g.page/aroma-eatery?share

(Untuk Dine In, hanya 2 Dos dan lengkap 14 Hari & Low Risk)


Nak booking Dine-in (walk-in pun boleh)

WhatsApp : mywa.link/ooy5pdlx


Kalau nak takeaway atau order delivery boleh order dari GrabFood : https://bit.ly/3BvTbfH


Lokasi : 28 & 30, Jalan Pintal Tali, 10100, GeorgeTown, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 12PM - 11PM

No Tel : 04-2280652 / 017-7362421


Like & Follow :

Facebook : https://www.facebook.com/AromaEat3ry/

Instagram: https://www.instagram.com/aromaeat3ry/

Thursday, 7 October 2021

435 nelayan sokong projek tambak laut Pulau Pinang?


Seramai 435 nelayan merupakan sebahagian daripada 1,521 penduduk dari kawasan selatan Pulau Pinang yang menyerahkan nama serta tandatangan mereka kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyokong projek tambakan laut di kawasan tersebut (PSR). 

Sokongan itu dinyatakan secara terbuka kepada kerajaan negeri hari ini menerusi penyerahan nama dan tandatangan tersebut oleh nelayan Unit Permatang Tepi Laut, Fajinah Jaafar kepada kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di sini. 

Menurut Fajinah, dia mengambil inisiatif mengumpul tandatangan penduduk dan nelayan yang menyokong projek tambak laut bagi membentuk tiga pulau buatan itu sebaik sahaja mahkamah membatalkan kelulusan laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) projek berkenaan bulan lalu.