rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Wednesday, 24 November 2021

Tular 2 sotong goreng RM100, pelanggan boleh tukar lauk..


Foto. Harian Metro, Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: "Itu adalah harga bagi dua ekor sotong goreng yang mana setiap satu berharga RM50, mengikut saiz.

"Pelanggan sudah maklum mengenai harganya pada paparan skrin ketika mahu membayar dan jika tidak bersetuju, mereka boleh menukarnya dengan lauk lain."

Itu kata Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, mengenai gambar resit yang tular.

Pelanggan restoran berkenaan mendakwa, sotong terbabit dijual pada harga tidak munasabah.

Muhammad Riyaaz berkata, terdahulu, pelanggan dipercayai penduduk tempatan itu berkunjung ke restorannya pada tengah hari dan meminta hidangan sotong goreng bersaiz besar.

Katanya, ketika di kaunter pembayaran, pelanggan terbabit sudah maklum mengenai harga kedua-dua hidangan yang diambil dan mereka hanya diam serta tiada bantahan mengenainya.

"Sehinggalah malam tadi, saya menyedari gambar resit yang dibayar pelanggan itu tular di media sosial. Namun hari ini, orang ramai masih berkunjung seperti biasa tanpa sebarang isu.

"Tindakan itu tidak tepat kerana mereka mempunyai pilihan sama ada menukarnya dengan lauk yang lain atau boleh batalkan pembelian," katanya ditemui di Lebuh Campbell di sini, hari ini.

Resit sotong goreng itu yang dijual pada harga RM100 bagi dua ekor, tular di media sosial sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Tinjauan Harian Metro mendapati, restoran berkenaan tetap dikunjungi pelanggan meskipun isu itu tular.

Terdapat paparan tanda harga yang jelas diletakkan di restoran berkenaan berkaitan harga sotong goreng antara RM10 hingga RM150, mengikut saiz.

Dua penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut berada di restoran berkenaan bagi melakukan semakan dan pemantauan, namun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, Hamizah Ibrahim, 37, dari Ipoh, Perak berkata, dia mengetahui mengenai dakwaan tular itu sejak semalam.

"Saya dan suami memang sudah merancang mahu cuba menikmati hidangan nasi kandar di sini, dan harga yang dikenakan juga tidak terlalu mahal," katanya. Kredit Sumber Harian Metro

Tidak malukah kita jika #MuafakatNasional runtuh - Nik Abduh

 


Seorang ahli jawatankuasa pusat PAS menggesa partinya jangan biarkan Muafakat Nasional gagal kerana perselisihan antara pemimpin.

Katanya, tidak kah PAS yang sanggup bersama DAP selama tujuh tahun akan malu sekiranya membiarkan “api” sesama pemimpin meruntuhkan MN, yang diasaskan bersama Umno pada 2019.


“Tidak malukah kita pada Allah, jika tidak mahu malu pada diri sendiri dan pada rakyat, dengan membiarkan api kepanasan mara dan marak sesama pemimpin yang boleh menyebabkan MN runtuh dalam tempoh singkat?” kata Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, di Facebook.

Pendirian ini menyusuli kemenangan bergaya Umno tanpa PAS pada PRN Melaka baru-baru ini.



PAS, yang menyertai PRN Melaka bersama Bersatu, tewas di semua kerusi yang ditandingi.

Gandingan BN-PAS menyaksikan kemenangan bersiri gabungan itu pada beberapa PRK selepas PRU14.

“Ia perjanjian yang diberkati Allah…,” kata Nik Abduh, “ia menyatukan dua kumpulan besar umat Islam yang bertelagah sejak puluhan tahun.”


Nik Abduh juga menyoal apakah wajar dua parti Melayu-Islam terbesar itu kembali berseteru

“Bukan diri saya namanya jika tidak bersedia memadamkan segala kebodohan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, menyambut baik teguran Nik Abduh itu.

“Tidak sombong jauh sekali mengeluarkan kata-kata berbaur angkuh dan bongkak,” katanya.

Selepas pertembungan dengan Umno di Melaka, akar umbi PAS dilaporkan mahu parti itu kekal bersama Umno dalam MN.